BAB 22 : RINGAN RASA BADAN

2.8K 27 0
                                    



Mati kutu aku dibuatnya, buat pertama kalinya cuti sekolah ini aku tidak mempunyai apa-apa perancangan. Aku habiskan masa bersama Adam, di rumah menemaninya. Di kesempatan ini juga, dapatlah aku meluangkan masa bersamanya, aku tidak perlu menghantarnya ke rumah pengasuh. Seronok Adam dapat bersamaku. Cikgu Suriani dan Puan Rosnah pulang ke kampung, membuatkan aku sedikit sunyi akan belaian manja mereka. Syafikah pula kini sarat mengandung, membataskan hubungan kami. Antara perkara menarik yang berlaku, hanyalah aku ter'dating' dengan Cikgu Farah secara tidak sengaja awal cuti lalu.


"Kak Som, baru balik ke?" tegurku petang itu sewaktu melihat jiranku, Kak Som yang baru pulang dari kerja, masih beruniform Pos Malaysia.


"Ye cikgu, baru je sampai ni" jawabnya ringkas.


"Kak, nak tanya sikit" sambungku


"Tanya apa cikgu?" soalnya kembali menoleh ke arahku.


"Ermm, macam ni, Kak Som pandai urut kan, saya nak minta urut badan boleh tak, dah lama sangat saya tak urut ni" ujarku menjelaskan apa yang terbuku di hati.


"Mana tau akak urut orang ni?" soal Kak Som kehairanan.


"Adik angkat akak la yang bagi tau, dia kata akak pandai, tu yang saya tanya ni" jawabku sengih menyeringai.


"Oo, dah agak dah. Ermm, akak tau la sikit-sikit, bukan pandai sangat" kata Kak Som lagi. "Kalau cikgu nak, boleh je"


"Memang nak le kak, hehee... biasa akak cas berapa?"


"Kalau badan, dalam rm60-80, tengok keadaan"


"Kalau gitu, saya nak le kak"


"Boleh, tapi skang tak boleh la, akak nak siap dulu, nak masak lagi"


"Bila boleh kak?"


"Lepas Isyak nanti cikgu datang"


"OK kak, insyaAllah"


Sejak dapat tahu yang jiranku ini pandai mengurut, aku memang memasang niat untuk diurut olehnya. Aku dah lama tak diurut, seingat aku, last aku urut masa aku dengan Adnan masa kami ke Penang dahulu, diurut oleh gadis Siam di pusat urut. Cikgu Farah memberikan aku peluang untuk diurut oleh kakak angkatnya, cuma aku perlu mencari hari yang sesuai untuk bertanya. Mujurlah aku terserempak dengan dia petang itu. Malam nanti, aku akan diurut, betulkan urat sarafku. Dan, aku juga ingin mencuba diurut batin, nak betulkan tenaga kelelakianku. Aku tidak mahu bertanya semasa petang itu, biarlah sewaktu aku di rumahnya nanti, apabila selesai urut badan.



***********************



"Betui ke cikgu nak urut batin?" tanya Kak Som inginkan kepastian setelah aku menyuarakan hajatku untuk diurut batin.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Donde viven las historias. Descúbrelo ahora