BAB 30 : ZAM DEBAB SHAM KEDING

2.2K 28 0
                                    



Sebulan telah berlalu, projek pembinaan sedang dijalankan, aku memberikan kerjasama pada pihak kontraktor sekiranya perlu, dan selebihnya mereka yang uruskan. Sebenarnya tugas aku ni bukanlah berat sangat, hanya mengikut formaliti sahaja. Begitu juga dengan Puan Fasihah, hanya perlu mengikuti perkembangan projek itu sahaja. Semuanya telah diluluskan oleh pihak yang sepatutnya. Dalam seminggu, boleh dikatakan dua kali Puan Fasihah mengunjungi tapak pembinaan, dan aku trurt serta menemaninya. Hubungan kami menjadi semakin baik, banyak perkara dibualkan dari hal-hal kerja hinggalah latar belakang dan keluarga.


"Kampung ayah saya pun kat situ jugak" jawabku agak terkejut apabila Puan Fasihah memberitahu kampung suaminya.


"Laa, ye ke, hehehe, entah-entah sedara" katanya senyum


"Tak tau la jugak, sebab saya tau yang ayah saya lahir di situ, pastu dia kawen dengan mak saya terus pindah sampai la sekarang ni" jelasku


"Nanti saya kenalkan suami saya kat cikgu ye"


"Boleh...boleh....."


Puan Fasihah mengeluarkan phone, entah apa yang ditulis aku tidak nampak. Mataku tertumpu pada jentolak yang menderum menolak dan meratakan tanah. Bunyi bising sesekali membuatkan pelajar-pelajar berhampiran blok, menoleh ke luar jendela melihat apa yang berlaku. Dalam masa 2-3 bulan ini, suasana sekolah agak bising, namun apa boleh buat. Mujurlah bukan musim peperiksaan.


"Cikgu, nanti lunch sama nak?" pelawa Puan Fasihah


"Lunch sama?" aku tertanya-tanya


"A'aa, saya dah bagitau suami, dia OK je, dapat gak kenal-kenal dengan cikgu" terang Puan Fasihah senyum


"Laaa, dah bagitau ka, cepatnya"


"Heheeh...." Dia ketawa


"Ermm...boleh la, pukui brapa, kat mana?" soalku


"Dalam pukul 1.30 nanti, kat Restoran Rumbia" balasnya


"InsyaAllah, nanti saya datang" kataku


"Thanks cikgu" sambung Puan Fasihah girang. "Saya minta diri dulu, nak balik opis jap"


"OK Puan"


Aku mengirim whatsapp pada Puan Rosnah, memberitahu yang aku agak lewat mengambil Adam kerana ada urusan di Majlis Daerah, dan seperti biasa Puan Rosnah sedia menjaga Adam sehingga aku datang mengambilnya. Aku pun turut memberitahu Pengetua yang aku akan keluar awal untuk urusan yang sama, Pengetua membenarkan. Aku syukur kerana Pengetua memahamiku, memahami rutinku dan aku berterima kasih kerana mereka bertolak ansur denganku. Namun, manusia tetap manusia, yang mana perasaan tidak puas hati dan hasad dengki wujud selagi ia bernafas. Ada segelintir rakan guru yang cemburu denganku, ada yang menjaja pelbagai cerita yang tidak baik, dan semuanya aku tidak hiraukan. Mulut orang sukar ditutup, biarlah apa orang nak kata, life must go on.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now