4

454 33 1
                                    

TUDUNG sarung disarungkan ke kepala sebelum dia mahu turun ke bawah. Kata ibunya, ada tetamu yang hadir iaitu rakan bapanya. Setelah itu, Anyra mengatur langkah ke tingkat bawah.

Sebaik tiba di ruang tamu, Anyra mendekati isteri rakan bapanya untuk disalam sebelum dia berjalan masuk ke dapur bagi membantu ibunya. Langsung tidak perasan bahawa ada sepasang mata lain yang sedang tunak memandang ke arahnya.

"Helsa nak tolong apa ni, ibu?"

Puan Kamsah yang sedang mengoreng cucur itu menoleh sekilas ke arah anak bongsunya itu.

"Bancuh teh. Tapi untuk 3 orang aje. Anak kawan abah tu tak minum teh."

Terjongket sepasang kening Anyra. Belum pernah lagi dia jumpa seseorang yang tidak menyukai teh.

"Habis itu, nak buatkan anak dia air apa?"

"Kopi susu panas."

Tanpa mampu ditahan, Anyra memutarkan bola matanya bersama keluhan halus. Bukan main lagi padahal rasanya baru datang sekali. Sebelum ini mana pernah rakan bapanya yang seorang itu bawa keluarga kecil mereka sekali bersama ke rumah ini.

"Bukan main," ujarnya perlahan.

Tiba-tiba kedengaran satu suara garau yang hadir dari depan dapur. Pantas Anyra menoleh ke arah tersebut. Hampir terbuntang matanya sebaik tertancap pada seraut wajah tampan yang amat dikenalinya itu.

"Encik Eshan?"

"Eh, lah Cik Anyra. Awak rupanya anak kawan abah saya." Eshan beramah mesra.

Puan Kamsah yang perasankan anak muda itu menutup gas dapur setelah selesai menggoreng. Gilirannya pula mendekati Eshan dan Anyra.

"Eshan kenal ke anak aunty?"

Eshan menoleh ke arah Puan Kamsah sambil senyum manis dihulurkan. Kepalanya mengangguk sekali.

"Kenal jugalah, aunty. Saya yang bantu Anyra masa ada road block hari itu. Aunty tahu anak aunty ni hampir kena raba dengan driver teksi dia naik?"

Puan Kamsah tersenyum simpul melihatkan perilaku pemuda di hadapannya yang penuh sopan santun dan beradabnya itu. Sejuk hati kalau dijodohkan dengan anak bongsunya.

"Tahu. Dia dah cerita. Terima kasih lah, ya tolong bantu anak aunty."

Eshan menggeleng seraya tangan digawangkan tanda tidak mengapa.

"It is okay, aunty. Benda kecil aje." Eshan menoleh pada Anyra yang masih diam memerhati perbualan antaranya dengan ibu wanita itu tadi.

"Luka awak dah sembuh, Cik Anyra?" Prihatin dia menyoal.

Anyra bagaikan tersentak seketika. Entah mengapa jantungnya tiba-tiba berirama tatkala menerima soalan yang jelas terpapar keprihatinan Eshan terhadapnya itu.

"Ah. Dah okay sikit."

Kepala Eshan jatuh sekali. Dia memandang Puan Kamsah semula.

"Saya nak tumpang tandas kejap, boleh aunty?" soal Eshan.

"Oh. Boleh boleh."






ANYRA hanya diam membisu di sebelah ibu dan bapanya yang sedang berbual rancak dengan orang tua Eshan. Lelaki itu juga melakukan hal sendiri saja dengan telefon di tangan.

"Anyra dah umur berapa sekarang?"

Soalan yang ditujukan buat Anyra itu membuatkan gadis itu tersentak sedikit. Wajah ibu Eshan dipandang dan riak wajah ramah ditayangkan.

"26 tahun, aunty."

"Oh. Dah boleh kahwin lah ni."

Puan Zainah tersenyum lebar. Dalam hati, dia sudah merancang hendak menyatukan anak gadis rakan suaminya itu dengan anak terunanya yang di sebelah ini.

Anyra tersengih janggal. Wajah ibu bapanya dikerling dan nyata kedua insan itu juga turut memandangnya dengan senyuman tersirat seribu makna.

"Er... Jodoh saya sesat lagi kut, aunty." Begitu mudah Anyra memberi alasan.

