03

52 19 43
                                    

"ABANG Qif." laju tangan Esya mengetuk-ngetuk pintu bilik Thaqif. Kaki kanannya tak henti-henti menghentak perlahan permukaan lantai, tak keruan.

Sejak dia 'tak sengaja' terdengar perbualan Puan Zahra dan Thaqif di dapur petang tadi, dia jadi tak senang duduk.

"Masuklah!"

Tanpa banyak kata, Esya terus meluru masuk ke dalam bilik Thaqif. Pintu bilik Thaqif ditutup rapat sebelum dia berlari mendapatkan abangnya yang baru sahaja selesai solat Isya'.

"Esya, nak apa?" Ruas dahi Thaqif berkerut. Dia duduk bersila di atas sejadah. Kopiah yang terletak elok di atas kepalanya ditanggalkan.

Esya tersengih-sengih. Laju kakinya melangkah ke arah Thaqif lalu duduk berhadapan dengan lelaki itu.

"Abang, abang betul ke nak kahwin?" Esya membuka bicara. Bebenang yang bersambung dengan sejadah milik Thaqif ditarik-tarik perlahan. Wajah abangnya ditenung lama, menunggu jawapan Thaqif.

"Kalau umi dah jumpa calon, abang kahwinlah."

Esya mengangguk. Pandangannya ditundukkan, melihat jarinya yang masih sibuk memintal-memintal bebenang pada sejadah itu.

Bibir Esya memuncung. Bukannya dia sedih, dia cuma terasa seperti ada sesuatu yang tak kena.

"Kenapa ni Esya?" soal Thaqif. Kalau petang tadi, umi yang buat perangai begini, sekarang giliran Esya pula. Sudahlah dia sorang je lelaki dalam rumah ni, satu hal pula nak kena layan mood swing adiknya itu.

"Abang dah move on ke?" laju soalan itu menutur keluar dari mulut Esya. Lama anak matanya scan riak muka Thaqif. Cuma mahu memastikan sesuatu.

"Move on apanya, Esya ni pening ea?"

"Ala... Abang ni, dengan orang tu lah. Yang Abang suka sangat dulu tu." Esya menolak-nolak bahu Thaqif. Berkerut-kerut wajahnya menahan geram.

Takkan Thaqif dah lupa semua benda yang dah jadi dulu? Dia masih ingat dengan jelas apa yang berlaku sewaktu mereka berdua masih dibangku sekolah.

Atau lebih tepat, apa yang Thaqif lakukan. Maklumlah, dialah adik yang paling supportive. Apa yang Thaqif lakukan, semua dia tahu. Segala rahsia Thaqif dahulu, masih tersemat di dalam dirinya.

"Esya cakap pasal 'dia' tu ke?"

Esya mengangguk laju. Wajah Thaqif dipandang dengan penuh harapan, berharap kalau-kalau jawapan Thaqif selari dengan apa yang dia fikirkan.

"Esya nak tahu tak?"

"Nak."

"Abang selalu tunggu dia."

Esya menguncikan mulut. Dia hanya merenung, dan menunggu Thaqif untuk menghabiskan ayatnya.

"Abang selalu tunggu dia. Hari-hari abang doa supaya abang jumpa dia balik. Tapi kalau dia bukan jodoh abang, nak buat macan mana. Lagipun abang bukannya baik sangat."

"Esya mesti ingat lagi apa yang abang dah buat dulu?"

Esya diam. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. Senyuman tak ikhlas dia tayangkan.

Terkenang memori buruk yang Thaqif pernah ciptakan dahulu. Boleh dikatakan satu sekolah tahu. Mujur sahaja waktu tu tiada siapa tahu yang Esya itu adik Thaqif, kalau tak sekali dengan dia terkena tempias kebebalan seorang Thaqif Imran.

"Orang yang umi jumpa tu siapa? Abang kenal ke?"

"Umi lupa nama dia. Katanya esok dia nak jumpa lagi orang tu. Nak kenal-kenal dulu." balas Thaqif. Badannya diregangkan. Lenguh pula duduk bersila lama-lama di atas lantai. Sejadah yang dia gunakan dilipat lalu diletakkan di atas birai katil.

pemilik hatiWhere stories live. Discover now