BAB 23 : BATU ASAS PECAH TANAH

4.6K 32 0
                                    



"Hello cikgu, Assalamualaikum" Aku memberi salam apabila Cikgu Sham menjawab panggilanku.


"Waalaikumussalam Farah" jawabnya


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Cikgu, nak minta tolong, saya tak tau nak tanya sapa, saya rasa cikgu je boleh tolong kut"


"Tolong apa tu Farah?" soal Cikgu Sham kembali.


"Kete saya ni, start tak mau hidup. Kalau saya tanya kawan saya, depa tu perempuan, kompom tak tau punya"


"Ooo, kete cikgu takde bunyi langsung ke kalau start, lampu kat meter nyala tak?" tanyanya ingin kepastian.


"A'aa, takdak bunyi, lampu kejap nyala kejap tak. Saya dalam kete ni, nak keluar sat" jawabku setelah aku melihat indicator pada meter di dashboard. Memang lampu indicator berkelip tak konsisten.


"Ooo, bateri kut"


"Cikgu boleh tolong tak?" pintaku kerana aku rasakan Cikgu Sham sahaja yang boleh aku harapkan. Nak minta tolong tunang, dia dok jauh. Susah nak datang. Kawan-kawan lelaki memang tak ada di sini. Harap kawan-kawan tadika je la, tapi semua perempuan. Kalau dulu, boleh aku minta tolong suami Kak Som, skang ni diorang plak dah bercerai.


"Boleh, InsyaAllah. Farah urgent nak keluar ke?"


"Dah aih, saja ja nak keluaq ke bank" jawabku.


Memang niatku nak ke bank, nak keluarkan duit sedikit. Kalau dah jadi macam ni, memang kena keluar duit banyak la nampaknya.


"Kalau gitu, petang sikit boleh, lepas zohor ke, saya datang umah Farah"


"Boleh cikgu, boleh. Thanks ya cikgu" Jawabku. Lega rasanya.


"No prob Farah" balas Cikgu Sham.


Terbongkok-bongkok Cikgu Sham melihat-lihat ke dalam enjin keretaku. Diusiknya beberapa bahagian, dan kemudian di masuk ke kereta dengan membawa satu alat. Di cucuknya ke tempat pemanas rokok. Menyala lampu menunjukkan angka yang aku sendiri tak paham apa fungsinya. Cikgu Sham memusingkan kunci, cuba menghidupkan enjin sambil dia melihat indicator pada merer dan alat yang dibawanya itu.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now