Memincing mata Puan Zainah sambil tersenyum misteri. Paha anak lelakinya yang masih leka dengan telefon di tangan itu, ditepuk kuat hingga menyentakkan pemuda itu. Manakala Encik Iqram pula tertawa kecil.

Membulat mata Eshan memandang ibunya.

"Kenapa, my?"

Puan Zainah tidak melayan. Pandangannya lurus pada Anyra.

"Aunty tak rasa dia sesat, Anyra. Aunty rasa dia buta. Dia tak nampak jodoh dia dah ada depan mata." Penuh tersirat wanita itu menutur bicara.

Anyra memandang Puan Zainah dan Eshan yang sudah berkerunyut mukanya itu silih berganti. Kenapa dia rasa sangat sesak sekarang ini?

Manakala Eshan pula sudah memandang pelik ke arah ibunya. Dah kenapa tiba-tiba pukul paha orang?

"Eshan dah ada ada girlfriend ke?" Suara Puan Kamsah mula mencelah.

"Saya tengah bercinta dengan Iwara, aunty," balas Eshan sambil tersenyum manis.

Serentak kedua orang tuanya berpaling ke arahnya dengan kerutan di wajah.

"Siapa Iwara?" Serentak.

Eshan tersengih gedik seraya menggaru belakang tengkuk yang tidak gatal. Dia bohong saja sebenarnya. Dia mana ada teman wanita. Iwara itu sebenarnya watak fiksi kegemarannya dari sebuah novel.

"Watak novel." Tersipu malu dia menjawab.

Namun sungguh watak fiksi seperti Iwara lah yang dia impikan sebagai seorang isteri. Manja dengannya tapi berani apabila bersendiri. Penuh dengan kelembutan dan sopan santun. Iwara mempunyai ciri wanita idamannya. Tapi malangnya Iwara tidak wujud di alam nyata.

"Oh, Eshan suka baca novel?" Agak teruja nada suara Anyra menyoal.

"Suka. Tbr saya banyak lagi. Tengah reading slump sebab lama busy dengan kerja." Eshan sekadar melayan. Dia memang mesra adakalanya jika dia mahu. Terutama sekali berkaitan perkara yang dia sukai.

"Tbr? To be read?" soal Anyra ingin kepastian.

Dia pun suka membaca novel. Ini, kalau dapat jodoh yang mempunyai minat yang sama sepertinya, memang dia bersyukur sangat! Tapi adakalanya terfikir juga apa yang seronoknya dapat lelaki suka membaca sepertinya?

Sebab mempunyai pasangan yang hobi sama seperti kita, menjadikannya lebih seronok!

Kepala Eshan jatuh sekali.

"But how can... seorang anggota polis boleh ada masa untuk baca novel?"

Eshan sekadar menjongketkan kening tanpa bersuara menjawab pertanyaan oleh Anyra. Biarlah ianya kekal rahsia antara dirinya dan Tuhan saja. Pandailah dia curi masa apabila sudah minat sekalipun.

Anyra mencebik. Tidak mampu menahan rasa menyampah terhadap lelaki itu yang tidak mahu menjawab pertanyaannya. Kalau Eshan jodohnya, memang dia akan korek segalanya tentang lelaki itu.

"Sejak bila lagi?" Makin dalam sifat ingin tahu dalam diri Anyra.

"Saya mula sejak saya darjah 5. Tapi darjah 6 berhenti sekejap sebab nak fokus UPSR. Peperiksaan yang dah pupus sejak covid-19. Masuk tingkatan 3, saya sambung semula sampai sekarang," cerita Eshan.

"Tak bosan?" Anyra menduga.

Kepala lelaki itu bergerak ke kiri dan kanan sambil tersenyum tipis.

"Minat dan cinta saya pada membaca tak akan pernah mati hatta sekali."

Anyra hanya mengangguk tanpa berniat untuk meneruskan perbualan antara mereka lagi walaupun jujur dari relung hatinya, masih banyak lagi perihal yang ingin ditanyakan. Tapi siapa dia untuk bertanya berlebihan?

Segan pula rasa jika ianya diteruskan. Jadi dia noktahkan segalanya di situ saja. Cukuplah. Sedar diri itu penting. Tambahan, dia bimbang jika Eshan beranggapan yang bukan-bukan.




Puspita Milik Ishaq | OG Where stories live. Discover now