BAB 20 : CARAMEL MOCHIATO

2.9K 33 0
                                    



Aku banyak menghabiskan masa di rumah, bersama Adam, menemani dan melayannya bermain. Aku gunakan cuti seminggu ini sebaik mungkin untuk berehat. Ramai rakan sejawatku yang pulang ke kampung, cuti sekolah yang bertindih dengan cuti Tahun Baru Cina, sebelas hari keseluruhannya. Puan Rosnah juga balik ke kampung, begitu juga Cikgu Suriani yang turut pulang mengkhabarkan berita gembiranya itu. Tadika Adam turut bercuti mengikut calendar persekolahan. Mentuaku, dan ibu bapaku ada bertanyakan sama ada aku akan pulang atau tidak, namun aku masih tidak membuat keputusan. Lagi pun, Aisyah tidak pulang, kalau aku balik pun, tidak ada apa-apa istimewa. Buat masa ni aku khabarkan yang aku mungkin tidak pulang.


Dalam masa ini, dapatlah aku bertegur sapa berbuat baik dengan jiran baruku ini. Disebabkan Kak Som ramah, kami mudah mesra. Setiap hari boleh dikatakan kami bertegur sapa, kadang pagi, kadang petang setelah dia pulang dari kerja. Sewaktu Kak Som bekerja, tinggal anak-anaknya sahaja di rumah, mereka pandai membawa diri. Namun aku diminta tolong melihat-lihat juga anak-anaknya, Rahman dan Rahmat itu.


"Lewat pagi ni kak?" tegurku melihatkan Kak Som tergesa-gesa keluar ketika aku menyiram pokok bunga di luar.


"A'aa, terbangun lambat" jawabnya ringkas menuju ke kereta menghidupkan enjin.


"Tido lewat ke semalam?"


"Lewat gak" pendek sahaja jawapannya. "Saya pi dulu ya cikgu, tolong tengok-tengokkan bebudak tu ye" pintanya.


Aku mengangguk, lalu kereta Kak Som membelah cuaca pagi menderu meninggalkan kawasan perumahan yang agak sunyi ini. Masing-masing telah keluar pergi kerja. Aku beruntung tinggal di kawasan taman perumahan ini. Selesa, sunyi dan selamat. Tambahan pula rumahku agak jauh ke belakang, dan tiada rumah lain berhadapan, memang selamat. Sebab itulah Cikgu Suriani, Hanim, Puan Nadia dan Ustazah Nurul Huda bebas keluar masuk ke rumahku untuk memadu asmara suatu ketika dahulu.


Jam menunjukkan hampir 8.15, biasanya kalau time sekolah, Adam akan bangun awal, sebab aku akan menghantarnya ke rumah Puan Rosnah terlebih dahulu. Memandangkan cuti, aku biarkan dia lena dengan aman. Aku menyapu halaman, membersihkan apa yang patut, mengemas apa yang patut di ruang letak kereta ini. Agak berselerak kerana dah lama aku tidak mengemas. Banyak juga barang dan sampah yang aku kumpul, untuk dibuang. Sedang aku mengemas, telefonku berdering.


"Haa, cikgu, Waalaikumussalam" jawabku apabila Cikgu Farah menelefonku.


"Kak Som dah keluar ke cikgu?" tanyanya


"Dah, baru je dia keluar. Kenapa cikgu?"


"Ooo, takde pe, tanya je sebab saya call dia tak berangkat, saya ada tertinggal barang kat umah dia malam tadi, pagi ni baru teringat"


"Aik, cikgu datang ke malam tadi, tak perasan pun"


"A'aa, datang hantar kawan, tunjuk umah Kak Som, dah lewat pun time tu"


"Ada emergency ke datang malam tadi tu?"

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now