01

100 20 99
                                    

"ASSALAMUALAIKUM." salam diberi seraya pintu rumah dibuka dari luar. Wajah penat Hanania berubah ceria serta merta apabila pandangannya bertemu dengan susuk tubuh seseorang.

"Waalaiumussalam- Kak Icha!" Alif, sepupu Hanania yang baru sahaja berumur lima tahun terkedek-kedek berlari ke arahnya. Hanania segera melutut, tangannya didepakan membenarkan sepupu kesayangannya masuk ke dalam pelukannya.

"Alif rindu Kak Icha!"

Hanania mengelus lembut kepala Alif. Dia tergelak kecil. Tak sampai 24 jam dia tinggalkan rumah, Alif sudah rindukannya.

"Kak Icha pergi kerja sayang. Cari duit nak beli mainan untuk Alif."

"Nanti Alif nak hadiah banyak-banyak boleh?"

Hanania mengangguk. Lebar senyumannya terukir, sehingga lesung pipit yang terletak di pipi kanannya timbul.

"Ahmad Izul Alif!"

Alif yang dari tadi tersenyum-senyum kerana mendapat layanan manja daripada Hanania terus terkaku. Pelukkan pada tubuh Hanania dia eratkan, takut.

Raut wajah marah Puan Delaila menyapa pandangan Hanania. Dia menelan air liur kesat. Cepat-cepat Hanania mengalihkan muka, takut untuk terus menatap wajah mak saudaranya itu.

"Alif! Sini!"

Alif menggeleng laju. Baju kerja yang dipakai Hanania digenggam kuat dengan tangan kecilnya.

"Kau ni-"

"A-alif! Pergi kat i-ibu ya?" Perlahan-lahan tangan Hanania cuba melepaskan tautan tangan Alif pada bajunya. Senyuman paksa dia ukirkan. Sesekali dia memandang ke arah Puan Delaila. Bibirnya diketap kuat apabila wajah kelat itu menghiasi pandangannya.

"Pergi dekat ibu."

Alif mengangguk kecil. Baju Hanania dilepaskan lalu dia berjalan lemah ke arah Puan Delaila.

Hanania bingkas berdiri. Tali beg sandang digenggam kuat. Kepalannya ditundukkan. Tak berani menatap wajah Puan Delaila.

"Kau dah gaji ke belum?"

Hanania menggeleng laju.

Hari ni baru 20 hari bulan. Biasanya dia gaji 28 hari bulan. Masih berbaki lapan hari sebelum dia dapat gaji untuk bulan ini.

"Takpelah kalau macam tu. Dah, pergi masuk!" Puan Delaila berjalan ke arah Hanania. Bahu Hanania ditolak ke tepi lalu pintu rumah yang terbuka luas tadi ditutup kasar.

"Ibu.. Nak main dengan Kak Icha..."

Alif merengek. Lengan baju Puan Delaila ditarik-tarik. Bibirnya memuncung, cuba memujuk ibunya supaya memberinya keizinan untuk meluangkan masa bersama Hanania.

"Tak boleh! Kak Icha kau tu baru balik kerja! Kejap lagi dia nak buat kerja lain pulak."

Dengar sahaja ayat itu Hanania sekadar mengangguk. Senyuman paksa dia ukirkan lalu dia membawa diri masuk ke dalam biliknya.

Pintu bilik ditutup rapat. Tak lupa juga dikunci dari dalam. Belakang badannya disandar pada permukaan pintu. Nafas berat dia hembuskan.

Penat.








PENUTUP periuk nasi di dapur dibuka. Kosong. Keluhan berat Hanania lepaskan. Hari ini dah masuk tiga hari dia tak dapat makan malam.

Perutnya yang berkeroncong minta diisi ditepuk-tepuk lembut.

"Nia. Nasi takde. Hari ni Pak Su kau balik. Kau faham-faham jelah dia tu makan banyak." Puan Delaila yang tiba-tiba muncul disebelah Hanania, menegur.

"Ouh..."

pemilik hatiWhere stories live. Discover now