7

140 12 0
                                    

ANYRA sedia menanti dengan penuh debar. Sepatutnya tempat dia berada sekarang ini ialah tempat kerjanya tapi sudah dimaklumkan kepada majikannya tadi bahawa dia ada urusan penting kononnya tidak dapat dielakkan.

Mujurlah keizinan dia diluluskan. Kerjanya pula bukanlah serius sangat tapi masih dapat meraih keuntungan yang agak lumayan.

Tiba-tiba Eshan menggeleng. Wajah dipanggungkan menghadap Anyra.

"Tak apalah. Sorry. Saya nak pergi tukar baju kejap." Bingkas dia berdiri dan berlalu dari situ.

Manakala Anyra hanya menghantar langkah jejaka itu melalui sorotan mata layu saja.

"Tadi dia juga yang suruh aku ke sini," ujarnya sendirian melalui lisan.

"Hi."

Laju kepala Anyra berpaling ke arah hadirnya suara garau yang cukup asing baginya itu. Membulat matanya sebaik melihat seorang lelaki bertubuh sasa sedang mencangkung di sebelahnya yang sedang duduk bersila.

"Er... yes?" Badan diundurkan sedikit ke belakang.

Lelaki itu makin gasak. Sengaja dia mendekatkan wajahnya pada wajah Anyra membuatkan gadis itu makin terundur hingga hampir terbaring.

Gadis itu sudah mula cuak. Sudahlah semua orang di sini hanya dengan aktiviti masing-masing. Langsung tidak mengendahkan perkara yang terjadi di sekeliling mereka.

"Oh, sh*t."

Buk!

Tersentak tubuh Anyra tatkala melihat tubuh jejaka yang seakan cuba hendak menggodanya tadi sudah tersandar di belakang dengan wajah berkerut. Ada kesan lebam di tulang pipi jejaka tersebut.

"Memang tak reti hormat perempuan ke? Bersusah payah mak ayah dia jaga  dia, kau senang aje nak jadikan dia mangsa kau? Tak gentleman lah." Berombak kencang dada bidang Eshan.

"Kau siapa?"

Eshan menggeleng sebelum menarik lengan baju Anyra untuk mengikutinya.

"Jom, balik."

Langkah dilajukan turun dari pusat gimnasium tersebut. Memang ini kali pertama dan terakhir dia akan membawa Anyra ke sini.

"Eh, tapi kereta awak–"

"Ada–"

Sontak, langkah mereka mati setelah tiba di tingkat bawah. Tubuh Eshan mengeras. Baru dia ingat bahawa dia hanya motosikal berkuasa tingginya saja di sini. Bagaimana mahu membawa Anyra pulang?

"Motor? Oh, tak boleh. Mati saya dengan ibu dan ayah nanti. No. No." Anyra sudah menolak keras.

Ibu bapanya memang sangat bertegas perihal batas pergaulan dan agama. Tentulah dia tidak akan diberi keizinan untuk menaiki motosikal dengan yang bukan mahramnya.

Eshan berdecak. Sebelah tangan naik ke pinggang dan satu lagi mengurut pelipis. Memikirkan.

"Call Ian lah. Suruh dia pulangkan balik kereta awak. Saya tak nak naik moto. Please," rayu Anyra sambil memandang jejaka di hadapannya itu.

Tangan dijatuhkan ke sisi. Mata Eshan menatap gadis jelita di depannya itu. Semestinya jelita tapi bukan rupa yang boleh membuatkan perasaannya buat gadis itu terus berubah menjadi istimewa. Tapi layanan, sifat dan perangai yang dia utamakan.

Sama seperti seseorang yang pernah hadir dari kisah lalunya dulu.

"Awak okay? Lelaki itu sempat buat apa-apa pada awak? Tak kan? Saya lagi cepat dari dia kan?" Bertalu-talu soalan diajukan oleh Eshan. Garis kerutan memancarkan riak wajah prihatin dan cemasnya.

Puspita Milik Ishaq | OG Where stories live. Discover now