5

288 23 1
                                    

RUTIN setiap paginya, selepas saja makan pasti Anyra akan menyalami tangan ibu dan bapanya sebelum ke kerja. Tapi saat tangannya digenggam kemas oleh bapanya, dia menggarit kening.

"Kenapa, ayah?"

"Ayah tanya dia, ya?" soal lelaki separuh umur itu. Dia yakin Anyra faham akan maksud disebalik pertanyaannya itu.

Perihal dia yang ingin dijodohkan dengan anak lelaki rakan bapanya itu. Disebabkan Anyra sendiri malas hendak mencari pasangan hidup, bapanya sendiri menawarkan dia untuk cuba berkenalan dengan anak rakannya.

Bermakna, jika segalanya berjalan dengan lancar, mungkin Anyra akan naik ke pelamin bersama jejaka pilihan orang tuanya. Sememangnya persis kisah perkahwinan aturan orang tua.

Perlahan-lahan Anyra mengulum senyum segaris sebelum mengangguk sekali.

Semerta itu genggaman dilepaskan. Lega hati seorang bapa menerima jawapan positif oleh sang anak. Jika Anyra dan anak rakannya itu berjodohan, dapatlah dia berpeluang melihat si bongsu mereka pula berumah tangga.

"Helsa dah 26. Perempuan tak elok kahwin lambat. Takut dah 30 ke atas nanti berisiko alami pelbagai penyakit hingga tak boleh mengandung. Anak bongsu ayah ni, mesti nak juga merasa jadi seorang ibu, kan?"

Kian melebar senyuman Anyra. Lekas tubuh bapanya itu didakap. Entah mengapa dadanya terasa sebak. Seraut wajah tua itu kelihatan seolah terlalu menginginkan dia naik ke jinjang pelamin sebelum dijemput Ilahi.

"Helsa ikut aje apa yang ayah nak buat. Helsa akan cuba untuk terima siapapun lelaki pilihan ayah dan ibu itu. InshaaAllah. Ayah doakan Helsa, ya?" Pelukan dileraikan dan air mata di pelupuk mata cuba ditahan dari merembes keluar.

"Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi anak-anak kami. Helsa jangan risau."

Anyra mengangguk sekali sebelum meminta diri untuk ke kerja. Bimbang pula jika terlewat dengan kesesakan jalan raya yang bakal dihadapi nanti lagi.

Namun baru saja kakinya menapak keluar rumah, tiba-tiba figura tegap seseorang menyapa ruas matanya. Segak beruniform polis dengan rambut yang disikat rapi.

"Assalamualaikum." Sopan si jejaka menyapa.

"Waalaikumsalam. Encik cari siapa, ya? Ada apa pagi-pagi datang rumah saya ni?" soal Anyra tanpa berdalih lagi.

Lelaki itu mengukir senyum manis buat Anyra. Langkah di bawa mendekati gadis itu hingga Anyra mengundur sedikit.

"Saya nak jumpa Cik Anyra Helsa."

"Eh?"

Kepala lelaki itu jatuh sekali. Pintu kereta dibahagian penumpang di buka buat gadis yang masih terpinga-pinga itu.

"Come in, Miss Anyra," pelawanya.

Tapi Anyra kekal statik di tempatnya. Dia masih bingung mengapa jejaka tampan yang cukup asing di depannya ini tiba-tiba mahu mempelawa dia untuk mengikuti lelaki itu.

"Who are you? Siapa encik nak suruh saya follow encik? Just because you are a police, so you think you can ask me to follow you out of nowhere?" Terus berang Anyra dibuatnya.

Lelaki tersebut melurut rambutnya dengan tangan ke belakang seraya menghembuskan nafas perlahan.

"My friend ask me to. Jadi saya sebagai rakan hanya menurut perintah. Please come in, Miss Anyra. Saya ada kerja lagi ni."

"Tak nak. Siapa kawan awak? Kalau polis juga, no. Saya tak kenal. Saya tak ada kawan polis. Jodoh saya polis. Tapi–"

"Helsa? Kenapa tak pergi kerja lagi ini?" Satu suara yang amat Anyra kenali hadir mencelah dari belakang.

Laju Anyra berpaling ke belakang. Kelihatan bapanya mendekatinya dengan wajah penuh tanda tanya.

"Ini ha, ayah. Lelaki ini tiba-tiba aje suruh–"

"Eh, uncle."

Sekali lagi ayat Anyra dipotong tatkala lelaki yang masih belum dia ketahui namanya itu mendekati bapanya lalu tangan itu disalam.

"Ada apa Ian datang sini?"

Ian tersengih.

"Jemput bakal tunang kawan Ian ni ha. Es suruh Ian tolong ambilkan Anyra pula."

"Oh, okay."

Kini, hanya tinggal Ian dan Anyra yang sudah berkerut kening. Tanda bahawa gadis itu tidak faham.

"Bakal tunang? Es? Siapa Es? Parents saya tak ada cakap apa pun." Anyra mendekati Ian yang masih di sisi keretanya itu.

Ian tersenyum tipis. Dengan lagak penuh budiman, dia membukakan pintu di bahagian penumpang buat gadis itu.

"Eshan. Eshan Ishaq. Awak mesti kenal dia kan? Dia nak jumpa awak sekejap alang alang dia tengah free sekejap ni. Masuklah." Buat kesekian kalinya Ian mempelawa Anyra dengan kesabaran di dada. Sedari tadi gadis itu hanya menolak saja.

Manakala Anyra pula, dengar saja sebaris nama itu terus bersinar matanya. Terus dia memasuki ke dalam kereta milik Ian itu.

"Bau kereta baru. Awak baru beli kereta ke?" tegur Anyra sambil menjongketkan kening.

"Eh, taklah. Kereta saya, isteri saya guna. Ini, kereta Es lah." Ian memulakan pemanduan ke lokasi yang dikehendaki Eshan.

Terjongket kening Anyra. "Oh, awak dah kahwin?" soalnya dengan nada terkejut.

Senyuman Ian kian melebar. Sebut saja tentang statusnya kini serba sedikit membuatkan dia rasa malu. Pasti ramai yang baru bertemunya tidak percaya akan perihal tersebut.

"Anak nak masuk 4 dah, Cik Anyra." Belakang tengkuk diusap.

Mulut Anyra ternganga kecil dek agak terkejut sebelum mengangguk. Disebabkan sifatnya yang suka hendak tahu tentang benda baru ditemuinya, pasti becok saja mulutnya bertanya.

"Okay. Kita dah sampai."

Anyra memandang ke arah papan besar yang terpampang di depan. Dari luar, kelihatan seperti rupa kedai runcit sahaja.

"Gym?"

Ian mengangguk sekali.

"Tempat ni... dulu pernah jadi kegemaran ex. Eh, bukanlah ex pun sebab tak sempat jadi kekasih tapi Es dah ditolak oleh perempuan tu. Jadi, setiap kali dia rindu perempuan tu, dia selalu ke sini," jelas Ian sambil memandang ke tingkat atas bangunan kedai itu.

"Bawah ni kedai runcit biasa aje. Tapi awak nampak kan tepi tu ada tangga? Ha, naik ke tingkat atas guna tangga tu dan awak akan jumpa pintu masuk pusat gim tu." Ian beralih pula pada penjelasan berkenaan pusat gimnasium itu.

Anyra mengigit isi pipinya dari dalam. Tempat kegemaran perempuan yang pernah disukai oleh Eshan? Dia mula menganggap pasti terlalu dalam perasaan Eshan terhadap wanita yang dia gelar bertuah itu.

"Selalu dia ke sini?" soal Anyra.

"Hm. Setiap kali cuti. Saya ada kerja kejap lagi ni. Awak naik aje. Nanti akan ada orang jaga kaunter bantu awak untuk cari Eshan."

"Tapi saya takutlah. Saya tak pernah ke tempat begini. Mesti ramai lelaki kan?" Pegangan di tali beg tangannya dikemaskan.

Ian tertawa kecil.

"Ada aje perempuan cuma kuranglah kuantitinya sebab biasanya perempuan ada pusat gimnasium khas buat mereka sendiri. Tak apa. Ini bukannya... tempat tak elok ke apa. Gim aje, Cik Anyra. Pergilah."

Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan oleh Anyra sebelum dia berlalu keluar dari kereta tersebut. Dengan langkah penuh berhati-hati dia naik ke tingkat atas.

Puspita Milik Ishaq | OG Where stories live. Discover now