05

50 18 30
                                    

ENJIN motor dimatikan. Helmet yang tersarung dikepalanya ditanggalkan. Nafas panjang dihela, akhirnya sampai juga di rumah.

Satu plastik separa besar Hanania cebek dan membawanya menuju ke rumah. Alhamdulillah, dia sudah dapat gaji. Bolehlah dia tambah barang dapur yang semakin berkurangan.

"Assalamualaikum." perlahan sahaja suara Hanania memberi salam. Kasut kerjanya ditanggalkan. Baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam rumah, pandangan Hanania dihiasi dengan wajah berseri-seri Puan Delaila.

"Balik dah anak buah kesayangan Mak Su ni." plastik ditangan Hanania diambil Puan Delaila.

Dahi hanania berkerut. Aneh dengan sikap mesra yang ditunjukkan Puan Delaila.

"Kenapa ni Mak Su?"

"Nia masuk dulu ya, biar Mak Su yang bawa ni kat dapur." Belakang Hanania ditolak sehingga gadis itu masuk ke dalam rumah.

Ketika itu pandangan Hanania bertentangan dengan seseorang yang berada di atas sofa panjang ruang tamu rumah.

"Umi." Hanania segera mendapatkan Puan Zahra. Tangan Puan Zahra diraih lalu dikucup penuh kasih.

Persoalan yang bermain dibenak Hanania beberapa saat lepas akhirnya terjawab. Patutlah Puan Delaila melayannya dengan baik, ada tetamu rupanya.

"Umi dah lama sampai?" soal Hanania.

"Baru je." kekura tangan Hanania ditepuk manja. Segaris senyuman dihadiahkan untuk gadis itu.

"Nia baru habis kerja ke?" giliran Puan Zahra pula menyoal. Wajah Hanania dipandang sekilas sebelum anak matanya merayap disekeliling ruangan yang mereka duduki, seolah-olah mencari seseorang.

"Haah, hari ni Nia kerja shift pagi. Itu yang dapat balik awal sikit ni hehe." terangguk-angguk kepala Puan Zahra. Namun begitu, dia masih tak menumpukan perhatian sepenuhnya pada Hanania.

"Assalamualaikum." suara garau menyapa gegendang telinga Hanania. Terus dia menoleh ke arah pintu rumah.

Dunia Hanania terasa terhenti. Anak matanya membulat melihat figura yang baru sahaja berjalan masuk ke dalam rumah. Seluruh badannya terasa kejung, tanpa dia sedari genggaman tangannya pada tangan Puan Zahra semakin erat.

"Qif, kamu ni! Pergi mana? Risau umi!"

"Makcik Laila kasi Qif jalan-jalan tengok rumah tadi." Thaqif berpeluk tubuh. Bibirnya dimuncungkan lalu dia melabuhkan punggung di salah satu sofa yang bertentangan dengan Puan Zahra.

Puan Zahra geleng perlahan. Ada-ada je perangai anak terunanya itu. Nafas kecil dihela sebelum pandangannya kembali kepada Hanania yang sudah menundukkan kepalanya sambil bemain-main dengan jari sendiri.

"Nia.." lembut sahaja suara Puan Zahra memanggil Hanania.

"I-iya?" perlahan-lahan Hanania menganggkat kepala. Wajah Puan Zahra yang masih terukir senyuman ditenung lama.

"Ini anak umi." Puan Zahra menepuk-nepuk lembut paha Thaqif.

Takut-takut Hanania memandang ke arah Thaqif. Tak sampai beberapa saat mata mereka bertentang, Hanania terus melarikan pandangan ke arah lain.

"Nia jangan takut. Anak umi tak makan orang, dia makan nasi je." Tersengih-sengih Puan Zahra melihat Hanania. Bahu gadis itu diusap-usap lembut.

Hanania hanya membalas dengan senyuman paksa. Sedaya upaya dia cuba untuk tenangkan diri sendiri. Telapak tangannya yang tiba-tiba terasa basah dengan peluh dilap pada sisi seluar.

"Hi, Nia. Lama tak jumpa."

Sekali lagi, dunia terasa seakan berhenti berpusing. Ragu-ragu dia untuk membalas sapaan Thaqif. Nafas panjang ditarik sebelum perlahan-lahan dihembus keluar.

pemilik hatiWhere stories live. Discover now