2

588 36 1
                                    

ANYRA mendekati ibunya tatkala melihat wanita itu baru saja keluar dari kamarnya. Serentak itu panggilan hormat buat si ibu diseru.

"Ibu..."

Puan Kamsah terus menoleh. Dia jongketkan kening.

"Ya?"

"Helsa nak cakap dengan ibu kejap, boleh?"

Wanita itu tersenyum tipis. Lantaran itu, bahu si bongsu dipeluk rapat ke tubuhnya dari sisi. Langkah diterukan untuk turun ke ruang tamu.

"Helsa nak curhat pada ibu ke, sayang? Helsa ada masalah lagi?" Lembut wanita itu menyoal.

Pantas Helsa menggeleng. Menafikan seraya melabuhkan pinggul di sofa bersebelahan ibunya.

"Bukan. "

Kerutan halus terentang di dahi Puan Kamsah. Tertanya akan hal yang ingin dibualkan oleh anak daranya itu.

"Habis itu?"

Anyra mengigit lembut bibir bawahnya. Jemarinya diramas sesama sendiri sembari pandangan dijatuhkan ke situ.

"Helsa nak tanya... salah ke kalau kita jatuh cinta pada seseorang pada pandangan pertama? Maksud Helsa, walaupun baru kali pertama bertemu, hati kita rasa kita sukakan dia dan mahukan dia menjadi peneman hidup kita buat selamanya?"

Terjongket sepasang kening milik Puan Kamsah. Mungkinkah anaknya itu telah merasa tertarik kepada seorang lelaki setelah begitu lama menutup pintu hati?

"Helsa ada sukakan someone?" Soalan oleh si anak tidak dijawab.

"I dont know. But I think so." Gadis itu menjongket bahu. Dia sendiri keliru. Dia tiada pengalaman soal hati dan perasaan. Sama seperti abang keduanya, Asyraaf.

Puan Kamsah menarik senyum lembut. Dia memegang tangan Anyra lalu diusap kasih.

"Tak salah, sayang. Bukan kita yang minta perasaan itu untuk hadir. Allah yang dah gerakkan hati kita untuk rasa itu. Tapi kita juga perlulah fikirkan tentang perasaan orang yang kita suka itu. Jika dia tidak mahu, mungkin hadirnya dia hanyalah sekadar ujian buat kita. Namun jika dia juga punyai perasaan yang sama terhadap kita, barangkali InshaaAllah dia ialah takdir untuk kita."

"Helsa tak tahulah tapi beberapa hari lepas Helsa ada jumpa seorang polis ini, dan dia layan Helsa dengan sangat baik. Entah kenapa, Helsa jatuh cinta pada kebaikan dia. Jadi Helsa sengaja cakap Helsa yang Helsa nak kahwin dengan dia tapi..."

Baru saat ini, Anyra melangutkan pandangan pada Puan Kamsah. Air mukanya tampak pilu dan sendu sahaja. Seolah ada riak kekecewaan pada seraut wajahnya itu.

"Ibu nak tahu dia cakap apa?" soal Anyra.

Tatapan Puan Kamsah buat anaknya juga berdesis lunak. Dia mengangguk perlahan.

"Dia cakap jangan mudah jatuh cinta pada kebaikan yang seorang lelaki tonjolkan. Dia buat semua itu hanya kerana rasa bertanggungjawab aje. Tak ada makna lebih pun. Dia reject Helsa, ibu." Tubir matanya mula berkaca. Kecewa lamaran spontan yang tidak dirancangnya itu ditolak!

Tentang rasa malu, dia tidak kisahkan sangat hingga ke hari ini tapi perasaan kecewa itu masih berkekalan hingga sekarang. Bukannya salah jika dia inginkan sebuah perkahwinan dan seorang suami tika ini.

Tapi bila hatinya sudah merasa tertarik kepada insan yang bergelar lelaki, ditolak pula!

Puan Kamsah mengetap bibirnya menahan tawa apabila mendapat tahu sifat tidak tahu malu dan segan anak bongsunya itu. Lekas bahu Anyra diusap kasih.

"Mungkin dia terkejut kut. Helsa relaks aje, sayang. Orang kalau nervous memang lah kadang jawab tak ikut kata hati dulu. Mungkin, lepas beberapa hari dia berfikir dan ikut kata hati, dia akan tiba-tiba datang melamar Helsa? Ha, kita tak tahu," pujuk wanita itu bersungguh.

Anyra diam seketika cuba untuk menerima dengan logik akalnya tentang yang dikatakan oleh ibunya itu. Mungkin juga benar. Dia juga begitu. Barangkali semua orang begitu.

"Harapnya. Helsa tak nak dia jadi jodoh orang lain. Tapi kalau terjadi juga, Helsa pun jodoh orang juga kan, ibu?"

Tidak sempat ditahan, tawa Puan Kamsah terhambur juga. Terhibur terhadap Anyra yang berseloroh itu. Dia mengangguk dalam tawa yang masih bersisa.

"Betul tu, sayang. Helsa sabar aje. Awal sangatlah kalau baru jumpa pun dah terus nak kahwin. Baby steps, dear. Kalau dia untuk anak bongsu ibu ni, InshaaAllah lambat ke cepat, jadi milik Helsa juga. "

"Helsa nak dia..."

"Itu kali pertama Helsa jumpa dia?"

Anyra mengangguk dengan riak wajah polos. Dia jongketkan keningnya.

"Kenapa, bu?"

Terpejam seketika mata Puan Kamsah. Ditepuk perlahan bahu si anak.

"Baru jumpa pertama kali dah ajak kahwin? Hey, Anyra Helsa!" Naik sedikit julat suara wanita itu dek kerana terkejut.

Kerutan terus terentang di dahi Anyra. Terpeta riak kebingungan dan peliknya di situ. Apa yang tidak kena?

"Gelojohnya! Mengalahkan lelaki, anak dara ibu seorang ini," tutur Puan Kamsah.

Namun Anyra hanya tayangkan wajah tenang dan santai. Ada nampak dia kisah ke sekarang ini?

"Helsa mana tahu bercinta, ibu. Jumpa yang berkenan, terus ajak kahwin. Salah ke? Jadi, tak adalah orang tanya lelaki yang ada dengan Helsa siapa? Helsa jawab boyfriend. Heish, kemon ibu. Cringe. Better, Helsa cakap tunang. Hah! Kan comel tu. Nampaklah serius." Gadis itu menggoyangkan tubuhnya ke kiri dan kanan sambil tersenyum lebar.

Melihatkan Puan Kamsah yang tidak memberi sebarang reaksi, Anyra kembali memandang sang ibu sembari menjongketkan kening.

"Ha! Ibu tak tahu nak balas apa, kan? Jadi tak salah pun kan tindakan Helsa?"

Puan Kamsah menghela nafas lembut seraya mengurut pelipisnya.

"Bukan ibu nak kata salah, sayang. Tapi bukan kebiasaan. Pelik dia dibuatnya nanti. Tidak pun, Helsa boleh berkawan aje dulu dengan dia dan bila dah temui keserasian, bolehlah bertunang atau bernikah dulu. Slow step," tekan wanita lagi.

Anyra mengetuk dagunya dan bola mata bergerak ke kiri dan ke kanan. Berfikir. Akhirnya dia hanya diam tidak bersuara lagi.

Dia salah. Harus diakui itu.


Puspita Milik Ishaq | OG Where stories live. Discover now