14

56 14 83
                                    

6:27 PAGI.

Jam yang terpapar pada skrin telefon milik Hanania direnung seketika sebelum peranti itu disimpan ke dalam poket cardigan-nya semula.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh berjemaah bersama Thaqif, dia terus keluar daripada bilik suaminya itu.

Memori semalam masih menghantuinya!

Peraturan pertama,

Jangan sesekali cuba kejutkan Thaqif daripada lenanya. Kalau tak nanti jadi bantal peluk tak berbayar!

Hanania menggeleng laju kepalanya. Kedua tangannya mengibas-ngibas di hadapan wajahnya, cuba membuang jauh-jauh memori itu daripada terus bermain semula dalam kotak fikirannya.

Pintu belakang rumah dituju. Daripada dia terus fikirkan tentang hal itu, lebih baik dia ambil udara segar.

Nafas dalam ditarik lalu dihembus keluar.

Anak mata Hanania merenung langit yang masih gelap. Senyumannya terukir. Cepat-cepat dia menyarung selipar lalu mengambil langkah menuju ke halaman belakang rumah Puan Zahra.

"Comelnya bunga tahi ayam." setangkai bunga tahi ayam yang tumbuh di celahan batu Hanania petik. Bunga berwarna-warni itu disentuh-sentuh lembut.

Comel!

"Rumah umi takde kucing ke?" tiba-tiba sahaja perkara itu terlintas dalam fikiran Hanania. Seharian dia habiskan masa di rumah ibu mertuanya, seekor kucing pun tak ada menyinggah hadapannya.

Bunga tadi terlepas dari pegangannya. Matanya melilau di sekeliling kawasan itu. Tak ada tanda-tanda kehadiran haiwan berbulu di situ.

"Umi tak bela kucing, Esya allergic." soalan Hanania tadi dibalas oleh pemilik suara garau yang tiba-tiba muncul di sisinya.

Tak perlu toleh, Hanania tahu itu Thaqif! Tak ada orang lain dah yang tinggal dalam rumah ni ada suara jantan macam tu.

Lainlah kalau Kak Ain buat part time jadi voice actor.

Sisi kepala yang berbalut tudung sarung digaru-garu. Bila masa pula Thaqif ni ikut dia keluar? Rasanya lepas subuh tadi lelaki itu sambung tidur semula.

Hanania mengemam-ngemam bibir bawahnya. Kakinya pula perlahan-lahan membuka langkah menjauhi Thaqif. Kehadiran Thaqif di situ seolah-olah tidak wujud pada Hanania.

Thaqif hela nafas perlahan. Susah betul nak dekat dengan Hanania ni. Dari zaman sekolah sampai sekarang, sama je! Tak berubah sikit pun.

Kalau Thaqif datang dekat, mesti Hanania lari. Bukannya Thaqif bawa katak nak baling kat dia pun— serius tak.

"Qif, boleh!" Thaqif bersorak perlahan. Memberi semangat kepada diri sendiri supaya dia tidak mengalah untuk cuba hancurkan tembok besar yang Hanania cipta antara mereka berdua.

Setapak demi setapak Thaqif mengorak langkah ke arah Hanania yang membelakanginya. Hujung jari telunjuk isterinya mencucuk-cucuk pokok semalu sehingga daun itu menguncup.

"Kau nak tahu tak?" Thaqif terus duduk mencangkung di sebelah Hanania. Padangannya fokus pada pokok semalu yang masih kembang.

"Pokok semalu ni macam kau. Kalau aku datang dekat, dia jadi macam ni." hujung jari Thaqif menyentuh daun itu sehingga ia menguncup.

"Ma-mana ada. Tak pun." Hanania bingkas berdiri.

"Are you sure?" Thaqif turut berdiri. Kedua tangannya berpeluk tubuh sambil kakinya mengatur satu langkah mendekati Hanania.

Anak mata mereka bertemu. Kali ini lebih lama daripada biasa.

Thaqif senyum senget. Dia menjarakkan diri beberapa langkah dari Hanania lalu mencabut dua tangkai daun kemuncuk. Satu dihulurkan kepada gadis itu.

pemilik hatiWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu