BAB 3 : INGIN MENGANDUNG

7.3K 59 13
                                    



"Cikgu Sham, saya ada benda nak cakap sikit ni" tegur Ustazah Nurul Huda pada petang itu sewaktu aku bermain-main dengan Adam di luar rumah.


"Ada apa ustazah?"


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pelbagai pertanyaan muncul di fikiranku, apakah yang hendak Ustazah Nurul Huda cakapkan, pasti ada sesuatu yang mengejutkan, seperti mana dia pernah meminta untuk berhenti daripada semua perbuatan yang pernah kami lakukan bersama. Seperti mana dia pernah memberitahuku yang dia akan menunaikan Umrah. Fikiranku mengelamun sambil memerhatikan gelagat Adam yang terlompat-lompat bermain bola kecil sambil dia bergelak tawa sendirian.


"Tapi saya nak minta maaf siap-siap" sambungnya


"Kenapa Ustazah?" aku masih lagi tertanya-tanya


"Bulan 12 ni last saya sewa sini, saya akan pindah cikgu"


"Hah!!" terlopong, terkejut aku mendengar bait-bait bicara dari mulut yang pernah kukucup beratus kali itu.


"Ye cikgu, saya dah beli rumah dekat sikit dengan sekolah saya, dekat dengan sekolah Nisa. Lagipun, saya harap cikgu faham kenapa saya buat macam ni. Cikgu pun tahu yang saya sedaya upaya nak lupakan kisah kita. Selagi kita berdekatan, saya risau saya tak iqtiqomah cikgu" jelasnya perlahan.


"Ustazah, saya faham apa yang ustazah inginkan, saya respect keputusan ustazah, jika itu yang terbaik buat kita. Saya terima, saya pun harap agar ustazah diberikan kekuatan untuk berubah"


"Saya pun doakan cikgu macam tu jugak. Kita sama-sama berubah ye cikgu" pintanya sayu. Aku hanya menunduk mengangguk perlahan penuh tanda tanya.


*******************


Tinggal lagi kurang dua bulan sebelum cuti akhir tahun bermula. Guru-guru sibuk menanda kertas jawapan pelajar. Dengan tempoh persekolahan yang bakal berakhir, aku dan AJK Kelab Guru juga sibuk mengelolakan jamuan akhir tahun, seterusnya menamatkan perkihdmatan kami untuk penggal ini. Mujurlah permintaanku untuk tidak disambung sebagai Pengerusi diterima ramai, menandangkan telah empat tahun aku menjadi Pengerusi, namun pemilihan tempoh hari telah melanjutkan tugas Cikgu Suriani sebagai Bendahari, juga Cikgu Azmi turut dilantik semula menjadi AJK. Lega sikit aku telah dikurangkan bebanan tugas di sekolah.


"Best la cikgu, tak jadi pengerusi dah. Saya ni, kena sambung lagi setahun" ujar Cikgu Suriani sewaktu mesyuarat pemilihan AJK baharu berakhir. "Tak best la cikgu Sham takde"

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now