6

339 23 2
                                    

SEBAIK masuk saja ke dalam, mata Anyra disantap dengan susuk tubuh sasa seorang lelaki yang hanya berbaju T putih tanpa lengan. Jejaka yang berdiri di kaunter itu sedang tersenyum ramah padanya.

"Yes, miss?"

Anyra mendekati kaunter tersebut. Rasa berbahang wajahnya kerana terlihat tanpa sengaja lengan berotot jejaka di depannya itu. Oleh kerana bukan kebiasaannya, dia jadi segan.

"Saya cari Eshan Ishaq."

"Oh, come. I tunjukkan jalan."

Lelaki itu menunjukkan arah keberadaan Eshan memandangkan Anyra nampak masih terlalu janggal dan jelas ketara gadis itu pertama kali ke situ.

"Ha, itu dia. I minta diri dulu, ya?" Tanpa dibalas Anyra, lelaki tadi pamit diri dari situ.

Sepasang mata Anyra terhala pada belakang tubuh tegap seorang lelaki   berbaju T hitam lengan pendek yang agak mengikut struktur tubuh. Dapat dilihat dari jauh, ada sesuatu yang kelihatan tebal dan kukuh terlilit di pinggang Eshan.

Kening dikerutkan. Perlahan kakinya mendekati Eshan dari arah belakang dan cuba hendak menegur tapi secara tidak sengaja pula ketika itu Eshan baru hendak mengangkat sesuatu dan hujungnya terkena pada sisi kepala Anyra.

"Ahh!!" jerit Anyra seraya memegang sisi kepala yang rasa berdenyut.

Sontak, fokus Eshan bertukar. Alatan senaman yang besar dan panjang tadi diletakkan semula ke tempatnya dan laju dia berlari ke arah Anyra.

"Anyra, kenapa ni?" Cemas nada suara garau yang kemengahan selepas melakukan senaman itu.

"Ke... kepala saya kena besi awak angkat tu tadi. Aduh..."

Eshan meraup wajahnya. Halkumnya bergerak sekali. Alat dipinggangnya tadi ditanggalkan dengan sekali rentap dan jatuh ke lantai.

"Come here," ujar Eshan lembut dan mempamit Anyra ke suatu kawasan yang lebih lapang.

Manakala Anyra hanya menurut saja dengan mata masih terpejam menahan perit. Boleh berdengung juga rasanya. Besi itu tebal.

"Sit. Saya tuamkan kepala awak. Kejap, saya ambil ais." Eshan bangun mencari sehelai kain dan ais untuk menuam.

Tidak lama menunggu, Eshan kembali ke sebelah gadis itu. Hujung jarinya menarik lengan baju Anyra seraya menyuruh gadis itu menurunkan tangannya.

"Saya tuamkan. Sini sikit."

Lemah lembut Eshan cuba merawat kesakitan yang Anyra alami di sisi kepala itu.

"Sakit?"

"Tak."

Dituam lagi sembari ditekan lebih kuat sedikit dari sebelumnya.

"Ahh... ahhh... slow lah."

"Sorry. Sorry. Sakit lagi?"

"Sikit."

Kemudian, Eshan meniup sedikit sisi kepala Anyra itu membuatkan bulu roma Anyra menegak. Hembusan oleh Eshan itu menghadirkan satu haruman maskulin. Sungguh, dia rasa tidak selesa.

"Kenapa tiup? Bukannya boleh sembuh pun."

"Saya selalu buat macam ni kat anak buah saya. Elok aje lepastu." Eshan kembali ke posisi asal.

"Ish! Karutlah. Saya bukan budak!" bentak Anyra geram.

"Tapi awak cute macam budak!" usik Eshan sengaja sambil tersengih.

Dan tanpa dia ketahui sengihan itu membuatkan Anyra terkedu. Jelas terpancar keikhlasan di seraut wajah itu ditambah pula dengan pujian  secara rawak itu.

Puspita Milik Ishaq | OG Where stories live. Discover now