BAB 13 : KERANA DEMAM

3.6K 42 0
                                    


"Assalamualaikum" kedengaran suara Cikgu Sham memberi salam pagi itu. Pasti dia datang menghantar Adam. Dengan keadaan lemah, aku paksakan diri bangun membuka pintu.


"Masuklah cikgu" pelawaku lemah. Aku masih berbaju tido, gaun malam yang agak nipis.


"Eh, Ros, kenapa ni" tegur Cikgu Sham melihatkan keadaanku.


"Kurang sihat sikit" kataku lemah sambil mengambil tangan Adam.


"Laa, awat tak bagitau"


"Sikit je cikgu" balasku


"Sikit apa macam ni, merah dah muka tu, mesti panas"


Aku terdiam. Memang aku demam, sejak petang semalam. Suamiku pula tiada di rumah, lagi beberapa hari baru dia balik. Memang aku nak bagitau Cikgu Sham, tapi tak sampai hati sebab aku yakin aku boleh uruskan. Tetapi, mula subuh tadi, badanku semakin lemah. Aku tak larat nak bangun. Walaupun aku dah telan panadol, namun masih belum reda panas badanku.


"Macam ni la, Ros rehat. Saya amik cuti hari ni, saya tengokkan budak-budak ni"


"Eh cikgu, jangan. Ros OK"


"Takde, saya tak mau Ros macam ni, nanti efek kat budak-budak"


Aku terdiam, ada benarnya kata-kata Cikgu Sham. Kesian pada budak-budak ni kalau berjangkit demamku nanti. Aku akur bila berkali-kali Cikgu Sham menyatakan yang dia akan amik cuti menjaga kami semua. Cikgu Sham meminta aku kembali ke bilik, dia meminta aku siapkan Safiya untuk dihantar ke tadika, lalu dia membawa Adam ke ruang tamu, membuka TV. Sebelum masuk ke bilik, aku lihat Cikgu Sham sedang menelefon seseorang.


Aku rebahkan diri atas katil. Safiya telah terjaga. Aku siapkan dia lebih kurang dengan keadaan tenagaku yang agak lemah. Sebentar kemudian, aku keluar membawa Safiya keluar, dan Cikgu Sham telah pun sedia menanti. Cikgu Sham meminta kami semua ke meja makan, telah terhidang air milo dan roti bakar. Aku tergamam dengan situasi itu. Selepas anak-anak kami menjamah makanan, aku juga turut diarahkan untuk makan sedikit, Cikgu Sham minta diri membawa mereka ke tadika.


"Ros rehat je tau, dok dalam bilik. Pintu ni saya kunci, nanti saya datang balik" Aku angguk lemah. Aku kembali ke bilik, baring.


************


"Ermm......" aku menggeliat dan apabila aku membuka mata, kelihatan Cikgu Sham sedang duduk di kerusi sebelah katil. "Eh, cikgu" terkejut aku dibuatnya.


Aku memerhatikan sekeliling, memang hanya kami berdua di dalam bilik. Aku tertidur tadi hingga tak sedar dia masuk. Aku lihat keadaan diriku, gaun tidur yang kupakai tersingkap ke pangkal peha, menampakkan sebahagian tubuhku. Begitu juga bahagian dadaku terdedah sedikit. Pasti Cikgu Sham nampak akan tubuhku. Entah apa lagi yang dia nampak, aku tak tau la. Lekas-lekas aku membetulkan pakaianku.


"Sorry Ros, saya tak mau kacau Ros tidur" jelasnya. "Lepas hantar depa ke tadika tadi, saya balik sini, tengok-tengok Ros tidur. Saya pegang dahi Ros tadi, panas"

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Donde viven las historias. Descúbrelo ahora