11

54 14 80
                                    

"UMI, kenapa ni?" wajah muram Puan Zahra, Thaqif tenung lama. Kedua tangan Puan Zahra diraih Thaqif lalu digenggam erat. Senyuman lebarnya tadi perlahan-lahan mulai kendur.

Dua hari lagi majlis pernikahannya dengan Hanania akan berlangsung, kenapa umi muram sahaja? Bukankah umi yang sepatutnya gembira?

Puan Zahra geleng seraya bibirnya mengoyak senyuman untuk Thaqif. Genggaman tangan anak lelakinya itu dibalas, malah lebih erat.

"Tak ada apalah."

Tipu. Thaqif tak percaya. Lihat dari cara pun, Thaqif tahu yang Puan Zahra menipu.

"Umi, umi ada masalah ke? Ke ada orang kacau umi masa Qif tak balik?"

Puan Zahra senyap. Tak membalas pertanyaan Thaqif.

"Umi taknak share dengan Qif?" Thaqif menyoal lagi. Dia melabuh punggung disebelah Puan Zahra. Buaian yang mereka duduki digerak-gerakkan dengan kaki panjangnya.

Paun Zahra masih membisu. Jauh dia termenung, sengaja mengabaikan penyataan itu.

"Umi—"

"Hari tu, kat gerai Mak Jah."

"Kenapa?" Thaqif memberikan sepenuh perhatian kepada Puan Zahra.

"Umi terdengar ada orang mengata Nia. Macam-macam umi dengar..."

"...yang paling buat umi terkilan, Mak Su Nia pun ada sekali. Umi sedih Qif." luruh suara Puan Zahra meluahkan perkara yang telah lama terbuku di dalam lubuk hatinya.

"Umi tak percaya apa yang dia orang cakap, kan?"

Puan Zahra geleng laju. Setitis demi setitis air matanya mengalir. Dia sudah sayang Hanania seperti anaknya sendiri, naluri ibunya bagai terhiris-hiris mendengar kata-kata buruk yang mereka lemparkan pada gadis itu.

Thaqif mengeluh perlahan. Dia sudah tahu punca Puan Zahra murung sepanjang hari usai pulang sahaja daripada membeli ais krim bersama Esya. Sepatah ditanya, sepatah juga jawapan yang dibalas.

Tubuh Puan Zahra ditarik masik ke dalam dakapannya. Ditepuk-tepuk lembut belakang Puan Zahra, cuba memujuk syurganya itu. Tangisan halus Puan Zahra memecahkan kesunyian pada malam itu.

"Umi, ada benda lagi yang umi tak tahu sebenarnya." Thaqif hembus nafas berat. Kalau boleh dia tak mahu beritahu tentang hal ini kepada umi.

Tapi kalau dia tak beritahu, sampai bila nak sorok?

"Apa?" Puan Zahra meleraikan pelukan. Air matanya yang masih bersisa diwajahnya dikesat dengan tetulang jari. Wajah Thaqif ditatap, menunggu jawapan daripadanya.

"Umi... Tak tahu kan yang acik Laila yang paksa Nia terima lamaran umi?" dengan penuh berhati-hati Thaqif menyoal. Tangan kanannya mencapai tangan kiri Puan Zahra lalu digenggam erat.

"H-hah?"

"Nia kena paksa dengan acik Laila, suruh kahwin dengan Thaqif."

"Ya allah, u-umi tak tahu Qif." suara Puan Zahra bergetar. Air matanya mengalir lagi, kali ini semakin deras.

Dia berasa serbasalah. Kalaulah dia tak meminang Hanania untuk Thaqif, pasti gadis tidak berdosa itu tidak dicemuh begini.

Patutlah selama ini Hanania takut-takut sahaja untuk buat keputusan.

"Q-qif, umi berdosa dengan Nia. Kalau umi tak—"

"Umi, jangalah cakap macam tu. Umi tak salah apa-apa pun. Niat umi baik, umi nak tengo anak teruna umi sorang ni bahagia kan?" bahu Puan Zahra Thaqif rangkul lalu ditarik rapat ke arahnya. Diusap-usap lembut sisi lengan Puan Zahra.

pemilik hatiDove le storie prendono vita. Scoprilo ora