04

55 18 32
                                    

TERGELENG-geleng kepala Harith melihat Thaqif. Entah apa yang nak jadi dengan kawan sekerjanya itu, dari pagi tadi sehingga sekarang tak henti-henti senyum seorang diri. Dah macam kena sampuk!

Beberapa helai kertas kerja Harith ambil lalu dia bawa ke meja Thaqif. Permukaan meja Thaqif diketuk beberapa kali. Namun, masih sahaja Thaqif buat tak endah.

Harith tarik nafas dalam. Fail keras yang tersusun elok dimeja Thaqif dia ambil senyap-senyap. Dengan ucapan basmalah, fail keras itu selamat dihayun tepat pada sisi badan Thaqif.

"Argh! Kau ni kenapa Harith? Sakitlah gila!" Tajam sisi mata Thaqif cerlung ke arah Harith. Tangan kirinya mengusap-usap sisi lengannya, boleh tahan kuat juga hayunan Harith.

"Itulah, berangan lagi! Aku ketuk meja kau pun, kau buat tak layan je." fail ditangan Harith disimpan semula ke tempat asal.

"Aku tak dengarlah." Thaqif menjeling Harith.

"Sebab tu aku cakap kau berangan."

"Mana ada aku berangan!"

"Ada! Dari pagi tadi sengih-sengih macam orang kena sampuk! Boss pun takut nak tegur kau. Risau penyakit kuat berangan kau kena tempias kat dia." Harith berseloroh. Tawa kecil terlepas dari bibirnya, geli hati melihat wajah cemberut Thaqif.

"Dahlah, shuh shuh! Aku nak buat kerja." Lengan Harith ditolak-tolak.

"Nak buat kerja ke, nak sambung berangan?"

"Sibuklah kau ni."

Thaqif hembus nafas berat. Kacau betul Harith ni. Dia nak buat hal sendiri pun tak boleh. Semua tak oleh hmph!

"Aku kan memang dari dulu busybody. Kau je yang playboy."

Dengan dahi yang berkerut Thaqif memandang wajah Harith. "Apa kaitan?"

"Takde kaitan! Saja nak ungkit cerita lama." Harith tersengih lagi.

"Dahlah kau. Pergi sana." Thaqif menolak-nolak lagi lengan Harith. Menyampah pula dia melayan perangai Harith. Dari zaman sekolah sampai dah kerja, perangai tak berubah-ubah! Suka kacau dia.

Padahal Thaqif tak sedar, perangai dia pun dua kali lima dengan Harith je.

"Kau ni, sekarang kan lunch hour lagi. Kita borak-boraklah sikit. Ceritalah apa yang kau berangan tadi." kerusi dimeja yang tidak berpenghuni ditarik Harith lalu dia duduk di situ. Dia menongkat dagu sambil matanya fokus tenung wajah tak puas hati Thaqif.

"Sibuklah!"

"Come on, bukannya selalu aku dapat tengok lelaki berangan."

Thaqif mengeluh untuk sekian kalinya. Harith nak tahu sangat kan? Sini, biar dia cerita sampai terbeliak biji mata anak pakcik Saleh itu.

"Umi suruh aku kahwin."

"Ouh okay- HAH? KAWHIN?"

Thaqif mengangguk. Keningnya dijongket beberapa kali. Puas hati Thaqif.

"Kau seriuslah?" Harith menyoal lagi. Tak percaya. Tadi dia yang beria nak tahu, sekarang tak percaya pula.

"Betulah! Umi dah jumpa calon dah pun."

pemilik hatiOnde histórias criam vida. Descubra agora