3

587 71 3
                                    

ESHAN memutarkan batang pen ditangannya. Tubuh tegapnya elok bersandar pada kerusi di depan meja yang terdapat di dalam balai polis tersebut. Berhadapan dengan pintu utama.

"Es!"

Sontak, Eshan menegakkan tubuhnya dan menoleh ke arah Anisa Imalah, rakan sekerjanya yang kemas memakai uniform biru gelap sama sepertinya itu.

Eshan jongketkan sebelah kening. "Kenapa?"

"Aku nak tanya... pasal perempuan yang datang pada kau masa kita buat roadblock hari itu," ujar Anisa.

Kerutan halus terentang di dahi Eshan mendongak memandang rakannya itu.

"Nak tahu apa?"

"Siapa dia?"

"Rakyat biasa."

Anisa memutarkan bola matanya ke atas. Kebetulan saat itu rakan di sebelah Eshan tiada, dia melabuhkan duduk di situ buat sementara.

"Tahulah rakyat biasa. Tapi siapa? Kenapa dia tak nak berenggang pun dari kau masa itu?"

Eshan melepaskan nafas perlahan. Kedudukannya diselesakan. Dia kembali fokus pada helaian kertas di atas meja.

"Dia hampir diraba oleh seorang pemandu teksi. Jadi, dia terus keluar dari teksi tu dan lari ke arah aku bila dia nampak aku. Dia masih trauma dan ketakutan jadi sebab itulah dia tak nak berenggang dari aku. Bukannya apa pun," jelas lelaki itu.

"Tapi kenapa tak suruh pegawai lain aje yang hantar dia pulang? Kenapa mesti kau?" soal Anisa, penuh curiga.

"Biarlah. Asal? Cemburu?" Eshan menoleh ke arah Anisa sambil tersengih.

Anisa kerutkan keningnya.

"Apa benda kau ni? Aku dah nak kahwin, ya. Tolong sikit." Bingkas wanita itu bangun dari duduknya. Dia memandang Eshan.

Bukannya dia cemburu melihat lelaki itu menghantar gadis yang dikatakan tapi sekadar berasa curiga ke atas tingkahlaku gadis tersebut. Lagipun, Eshan baginya, tidak lebih dari rakan sekerja.

Bakal suaminya lebih menarik, ya!

"Saja tanya. Kau tu dah lama sangat membujang. Bila tengok perempuan itu dekat dengan kau dan tak nak berjauhan dari kau, sebagai seorang perempuan, aku dapat rasa yang dia percayakan kau. Dia selesa dengan kau. "

Tangan kekar Eshan naik berpeluk tubuh. Matanya dipejamkan buat seketika.

"Pekerjaan aku ni sangat susah dapat cuti. Masa kami terhad. Jadi, wanita yang ingin berdamping dengan aku mestilah seorang yang memahami skop kerja aku. Tapi masalahnya susah nak jumpa perempuan yang begitu," tutur Eshan.

"Yang betul ikhlas dengan kau, akan memahami dan terima semua itu. Macam tunang aku," balas Anisa pula.

Sengaja angkat bakul tunang sendiri. Mentanglah bukan main berupan dan berharta lagi jejaka pujaan hati.

"Itu tunang kau." Eshan putarkan bola matanya.

"Nanti adalah itu untuk kau. Tapi aku cuma nak cakap, naluri wanita aku kuat mengatakan bahawa kau akan berjumpa dengan perempuan itu lagi. Kau tahu, naluri seorang perempuan ni kuat tau. Lagi kuat bila dia sudah bergelar seorang ibu nanti." Seraya itu, Anisa membawa diri pergi dari situ. Ada tugasan yang hendak dijalankan.

"Masalahnya, kau kahwin pun belum lagi dan cakap pasal ibu," gumam Eshan perlahan.

Jujur katakan dia masih teringat tentang gadis yang dia temui sewaktu mereka menjalankan aktivit sekatan jalan raya tempoh hari. Malahan, masih segar difikirannya apabila gadis itu tiba-tiba melamarnya.

Walaupun tanpa dia ketahui sebabnya, jantung dia berubah rentak dengan lebih laju dari biasa apabila dia didekati oleh gadis itu. Terutamanya saat tangan halus itu menyentuh lengannya tanpa sengaja.

"Anyra..."

"Such a unique name." Perlahan bibirnya mengukir senyuman. Tidak pernah dia dengarkan lagi nama seperti itu.

"Tapi... dia nampak terlalu muda. Nanti orang fikir aku pedo pula. Haish! Nauzubillah." Kepala digeleng laju sebelum kerja yang tergendala sebentar tadi kembali disambung.

Kena cari duit nak kahwin! Gajinya pun bukannya seberapa hendak dibandingkan dengan suami kepada wanita yang pernah mendapat tempat di hatinya dulu. Siapa lagi jika bukan Hirsya?















ESHAN melangkah masuk ke dalam restoran yang berpenghawa dingin tersebut. Sedang matanya melilau mencari meja yang kosong, tiba-tiba hadir seorang gadis manis bertudung sama warna dengan uniform kerjanya melambai ke arahnya sambil memanggil namanya.

"Encik, sinilah!" gamit gadis tersebut sambil tersengih gembira. Gembira kerana dia akhirnya dipertemukan kembali dengan pegawai polis tersebut.

Seruan gadis itu berjaya menarik perhatian beberapa pelanggan di situ hingga membuatkan Eshan naik segan. Dia segera mendekati gadis bernama Anyra itu.

"Duduklah. Makan dengan saya. Saya seorang aje ni. Meja lain semua dah penuh. Tak ada-"

"Ya,ya. Saya duduk." Eshan menarik kerusi berhadapan Anyra dengan riak wajah kosong tanpa secalit senyuman.

Anyra masih tersenyum lebar memandang raut wajah tampan jejaka di hadapannya itu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" soal Eshan dengan kening berkerut.

"Saya nak cakap terima kasih untuk pertolongan Encik haritu. Saya hargai sangat. Sebagai balas, alang alang kita terjumpa ni saya belanja lunch Encik hari ini,ya?" Bersungguh Anyra berkata.

Namun Eshan hanya mengawangkan kedua tapak tangannya separas bahu bermakna tidak mengapa.

"Tak apa. Awak muda lagi, Cik Anyra. Jangan bazirkan duit awak pada lelaki asing pada saya ni." Tangan kiri diangkat ke arah seorang pelayan untuk dia memesan makanan.

Anyra yang mendengarkan itu mengemam rapat bibirnya. Air liur ditelan rasa berpasir. Kasarnya ayat lelaki itu walau dalam intonasi bicara yang sungguh lembut dan sopan santun. Persis abangnya, Asyraaf.

Heh, sudah keduanya polis. Agaknya memang begitu atau hanya kedua lelaki yang kerjayanya sama ini saja?

Selesai Eshan memesan makanan, dia mengeluarkan telefon dari kocek seluar dan bermain dengan alat yang meralitkan itu.

"Tapi saya bukannya membazir. Saya nak balas budi aje. Memanglah awak lelaki asing tapi-" bicara Anyra sekali lagi tergantung dengan wajah ditundukkan.

"Tak apa. Saya tak perlukan." Penuh sombong Eshan membalas tanpa memandang wajah gadis di hadapannya.








Vote if you like this story. Kalau tak ramai, saya akan biarkan ianya tergantung saja

Puspita Milik Ishaq | OG Where stories live. Discover now