9

228 17 0
                                    

TAYAR kereta yang sudah pancit disepaknya dengan penuh rasa sebal dan geram di dada. Keringat yang mula membasahi dahinya dikesat kasar dengan hujung baju. Hampir mahu menangis rasanya. Bukannya kerana dia tidak tahu hendak menukar tayar. Tapi kerana tayar lebihannya tiada di dalam bonet. Sudah dihubungi Eshan tetapi lelaki itu masih belum tiba. Mahu minta tolong ayahnya, tidak sampai hati hendak menyusahkan jasad tua itu.

Pin!

Sontak, Anyra memusingkan tubuh ke arah kenderaan tersebut. Kelihatan Eshan kemas beruniform biru gelapnya keluar dari perut kereta dengan bergegas.

"Sorry lambat," ujarnya seraya lekas berlari anak ke bonet kereta untuk mengambil tayar lebihan sebelum diletakkan di sebelah tayar kereta Anyra yang pancit.

Ketika itu juga matanya tertancap pada alatan untuk menukar tayar di sebelah tayar baru yang diletakkannya tadi. Kepalanya berpaling ke arah Anyra di sebelah.

"Lah. Ada barangnya?" soal Eshan.

"Ada lah. Tayar aje tak ada. Kalau tak, saya pasang aje sendiri. Tak adanya nak call awak." Penuh dingin sekali Anyra berkata. Tangkas tangannya melakukan kerja. Manakala, mulut pula tidak berhenti berceloteh.

Tanpa sedar, mulut Eshan sudah ternganga kecil sambil kening yang dijongketkan. Pertama kali dia bertemu dengan wanita yang pandai hendak menukar tayar. Kagum!

"Kotor tangan." Eshan melihat saja tangan halus dan jelita Anyra yang sudah dicemari itu.

"Boleh basuh." 

"Eh, biar saya lah buat-"

"Siap!" cantas Anyra laju sambil tersenyum lebar.

"Oh. Kejap, saya ambil air."Lelaki itu sudah  bangun dan mengambil air mineral dari keretanya.

Anyra yang sudah kepanasan dan kepenatan itu sudah berlalu masuk ke dalam keretanya. Mata dipejamkan sedikit setelah sebotol air miliknya diteguk. Tapi hanya seketika tatkala susuk tubuh Eshan kembali berdiri di luar tingkap keretanya bersama sebotol air mineral. Lantas, dia membuka pintu.

"Nah. Buat basuh tangan," tawar Eshan.

"Thank you." 

"Boleh drive balik, tak ni?" soal Eshan prihatin. Melihat peluh di dahi gadis di hadapannya itu, membuatkan dia mengeluarkan kain napkin dari kocek seluarnya lalu mengelap peluh di dahi Anyra.

Sekilap itu, terus terkaku tubuh Anyra. Kepalanya pantas mendongak ke arah jejaka di hadapannya. Kenapa Tuan Eshan dia ni tiba-tiba jadi prihatin dan ambil berat pula? 

"Awak baru lepas kena ceramah dengan parents awak, ke?" tanya Anyra tiba-tiba.

Kerutan terentang di dahi Eshan. Kepalanya disengetkan sedikit. Sebelah tangan dibawa ke dalam kocek seluar.

"Kenapa pula?"

"Tiba-tiba jadi caring ni?"

"Awak tunang saya, kan? Saya hanya amalkan didikan bonda dan ayah saya dari kecil saja." 

Anyra mengangguk beberapa kali. 

"Okaylah. Saya nak pergi lunch ni. Awak boleh lah pergi dan teruskan kerja awak yang tergendala. Atau awak nak upah?"

Lekas Eshan menggeleng. 

"Tak apa. Betul ni boleh drive?" Sekali lagi jejaka itu menyoal. Kerana hanya dia yang ada dengan Anyra ketika ini jadi jika sebarang perkara terjadi ke atas wanita itu, pasti dia ialah orang pertama yang akan dijadikan suspek dan juga yang bertangggungjawab.

Buat kesekian kalinya Anyra mengangguk sekali gus meyakinkan lelaki di hadapannya itu bahawa dia baik-baik saja. Bukannya tidak berdaya langsung.

"Okay. Assalamualaikum."

Spontan, bibir Anyra membentuk lekuk senyuman yang paling manis dan lebar sekali buat Eshan yang telah pun menjadi tunangnya sejak seminggu yang lalu. Kepalanya jatuh sekali.

"Baiklah, Encik tunang saya!" Penuh riang dan ceria saja suaranya.

Akhirnya, mereka kembali membawa haluan masing-masing dan menjalankan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Sebaik Eshan masuk ke dalam perut keretanya, dia terus disapa oleh si rakan yang dari tadi menemaninya dan menjadi pemerhati dalam diam.

"Macam mana? Dia boleh drive sendiri ke?" soal Ian. 

Eshan memasangkan tali pinggang dan membetulkan posisinya. Pandangannya tidak sedikit pun jatuh ke arah temannya di sebelah. Entah mengapa, ada rasa tidak enak hinggap di segenap tangkai hatinya. Tapi diusirnya rasa itu. Dia yakin tiada perkara yang akan terjadi.

"Yang kau concern ni, kenapa?" Jelas nada dan caranya seakan menyindir Ian.

"Eh, lah. Tadi kau juga yang suruh aku teman kau. Takut kalau Anyra tak boleh drive, kau yang drive kereta dia dan aku, drive kereta kau balik ke ibu pejabat. Lepastu ini, bila aku tanya kau marah pula."

"Dia okay," jawab Eshan sepatah. Berat mulut sungguh.

"Tapi... hati aku rasa tak sedap hati lah, Yan."

Ian berkerut halus. Serius dia memandang rakannya. "Asal?"

Eshan menggaru belakang tengkuknya seketika. Lalu, dadanya yang makin rasa sempit dan sakit diusap. Dahinya mula berkerut halus. Menahan rasa sakit dan tidak enak yang datang hinggap itu.

"An... Anyra."

Ian yang sudah semakin resah dan kerisauan melihat rakannya itu laju memegang bahu Eshan. 

"Eh, Es! Kau kenapa ni?" Cemas.

Puspita Milik Ishaq | OG Where stories live. Discover now