BAB 35 : PERLUKAN AKU MEMBANTU

2.5K 21 0
                                    



Sue memeluk erat tubuhku, nampak sungguh perasaan rindunya padaku. Kali terakhir kami bertemu ialah ketika aku pulang tahun lepas, aku bertemunya di hotel apabila aku pulang ke rumah, aku dapati dia sedang memadu asmara dengan suamiku, lalu aku membawa diri memberi peluang pada mereka, aku rehat di hotel. Petang itu dia datang menemuiku. Dan hari ni, kami bertemu sekali lagi dalam keadaan dia mengandungkan anak keduanya. Sue menjadi sahabat baikku setelah aku memintanya melayani suamiku diranjang, dan kerahsiaan antara kami sangat kuat. Hanya dia yang tahu kisah hidupku di sana, suamiku sendiri pun tak aku ceritakan sepenuhnya.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tahniah Sue, pregnant anak kedua" kataku mengusap perutnya yang masih tidak menonjol, baru lagi.


"Thanks kak, akak bila nak ada lagi?"


"Tunggu la akak balik terus nanti"


"Kesian si Adam tu nak adik" juihnya merujuk kepada Adam yang ada dipangkuan suamiku yang duduk di hadapanku bersama Adnan.


"Takpe, Adam nak manja lebih sikit dulu sebelum dapat adik" sampuk suamiku sengih


Pandai sungguh mereka berdua berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku, tetapi baguslah kerana itu yang aku mahukan. Aku tidak mahu perancanganku dengan Sue gagal, walaupun aku tahu suamiku sering melakukan hubungan seks dengan Sue, namun aku mesti berlakon tidak tahu, begitu juga Sue yang berlakon yang dia tidak tahu yang aku tahu.


"Akak malam ni makan sini ya" pelawa Sue kepadaku.


"Yang tu kena tanya abang akak dulu"


"Abang OK je" pintas suamiku


"OK set, kalau gitu kak, jom kita keluar, beli barang sikit, boleh borak sikit" cadang Sue yang bingkas bangun tanpa menunggukan jawapanku. Suamiku angguk apabila aku toleh padanya.


Aku dan Sue keluar dengan keretanya, meninggalkan Adam bersama suamiku, dengan Adnan juga terpaksa menjaga anak sulung mereka. Aku pun sebenarnya ingin bersendirian dengan Sue, kekok nak sembang lebih-lebih kalau depan suami, dan risau tersalah cakap, nanti habis semua terbongkar.


"Sue pregnant anak Nan ke, anak suami akak?" soalku ketika dalam perjalanan ke Tesco


RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now