BAB 8 : HANYA UNTUK MEMBANTU

3.9K 42 0
                                    



"Boleh ke bang?"soalku pada suami semasa atas katil selepas Safiya lena dibuai mimpi.


"Kalau awk OK, abang tak kisah, asalkan tak bebankan awk nanti" jawab suamiku memberikan jawapan.


"Ros rasa Ros boleh, bukan lama, tak sampai sejam pun. Ringan la jugak Cikgu Sham tu nanti, takde la dia terkejar ke sana ke mari"


"Dia OK ke?"


"Tu yang Ros tanya abang dulu, nak minta izin. Kalau abang kata OK, baru Ros tanya dia"


"Abang OK je, lagi pun Fiya dengan anak dia memang dah berkawan, tak la dia kekok"


"Kalau gitu, nanti Ros tanya dia. Kalau dia OK, Ros akan tolong dia. Abang izinkan kan?"


"Ye Ros, untuk kebaikan apa salahnya"


"Thanks abang" aku memberikan kucupan di pipinya.


Niatku hanya untuk membantu. Kesihan aku lihat Cikgu Sham ke sana ke mari menguruskan anaknya itu. Sejak kami terserempak dan minum bersama tempoh hari, aku memang ada niat nak membantunya, namun aku perlu persetujuan suami. Alhamdulillah, suami memahami apa yang aku fikirkan. Esok, aku akan usulkan pada Cikgu Sham tentang perkara ini. Kalau dia setuju, maka ringanlah sedikit bebannya.


"Macam mana cikgu?" tanyaku setelah memberikan cadangan.


"Saya fikir dulu ye Ros, saya kalau boleh taknak susahkan orang lain. Selagi saya boleh buat, saya akan buat"


"Tak susah mana pun cikgu, kebetulan diorang tadika sama, kita plak berjiran" jawabku


"Ermm... malam nanti saya message Ros ye"


"OK cikgu"


Aku tahu Cikgu Sham serba salah, aku salute dia sebagai sorang bapa, dia berjaya uruskan kehidupan bersama anaknya sahaja. Cadanganku hanya untuk membantu. Aku menawarkan diri untuk menerima dan menjaga anaknya untuk dihantar bersama-sama Fiya ke tadika. Cikgu Sham tidak perlu lagi menghantar anaknya ke rumah pengasuh dan kembali semula untuk mengambil anak itu untuk dihantar ke tadika. Aku minta dia hantar anaknya ke rumahku, dan aku akan hantar anaknya bersama anakku ke tadika. Ini bermakna, Cikgu Sham tidak perlu bergegas seperti sebelumnya. Begitu juga waktu pulang, aku akan ambil anaknya bersama anakku balik ke rumah, dan selepas habis sekolah, Cikgu Sham hanya singgah di rumahku untuk mengambil Adam.


"Saya kena fikir dulu Ros, nanti apa kata pengasuh anak saya tu plak" dia memberikan rasional yang ada benarnya.


Pengasuh itu memang telah menjaga anaknya sejak bayi lagi, dan telah bersusah payah untuk dia. Memang menjadi konflik sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya. Aku tidak mahu mendesak, hanya memberikan cadangan. Jika Cikgu Sham terima, aku berbesar hati membantunya.


"Assalamualaikum Ros" aku menerima whatsapp dari Cikgu Sham. Kami betukar nombor telefon masa kami minum bersama tempoh hari. Malam ini barulah dia message aku.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now