06

60 16 33
                                    

"APA susah, terima jelah si Thaqif tu. Bukannya dia mintak duit kau pun!"

"Nia—"

"Kau kahwin jelah dengan si Thaqif tu. Aku dah taknak tengok muka kau dalam rumah ni." Laju Puan Delaila memotong percakapan Hanania. Anak matanya merenung tajam Hanania, penuh rasa benci.

"Tapi Mak Su, ni rumah ibu..."

"Mak kau dah matilah! Sejak dia mati hari tu, rumah ni dah jadi rumah aku. Kau tu menumpang je!" Tempik Puan Delaila, langsung tak fikir perasaan Hanania ketika itu.

Hatinya bagai dicarik-carik. Sakit.

Setitis demi setitis air mata Hanania mengalir. "Nia tak pernah pun mintak Mak Su jaga Nia." luah Hanania. Semakin deras air matanya mengalir.

Seingatnya dia langsung tak pernah merayu pada wanita itu supaya menjaganya. Sekali pun tak pernah. Sejak ibu meninggal, tak pernah terdetik pun dalam hatinya untuk menagih kasih dari Mak Sunya itu.

Tak pernah.

"Kau ingat aku nak sangat ke jaga kau? Kalau bukan sebab mak kau tu berduit, tak hinginlah aku nak tergedik-gedik jaga anak orang lain!"

Bahu hanania ditolak kasar. Ditunjal-tunjal kepala gadis yang tidak bersalah itu.

Terhinjut-hinjut bahu Hanania menahan tangis. Kedua belah tangannya menggenggam erat sisi baju kerja yang masih tersarung pada badan.

"Menangis, menangis! Itu jelah kerja kau!" lagi-lagi kepala Hanania menjadi mangsa jari runcing Puan Delaila. Langsung lupa bahawa gadis dihadapannya itu anak yatim piatu.

Sepatutnya anak yatim dilayan dengan penuh kasih sayang, dikasihi— tak seperti apa yang Puan Delaila lakukan pada Hanania sekarang.

"Dengar cakap aku, kahwin dengan—"

"Nia taknak!"

Pang!

Tubuh Hanania jatuh terduduk di atas lantai. Automatik tangan kanannya menyentuh pipinya yang menjadi mangsa tamparan Puan Delaila. Muatiara jernih yang tadinya sudah kering kini mengalir lagi, membasahi pipi Hanania.

"Kenapa susah sangat kau nak dengar kata aku?"

"Ark! Sakit!"

Tangan kanan Puan Delaila mencengkam kuat pipi Hanania sehingga kepala Hanania terdongak secara paksa ke arahnya. Ditekan-tekan kuat tulang pipi itu, geram.

"Kau dengar sini perempuan. Kau nak ke, kau taknak ke, aku tetap dengan keputusan aku. Kau akan kahwin dengan anak Zahra!"

Hanania diam. Mencurah-curah air matanya mengalir.

"Kau faham tak?"

Hanania mengangguk laju. Kedua tangannya memegang kemas lengan Puan Delaila, mengharapkan wanita itu melepaskan wajahnya. Sakit.

Alif yang menyaksikan itu terus berlari ke arah mereka berdua. Badan Puan Delaila ditolak dengan kedua belah tangan kecilnya sehingga cengkaman kuat pada wajah Hanania terlepas.

"Ibu buat kak Icha sakit!"

"Kau budak, jangan nak sibuk hal aku dengan perempuan ni!"

Mendengar suara Puan Delaila semakin memetir, Hanania terus menarik Alif dekat dengannya.

"Alif, pergi masuk bilik. Nanti ibu marah." perlahan sahaja Hanania bisik ke dalam telinga Alif. Tak mahu kanak-kanak itu tejebak sekali dalam masalah dia dan Puan Delaila.

"Taknak masuk bilik! Ibu jahat! Ibu jahat! Alif benci ibu!" Alif menghentak-hentak kakinya pada lantai.

"Alif—"

pemilik hatiWhere stories live. Discover now