1

1.5K 53 1
                                    

PERSONALITI seorang Anyra Helsa, memang sukakan kesendirian. Dia berasa tenang. Bersosial dengan manusia, bukanlah kebiasaan dan kehandalannya.

Walau hari sudah lewat malam, dia tetap berjalan sendirian keluar dari pusat beli belah dan harus berjalan kaki untuk mencari teksi menghantarnya pulang ke rumah.

Malangnya, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila perasan tangan kiri pemandu teksi yang disewanya tersebut seolah bergerak nakal ingin menyentuh kaki jinjangnya yang hanya memakai skirt labuhnya hanya sampai buku lali itu.

"Dah ada boyfriend ke?" soal pemandu teksi itu tiba-tiba. Kereta yang dipandu diperlahankan sedikit had kelajuannya sebaik menyedari ada road block yang sedang dijalankan di depan.

Anyra cuba menenangkan hatinya. Air liur ditelan sekali.

"Ada," bohongnya sengaja. Sangkalnya, lelaki separuh umur itu akan berhenti dari menganggunya.

"Pernah together?"

Berkerut ruas dahi Anyra. "Maksud Pak Cik?"

"Book hotel then-"

Tatkala merasakan aura tidak elok dan lucah di situ, laju saja Anyra memotong percakapan pemandu teksi tersebut.

"Pak Cik, tinggal saya di sini aje lah. Dah dekat dah ni."

"Eh, jauh lagi ni. "

"Tak apa. Turunkan aje saya di sini. Saya boleh jalan kaki. Dekat aje ni."

"Kejaplah. I tak puas lagi berborak dengan you," halang lelaki berusia itu. Dia berpaling ke belakang sambil tangan cuba untuk memegang Anyra.

Namun Anyra lebih pantas membuka pintu di bahagian penumpang dan melompat keluar dari teksi tersebut hingga lututnya termelecet pada jalan tar. Buku lalinya juga terpeleot.

Sebaik terperasankan ada road block yang sedang dijalankan berjarak beberapa saja langkah di depannya, laju dia berlari ke arah tersebut.

Agak jauh namun dia teruskan juga lariannya hingga tiba di sebelah seorang pegawai polis lelaki yang sedang bertugas di situ. Termengah-mengah dia cuba mengatur nafas kembali.

"Tu...Tuan... tolong..."

Lekas pegawai polis yang kemas beruniform biru gelap itu berpaling ke arah Anyra.

"Eh, Cik kenapa ni?"

"T... Tadi... ada lelaki creepy..."Anyra sudah tidak dapat menyambung ayatnya saat kakinya sudah tidak dapat berdiri dengan stabil. Dia jatuh terduduk di atas jalan tar di situ.

Riak wajah lelaki itu berubah cuak dan agak terkejut. Dia turut merendahkan tubuhnya menghadap gadis manis bertudung yang penuh bergaya pemakaiannya itu.

"Saya ambilkan air kejap, ya? Cik tunggu-"

Belum sempat ayatnya dihabiskan, Anyra sudah pantas memegang lengan kekarnya yang sawo matang itu. Membulat matanya dek terkejut.

"Tolong... jangan tinggalkan saya. Tadi..." Baru kali ini Anyra memanggungkan kepalanya menghadap lelaki di depannya itu.

Sepasang mata mereka bersabung seketika. Sempat Anyra meneliti seraut wajah tampan di hadapannya itu. Kulit sawo matang tapi sungguh manis. Kening tebalnya indah terukir. Sepadan dengan tubuh kekarnya itu.

"Tadi ada orang tua creepy cuba nak raba saya. Saya nak turun dari teksi dia. Tapi dia halang saya. Jadi, saya cepat-cepat lompat turun dari teksi tu. Tuan tolong hantarkan saya pulang, boleh? Please..."

Lelaki itu menelan payah air liurnya sekali. Pegangan Anyra tadi dilongarkan hingga terlerai sepenuhnya.

"Baiklah. Tapi Cik kena report kes ni ke balai dulu."

Puspita Milik Ishaq | OG Where stories live. Discover now