15

48 15 37
                                    

"INI bilik aku." Thaqif berhenti di hadapan satu pintu bilik berwarna coklat gelap. Beg pakaian Hanania diletakkan di hadapan gadis itu. Kepala Hanania diangguk berkali-kali, iyakan sahaja.

"Okay..."

Mendapat respon yang boleh dikatakan positif daripada isterinya itu, diam-diam Thaqif ukir senyuman. Suka! Dapat dengar sepatah perkataan daripada Hanania pun dia dah cukup bersyukur- buat masa sekarang.

"Aku tahu kau tak selesa lagi dengan aku, jadi kau guna bilik tu dulu." jari telunjuk Thaqif halakan pada satu pintu yang bertentangan dengan biliknya.

Buat masa sekarang, lebih baik begitu. Dia tak mahu memaksa Hanania untuk terus menerima dirinya. Good things take time. Dia percaya perasaan Hanania mekar dengan sendirinya dari hari ke hari.

"Ni bilik siapa?"

"Bukan sesiapa punya. Esya je selalu guna kalau dia lepak sini. Kalau kau jumpa barang-barang dia dalam bilik tu, biar je." Hanania membalas dengan anggukan sambil bibir bawahnya dikemam perlahan.

"Takpe kan kalau saya guna?"

"Ke kau nak tidur sekali dengan aku?"

Hanania geleng laju. Terus sehaja dia meloloskan diri ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Thaqif tadi. Dia dah serik jadi bantal peluk bernyawa!

Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci dari dalam.

Thaqif tergelak kecil. Tangannya menumbuk-numbuk udara sambil kakinya menghentak-hentak lantai. Jantungnya berdegup kencang, teruja melihat reaksi Hanania.

"Comelnya, Ya Allah!"





SELESAI sahaja mengemas segala peralatan peribadnya, Hanania mengambil keputusan untuk merehatkan diri sebentar. Telefon pintar miliknya yang berada di atas katil dicapai.

"Nanti dah sampai rumah Thaqif, call Mak Su."

Pesanan yang diucapkan Puan Delaila sebelum dia dan Thaqif berangkat pulang, terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Tak pasti sama ada Puan Delaila betul-betul maksudkan apa yang dia katakan, atau semua itu sekadar lakonannya.

Hanania hela nafas panjang.

"Call jelah, nanti kena marah kalau tak call." tanpa berfikir panjang, nombor Puan Delaila di dail. Senyuman Hanania terukir apabila panggilan berjaya disambungkan.

"Assalamualaikum, Mak Su-"

"Waalaikumsalam, kau nak apa?"

Mata Hanania terpejam rapat. Air liurnya diteguk dengan kasar. Seluruh tubuhnya menggeletar mendengar sapaan kasar dari ibu saudaranya itu. Walaupun dia sudah dapat jangkakan perkara itu akan berlaku.

"Erm... Nia nak bagitahu yang Nia dah sampai rumah Thaqif."

Senyap.

"Mak Su?"

"Lepas tu? Kau nak bangga dengan akulah, yang kau dah duduk rumah besar-besar sekarang?" dari hujung talian, Hanania dapat mendengar dengusan kasar daripada Puan Delaila.

Kepalanya digeleng berkali-kali. Dia tak bermaksud begitu.

"Bukan macam tu Mak Su! Tadi kan Maksu suruh Nia call-"

"Kau nak salahkan aku pulak? Kau ingat aku hamak sangat nak dengar suara kau?!"

"Aku dah muaklah dengar suara kau! Kalau boleh, waktu mak kau mati dulu, sekali dengan kau aku nak humban dalam liang lahad tu, kau tahu tak?!" suara Puan Delaila memetir. Nafasnya naik turun, menahan amarah.

pemilik hatiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora