BAB 33 : KEPULANGAN YANG DINANTI

2K 22 2
                                    



Apabila tayar kapal terbang mencecah sahaja ke landasan, aku bersyukur seribu rahmat kerana telah tiba di bumi Malaysia. Dengan cutiku selama sebulan ni, dapatlah aku melepaskan rindu dendam kepada keluargaku. Sejak dia mula bermula bersekolah tadika, aku tidak berpeluang melihat aksinya, melihat pe'el nya, melihat perangainya, semuanya hanya kutahu melalui perkhabaran yang diberikan oleh suamiku dari semasa ke semasa.


"Assalamualaikum bang" aku bersalaman dengan suamiku ketika aku tiba di perkarangan runag ketibaan, suamiku dan anakku sedia menanti, senyum mereka melihatku.


"Waalaikumussalam yang" jawab suamiku, lalu kami berlaga pipi.


Adam yang terpinga-pinga itu, aku dukung, aku kucup dia bertalu-talu. Dia seperti biasa, akan jual mahal, mungkin kerana lama tak jumpa, ataupun sengaja mengujiku. Aku faham, dia lama ditinggalkan, mesti agak 'terasa', sebelum dia menemui mood untuk menerima aku. Biasanya macam tu la. Perjalanan kami ke Kedah amat panjang kurasakan, kerana ku tak sabar tiba di rumah kami. Aku berasakan amat penat, mengantuk, mungkin disebabkan 'jetlag', jadi suami dan anakku faham akan keadaanku. Setiba di rumah, selepas mandi, jamah makanan, aku tidur merehatkan badan sepanjang siang itu hingga ke petang.


Malam itu, kami melepaskan rindu dendam asmara gelora setelah sekian lama tidak bersama. Puas aku disetubuhi suamiku, menikmati persetubuhan yang halal, yang hak bagiku. Aku melayani suamiku penuh perasaan cinta dan kasih sayang setelah sekian lama kami tidak bertemu, tidak memadu kasih asmara melayari bahtera bersama.


Suamiku tahu yang aku mempunyai sex partner di sana, dan itu adalah dengan keizinannya juga, tetapi suamiku tak tau yang aku turut mempunyai sugar daddy, yang banyak memberikan bantuan kewangan, hingga tiket penerbanganku pergi dan pulang ditaja oleh dia. Hanya Suriani sahaja yang tau, dan aku sangat percayakannya. Hubungan aku dengan Suriani sangat rapat, dan boleh dikatakan dia lebih banyak tahu berbanding suamiku tentang kehidupanku di sana. Aku puji suamiku kerana dia tidak bertanyakan soal sex life sepanjang aku di sana, cukuplah dia memberikan izin padaku, dan dengan sebab itu jugalah aku tidak bertanya juga tentang keperluan batinnya, walaupun aku tahu dia menerima kepuasan seks bersama Suriani. Dalam kehidupan berumahtangga, saling percaya mempercayai amat penting, dan sekiranya ada perasaan curiga dan sangka buruk, eloklah diketepikan sekiranya persetujuan telah dicapai.


"Bang, kawan sekolah yang abang ceritakan tu, dia macam mana skang?" soalku selepas suamiku memancutkan benih kasih sayang ke dalam lubuk nikmatku, ketika kami berehat sebentar. Aku memeluk lengannya baring bersama.


"Macam tu juga la, memang doktor kata takde harapan sembuh" jawab suamiku


"Kesian diorang. Esok kita tengok Syafikah ye bang, pastu nak jumpa Sue" sambungku.


"OK sayang" jawab suamiku. "Tapi jangan la semua nak buat esok, hehehee, kan ayang ada cuti sebulan"


"Hehehe.... Ye la bang.....ayang cuma rindu kat diorang..."


Memandangkan hari ni Sabtu, Adam tidak ke sekolah. AKu banyak menghabiskan masa bermain dan melayani karenahnya yang sangat aku rindu. Aku melihat dan bertanya tentang sekolahnya, dan Adam melayaniku dengan keletah dan pelatnya yang kadang-kadang aku tidak faham. Mujur suamiku 'menterjemahkan' padaku apa yang dikatakan oleh anak kami. Aku akui, suamiku lebih memahami Adam kerana mereka banyak masa bersama, melihat tumbesaran dari segi fizikal, mental dan emosi.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now