18

75 11 121
                                    

JERITAN Hanania yang bergema diruang dapur memeranjatkan Thaqif yang baru sahaja tiba disitu.

Pintu tandas Hanania hempas kuat. Terus dia berlari ke arah Thaqif lalu menyorok di belakang lelaki itu. Kedua belah tangannya menggenggam erat belakang baju t-shirt milik Thaqif.

"Kenapa ni?"

Thaqif segera memusingkan tubuhnya, menghadap Hanania. Hampir sahaja dia tergelak melihat bibir Hanania yang comot dengan buih daripada ubat gigi.

"A-ada katak dalam tandas!"

"Ah..." kepala Thaqif terangguk-angguk. Dia tergelak kecil sebelum menarik Hanania ke sinki. Mahu mencuci mulut gadis itu terlebih dahulu.

"Saya boleh cuci sendiri."

"I know." Balas Thaqif sambil memandang Hanania. Tanpa teragak-agak dia membuka pili air lalu menadah telapak tangannya di situ. Cukup sahaja air yang ditadah, air tadi disapukan pada bibir itu.

"Tunduk sikit, nanti basah baju kau."

Hanania hanya menurut. Tak ubah seperti lembu dicucuk hidung. Sesekali anak matanya mencuri pandang ke arah Thaqif. Apabila anak mata mereka bertemu, cepat-cepat Hanania melarikan anak matanya.

Segan.

"Dah pergi mandi."

Hanania geleng laju. "Ada katak dalam tandas."

"Buanglah." jawab Thaqif, sepatah. Raut wajahnya bersahaja, langsung tidak menunjukkan rasa simpati terhadap Hanania.

"Tolonglah buangkan." pinta Hanania. Lengan kanan Thaqif dicapai lalu di goyang-goyangkan.

"Kenapa aku pulak?"

"Awak kan lelaki."

Thaqif ketawa mengejek, tak percaya. Itu alasan yang Hanania gunakan? Sebab dia lelaki? Cis, kalau macam ni, aku pun nak jadi perempuan.

"Kau la buang, kenapa aku pulak yang kena buang?"

"Qif, tolonglah..." suara Hanania meleret-leret. Kakinya turut dihentak-hentak perlahan di atas lantai. Bibir bawahnya dikemam-kemam. Rasa nak nangis!

Thaqif menggeleng, sengaja nak kenakan Hanania. Dia perpeluk tubuh lalu memalingkan tubuh dari terus menghadap gadis itu.

"Qiff..."

"Yelah." satu keluhan panjang Thaqif lepaskan lalu menghampiri tandas. Tombol pintu dipulas sebelum kepalanya jenguk ke dalam. Anak matanya mula memerhati disekeliling ruangan kecil itu— tiada apa-apa yang aneh.

"Takde apa pun—"

Terasa seperti ada objek lembik yang mendarat di atas kakinya. Thaqif menundukkan pandangan. Matanya membulat sebelum jeritannya pula yang bergema dia dalam rumah itu.

Kakinya dikibas-kibas, geli. Cepat-cepat Thaqif berlari ke arah Hanania lalu menolak gadis itu ke hadapan.

"Kau pergi buang dia!"

"Taknaklah!" Hanania menolak Thaqif lalu berlari menjauhi tandas. Nafasnya naik turun dengan laju. Awal-awal pagi dah berperang dengan katak!

pemilik hatiWhere stories live. Discover now