BAB 32 : PENGORBANAN SEORANG SUAMI

2.3K 24 2
                                    



Zam Gendut, nama yang tidak asing lagi sewaktu kami di bangku sekolah, dia adalah kawan baikku, kawan belajarku, kawan bergaduhku. Setelah masing-masing membawa haluan, kami terpisah, dan perkenalanku dengan Puan Fasihah menemukan kami kembali. Rupanya Rahizam suami kepada Puan Fasihah, wakil pihak Majlis yang memantau perkembangan pembinaan menara. Sejak dari pertemuan yang tidak diduga itu, persahabatan kami terjalin kembali. Beberapa kali juga mereka mempelawa aku makan di rumah, dan beberapa kali aku lepak berborak di rumah Rahizam. Ada kalanya aku membawa Adam bersama, adakalanya aku bersendirian.


Bila dah berjumpa, macam-macam cerita yang keluar, hingga ke perangai nakal kami semasa di sekolah. Perbualan kami diselang seli dengan hilai gelak tawa apabila sesuatu yang melucukan terpacul dari mulut kami. Isterinya, sesekali mengerling mencuri dengar mencuri pandang ke arah kami.


"Macam mana boleh kenal bini hang?"


"Masa meeting" jawabnya ringkas.


"Habaq la, nak tau gak, aku dah habaq pasai bini aku.


Rahizam telah sedia maklum akan isteriku, pekerjaannya, dan lokasi di mana dia berada kerana telahku ceritakan tempoh hari. Kini, perihal pertemuan dan perkahwinan mereka diceritakan kepadaku. Rahizam dan Puan Fasihah bertemu buat kali pertama sewaktu mesyuarat yang dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani, dan mereka mewakili jabatan masing-masing. Sejak pertemuan pertama itu, mereka mula tertarik antara satu sama lain, tambahan pula mereka bekerjasama dalam suatu projek yang diusahakan bersama, yang dipantau oleh Majlis Perbandaran. Maka, terbitlah bibit-bibit percintaan hingga membawa ke jinjang pelamin. Isteri Rahizam berasal dari Serdang, Kedah, dan ditempatkan bekerja di Majlis Daerah di sini. Perkahwinan mereka menjangkau tiga tahun, namun belum dikurniakan rezeki.


"Hang kena main hari-hari la Zam" kataku sambil ketawa


"Memang pun, tapi belum ada rezeki...hahahahaa" dia ketawa menjeling padai isterinya yang teripu malu.


Bagiku, isteri Rahizam seorang yang boleh dikatakan berpewatakan muslimah, perempuan muslimah. Mana tidaknya, sejak mula aku kenalinya hinggalah menjadi kawan disebabkan pertemuan aku dengan Rahizam, tidak pernah lagi aku melihat dia tidak bertudung walaupun di rumahnya, dan apa yang membuatkan aku rasa kagum, pakaiannya longgar menepati kehendak syarak, tidak mengikut bentuk badan dan sentiasa berstokin kaki dan berstokin lengan sewaktu di luar. Tudungnya labuh menutupi dada, pakaiannya longgar namun kemas, bergaya. Disebabkan itu, sukar bagiku meneka atau membayangkan bentuk tubuhnya. Tapi aku rasa, tubuhnya mungkin seperti Ustazah Nurul Huda kerana penampilannya mengingatkan aku pada ustazah yang pernah menjadi jiranku dahulu.


Tutur katanya yang lembut, suaranya yang manja apabila berbicara dengan suami, membuatkan aku memuji Rahizam kerana mendapat seorang isteri yang begitu. Wajahnya manis, senyuman sentiasa terukir di bibir, ada lesung pipit menghiasi pipinya menjadikan senyumannya begitu mempesonakan. Setelah diselidiki, rupanya Puan Fasihah menurut kata Rahizam, dia merupakan bekas pelajar sekolah menengah agama, dan no wonder la penampilannya persis ustazah.


"Bini hang pun apa kurangnya, comel gak" kata Rahizam sewaktu aku menunjukkan gambar Nor padanya. "Hang kata dia nak balik cuti, bila tu?"

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now