13

67 14 134
                                    

Atas permintaan Puan Zahra, Hanania dan Thaqif akan bermalam dirumahnya dahulu sebelum Hanania mengikut Thaqif pulang ke rumah mereka.

Usai menunaikan solat asar, Hanania terus melarikan diri keluar rumah. Dia menghabiskan masa bersendirian di kawasan taman bunga kecil Puan Zahra. Sejujurnya, dia mahu meluangkan masa bersama Puan Zahra, namun di mana sahaja mertuanya itu berada, di situ juga ada Thaqif.

Dia masih belum bersedia nak berhadapan dengan Thaqif. Sedaya upaya dia cuba elakkan diri daripada terserempak dengan suaminya itu.

Hanania menghela nafas perlahan. Jari manisnya yang tersarung cincin, dia tatap lama.

Sukar untuk dia percaya.

Dia sudah menjadi isteri orang.

Isteri kepada Thaqif.

Ex kawan baiknya dulu.

Tanpa Hanania sedari, dia mengeluh. Kata-kata yang Elena lemparkan kepadanya semasa pertemuan mereka tadi masih segar dimindanya. Hatinya cukup terluka, dengan setiap patah yang keluar dari mulut orang yang dia rindui itu.

Hanania sangkakan Elena sudah dapat terima kenyataan yang dia dan Thaqif tak ada apa-apa hubungan lagi. Namun dia silap.

Elena masih berharap pada lelaki itu.

"Takpelah Nia, benda dah nak jadi. Sikit je ni. Nanti dia okay lah tu." segaris senyuman Hanania ukirkan untuk dirinya sendiri. Bunga-bunga kecil di hadapannya, Hanania usap-usap perlahan.

Cantik.





"MANA Nia? Tak siap solat lagi ke?" Puan Zahra menyoal. Kopi panas yang Esya sediakan disisip sambil anak matanya mmelirk ke arah Thaqif. Wajah anak lelakinya direnung lama.

Thaqif mengangkat kedua belah bahu sebagai jawapan. Dia sendiri tak tahu di mana Hanania. Selepas dia selesai solat asar tadi kelibat isterinya sudah hilang.

"Kak Nia ada kat luar umi. Tadi dia kata nak tengok pokok bunga." Esya menjawab soalan Puan Zahra.

Puan Zahra mengangguk.

"Qif, ajaklah Nia masuk. Kesian dia duduk luar sorang-sorang. Dahlah panas ni, nanti demam pulak."

"Baik umi." Thaqif bingkas bangun dari tempat duduknya. Langkah diatur menuju ke luar rumah. Matanya melilau di sekeliling kawasan rumah Puan Zahra sehingga anak matanya bertemu dengan susuk Hanania yang membelakanginya.

Senyap-senyap Thaqif menghampiri Hanania. Senyuman Thaqif terukir, dapat dia dengar suara Hanania berceloteh seorang diri di hadapan bunga-bunga Puan Zahra.

"Lepas tu cik bunga nak tahu tak, tadi-"

Prak.

Senyuman Thaqif mati. Kepalanya ditundukkan, melihat ranting kayu yang sudah terpatah dua di bawah kakinya.

Hanania segera menoleh. Matanya membulat, terkejut melihat Thaqif yang berada dibelakangnya. Tanpa banyak kata  terus dia berdiri tegak. Wajah beku Thaqif dipandang sekilas, gerun.

Thaqif nak telan dia ke macam mana ni?

Thaqif pula hela nafas panjang, kecewa dengan diri sendiri. Dah melepas nak dengar Hanania curhat dengan pokok bunga uminya. Itulah, cuai lagi!

Hanania kekal membatu di hadapan Thaqif. Pandangannya dijatuhkan pada jarinya yang bertaut rapat diantara satu sama lain. Kehadiran Thaqif dihadapannya dia buat tak endah.

Thaqif berdehem.

"Umi ajak masuk." ujar Thaqif seraya tangannya mengusap belakang tengkuk. Kekok. Serang hendap isteri sendiri tak menjadi. Semuanya salah ranting kayu tu! Kalau ranting bertuah tu tak duduk situ, mesti dia dapat dengar apa yang Hanania nak cakap tadi.

pemilik hatiWhere stories live. Discover now