BAB 5 : REZEKI DI KAMPUNG

4.6K 41 0
                                    



Setelah lori yang membawa barang itu hilang dari pandangan, Ustazah Nurul Huda mendatangiku, mengucap terima kasih sebab membantunya mengangkat barang ke atas lori. Bukan sahaja aku, malah aku juga meminta bantuan Adnan dan Faizal selain daripada pemandu lori dan pembantunya. Urusan telah pun selesai, Adnan dan Faizal telah pun pulang sejurus beberapa minit lori meninggalkan perkarangan rumah Ustazah Nurul Huda.


"Cikgu, saya nak minta maaf banyak-banyak, halalkan makan minum saya dan anak saya, lepas ni kita akan membawa haluan masing-masing. Apa yang pernah terjadi dulu tu, anggap sebagai ujian Tuhan dan kita sama-sama bertaubat ye cikgu"


'Saya pun begitu ustazah" jawabku mengiyakan.


Dengan berakhirnya drama air mata itu, maka dengan rasmi Ustazah Nurul Huda tidak lagi tinggal berjiran denganku, dan dalam seminggu dua lagi, dia akan menunaikan umrah. Yang tinggal hanyalah kenangan manis aku dan dia, yang pernah kami harungi bersama, yang pernah kami nikmati bersama. Selama aku mengenalinya, memang puas tubuhnya aku ratah, memang setiap titisan air maniku tidak terbazir, memang kami sama-sama menginginkan. Kini, semuanya jadi sejarah aku dah dia.


Rancangan aku sekarang ialah untuk mendapatkan penyewa baharu, kerana duit sewa mesti aku lunaskan setiap bulan kepada tuan rumah. Aku harus segera mengemas, membaiki apa yang patut, dan mengiklankan rumah itu untuk disewa. Mudah-mudahan ada penyewa yang sudi menyewa, dan ia meringankan beban ku nanti.


Aku meminta Adnan, Cikgu Suriani, Syafikah, Faizal, Hanim dan beberapa rakan sekolah untukmengwar-warkan akan kekosongan rumah tersebut. Dalam cuti ni, boleh la aku mengemas apa yang perlu bagi menjadikan rumah tersebut kemas dan selesa. Dalam cuti ini juga aku bercadang ingin pulang ke kampungku, dan kampung mentuaku sambil bawa Adam jalan-jalan. Lagi pun, agak lama ibu bapa dan mentua ku tidak melihat cucunya. Kebetulan mentuaku akan mengadakan kenduri doa selamat tidak lama lagi, jadi aku mengambil peluang ini untuk pulang seterusnya membantu apa yang patut.


"Ooo......dah besar cucu nenek ni...." Sapa mak mentuaku sejurus aku mendukung Adam keluar dari kereta. Adam malu-malu dan buat ngada-ngadanya itu.


Setelah bersalaman, aku meletakkan Adam lalu dia terus berlari menuju ke meja. Ibu mentua ku berkejaran dengan cucunya sambil riuh hilai tawa Adam yang agak seronok dapat bermain-main bersama neneknya. Aku mengemaskan barang, mengangkat masuk ke bilik sebelum mendapatkan Adam dan mentuaku semula di ruang tamu. Kedua mereka amat gembira menyambut kepulangan kami kerana telah lama kami tak balik.


"Aisyah tak balik ke mak?" tanyaku


"Balik, tapi sehari sebelum kenduri sebab Saiful tak dapat cuti awal" jawab ibu mentuaku.


"Ramai ke mak jemput nanti?"


"Tak la, jiran-jiran, orang surau, dengan keluarga dekat-dekat je"


Lagi tiga hari kenduri akan diadakan, suasana di rumah semakin meriah dengan kunjungan jiran tetangga yang sama-sama membantu apa yang boleh. Ada juga yang datang membawa bahan mentah seperti gula, garam, bawang, beras dan lain-lain untuk disedekahkan, sambil sama-sama bergotong-royong menyediakan rencah dan rempah. Begitulah keadaan di kampung, masih ada nilai kejiranan, kemuafakatan dan rewang sekiranya ada kenduri kendara. Kaum lelaki pula sibuk menyediakan tempat memasak, membasuh kuali dan kawah, menyediakan kayu api dan sebagainya untuk tujuan memasak nanti. Aku turut membantu sambil mengawasi Adam yang aktif berlarian ke sana ke mari bersama kanak-kanak lain yang turut mengikut ibu bapa atau datuk nenek mereka.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 5Where stories live. Discover now