07

58 16 69
                                    

"AAMINN Ya Rabbal aalaminn.." kedua telapak tangan Hanania menyapu wajah. Sedikit tenang fikirannya selepas selesai menunaikan solat isya' sebentar tadi.

Telekung yang tersarung pada tubuhnya ditanggalkan lalu Hanania merebahkan dirinya diatas sejadah. Bulu-bulu pada kain sejadah, dia main-main dengan jari. Fikirannya melayang jauh.

Dia masih belum pasti untuk terima Thaqif. Walaupun mulutnya sudah berbuih-buih mengiyakan sahaja paksaan Puan Delaila.

Lelaki itu tak pelik ke kalau Puan Zahra mahu satukannya dengan Hanania? Sedangkan mereka dulu, bukannya saling mengenali kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawannya.

Bercakap jangan tanyalah, jumpa pun jarang sekali. Kalau jumpa pun, sekadar terserempak di tepi koridor kelas ataupun sewaktu program sekolah.

Itupun masih boleh kira dengan jari.

"Dia pun kena paksa sama macam aku ke?" Hanania menyoal diri sendiri. Matanya dipejam rapat.

"Ya Allah, bantu aku Ya Allah. Aku buntu."

Kotak cincin pemberian Puan Zahra, Hanania tenung lagi. Sekejap dibuka penutupnya, tak sampai beberapa saat dia kembali menutupnya. Dan keadaan itu berterusan sehingga pintu biliknya dikuak dengan kasar dari luar.

"NIA!"

Hanania terus berdiri tegak. Kotak cincin ditangannya disorokkan ke belakang badan.

"Ya, Mak Su."

"Kau lupa aku suruh apa petang tadi?"

Hanania diam. Kaki kanannya mengetuk-ngetuk lantai. Bibir bawah dikemam-kemam.

Entah apa lagi salahnya ketika ini.

"Aku tanya ni, jawablah!"

"Ni-nia lupa apa?" Hanania tayang senyum kekok. Tangan kanannya menggaru-garu sisi kepala.

"B****! Kau lupa basuh baju akulah! Aku nak guna baju tu esok. Kau ni menyusahkan betul!"

"Mentang-mentang ada lelaki kerja office masuk meminang terus lupa daratan! Kau menumpang, buat cara menumpang!" Puan Delaila meluru ke arah Hanania. Rambut gadis itu dicengkam kuat lalu diheret keluar dari biliknya.

"Mak Su... Sakit!"

"Diamlah *****!"

Hanania mengetap bibir bawahnya dengan kuat. Sakit. Kulit kepalanya terasa seperti mahu tercabut. Bukan sikit-sikit Puan Delaila bagi padanya.

Pintu belakang rumah dibuka dengan kasar lalu tubuh Hanania ditolak sehingga dia terjatuh ke lantai.

"Kau duduk sini, basuh semua baju aku! Selagi tak siap jangan harap kau nak rehat!"

dumm!

Pintu ditutup dengan kasar.

Hanania mengusap-ngusap bahagian sikunya yang terhentak pada lantai, pedih.

Bakul pakaian yang penuh dengan baju Puan Delaila, Hanania masukkan ke dalam mesin basuh. Sesekali dia menoleh ke belakang, melihat kawasan belakang rumah yang sudah gelap itu.

Sudahlah kawasan belakang rumah itu hanya dipenuhi dengan semak samun. Ditambah pula sekarang sudah jam sembilan malam, naik meremang bulu roma Hanania.

Perasaan tak baiknya ditolak jauh-jauh.

Pandangan Hanania jatuh pada mesin basuh yang sudah berpusing-pusing, memulakan kerja cuciannya. Hanania sekadar memerhati sehingga dia tak sedar belakangnya sudah bertemu dengan dinding separuh siap kawasan belakang rumah itu.

pemilik hatiWhere stories live. Discover now