DENDAM DANIA 1

15.9K 235 12
                                    

Dania berdiri seorang diri di tepi lebuhraya yang sunyi sepi itu. jam di tangan di perhatikannya seketika. Ianya tepat menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. dia hendak menelefon rakannya nadirah supaya menyuruhnya datang membawanya balik ke rumah tapi handfonnya itu tidak ada kredit. jadi dia pun terpaksa menunggu di situ seorang diri. sebenarnya dia hendak balik ke rumahnya di bandar bauh tapi tiada satu pun kereta yang lalu lalang di lebuhraya saat itu. Dalam diam dia merasa sungguh menyesal kerana pergi ke rumah mak cik itam di kampung merbok pagi tadi. ketika dia sampai di kampung merbok, mak cik itam tidak ada di rumahnya. so dia pun terpaksa menunggu kedatangan mak cik itam di depan pintu rumahnya itu. tunggu punya tunggu bayang kelibat org tua itu pun tidak kelihatan. menurut kata jiran sebelah rumah mak cik itam, orang tua tersebut telah pergi menziarahi sanak saudaranya di bandar dua hari yang lalu. mahu tidak mahu dania pun terpaksa berjalan kaki meninggalkan rumah itu. ketika itu malam sudah melabuhkan tirainya. dia melangkah dengan bertemankan cahaya bulan yang samar samar.

"hishh!... ada ke tidak kereta di tengah malam buta ni? kalau tidak ada habislah aku!...", gerutu dania seorang diri. dia berdiri sambil berpeluk tubuh. kedinginan malam membuatkannya menggigil seketika. kebetulan baju kurung yang di pakainya saat itu terlalu nipis kainnya jadi dia pun memakai baju jaket yang di bawanya dari rumah. beg galas di bahu di pegangnya erat erat. "Harap harap ada kereta yang lalu lalang kat lebuhraya malam ini...", bisik dania dengan penuh pengharapan. dia terus menunggu di tepi jalan itu dengan penuh sabar. ketika dia sedang berdiri seorang diri di situ tiba tiba dia nampak sebuah kereta meluncur laju di atas lebuhraya yang sepi itu. Cepat cepat dania memberhentikan kereta tersebut. kereta itu berhenti betul betul di depannya.

Dania mengetuk cermin kereta tersebut. perlahan lahan cermin kereta itu yang serba hitam itu terbuka. kelihatan seorang pemuda berambut punk berwarna ungu sedang duduk memerhatikannya. bau alkohol memenuhi ruang dalam kereta itu. "er... boleh aku tumpang kereta kau tak? aku nak balik ke bandar bauh....", kata dania. "masuklah...", balas pemuda itu sepatah. cepat cepat dania melangkah masuk ke dalam kereta itu. kereta itu terus meluncur laju meninggalkan tempat itu. di sepanjang perjalanan dania mendiamkan dirinya. begitu juga dengan pemuda itu. dia memandu kereta sambil meminum alcohol dalam botol di tangan.

dania merasa tidak selesa dengan bau alcohol yang memualkan itu. "kau nak minum tak? minumlah...", pelawa pemuda itu sambil menyerahkan sebotol alcohol pada dania tapi dania segera menggeleng gelengkan kepalanya. "tak naklah...", balas dania dengan pantas. pemuda itu hanya tersenyum sambil memandu keretanya. bunyi muzik heavy metal dari kumpulan iron maiden itu sudah cukup bising membingitkan telinga. dania terpaksa memekakkan telinganya. dia lihat lengan pemuda itu di penuhi dengan tattoo naga yang sangat menggerunkan. "jangan jangan pemuda ini ketua gangster tak? hishh!... harap harap tidaklah...", bisik hati kecil dania. dalam diam dia merasa sungguh takut. dia takut pemuda itu akan melakukan perkara yang tidak baik terhadap dirinya.

"ya... Allah... kenapalah aku di pertemukan dengan orang yang teruk macam dia ni?... tidak ada kah orang lain yang lebih baik dari dia ni? ohhh!... habislah aku kali ni...", keluh hati kecil dania ketakutan. dia merasa tidak selamat bila bersama dengan pemuda itu. peluh dingin memercik di dahinya. "kenapa kau berpeluh pula? kau kepanasan eh? kalau kau kepanasan bukalah baju jaket kau tu...", kata pemuda itu. "apa?... dia suruh aku buka baju jaket aku ni? oh tidak!... tak boleh jadi ni... tentu lepas ini dia akan menyuruh aku membuka baju aku yang lain pula... oh!... tidak!....", hati kecil dania berbisik dalam kekalutan. "eh... tidak lah... saya tidak kepanasanlah... saya okay aje...", balas dania dengan pantas. pemuda itu hanya tersenyum padanya. dia memusing penghawa dingin keretanya itu ke tahap yang paling maksimum.

"sekarang okay tak?", soal pemuda itu. "ya okay...", balas dania separuh gugup. Tidak lama kemudian, pemuda tersebut memberhentikan keretanya di tepi lebuhraya yang sunyi sepi itu. "Eh... kenapa awak tiba tiba berhenti kat sini pula?", soal dania dalam kekalutan. "rileks ar... jangan takut... everything is gonna be alright...", kata pemuda tersebut. Dia mula mendekati dania. "Eh... encik... apa ni?...", dania bersuara dalam ketakutan. Pemuda tersebut mula meraba tubuhnya. "Eh... janganlah encik...", dania cuba menolak pemuda itu tapi pemuda tersebut masih meraba tubuhnya.

Cepat cepat dania membuka pintu kereta tersebut tapi belum pun sempat dia berlari keluar dari dalam kereta itu tiba tiba tubuhnya di tarik dan di peluk erat oleh pemuda tersebut. "oh!...tolong jangan apa apakan saya!... oh!... tolonglah!... jangan!!!...", jerit dania namun jeritannya itu tidak di endahkan. pemuda itu terus merogolnya tanpa belas kasihan.selepas puas di rogol dia pun di tinggalkan di tepi lebuhraya itu seorang diri. dania menangis kesedihan. "oh!... tidak!!!!....", jerit dania histeria. "dania!... dania!... wake up!... dania!...", serentak dengan itu bahunya terasa di goncang orang dengan kuat sekali.

Dania terus membuka matanya. dia lihat nadirah sedang merenung wajahnya dengan penuh tanda tanya. "kenapa dengan kau ni? kau bermimpi buruk lagi ke?", tegur rakannya itu. dania tidak menjawap soalan nadirah. dia hanya duduk diam di birai katilnya. peristiwa hitam itu terus menghantui hidupnya sehinggakan ianya terbawa bawa ke dalam mimpinya pula. "aku tidak dapat melupakan peristiwa hitam itu lah dirah... aku pun tidak tahu kenapa aku tidak dapat melupakannya... semuanya berlaku di luar dugaan... siapa sangka pemuda celaka itu berniat hendak merogol aku pula,dirah... kalau aku tahu niat jahatnya itu sudah tentu aku tidak akan memberhentikan keretanya tu. aku merasa yang diri aku ni terlalu kotor dan tidak suci lagi, dirah... aku merasakan hidup aku ni sudah hancur!....", kata dania mula menangis.

"bertenanglah nia... kau harus bersabar menghadapinya semuanya ini...", pujuk nadirah sambil memeluk rakannya itu. "macamana aku nak bertenang dan bersabar, dirah? kehormatan aku telah di cabuli oleh seorang pemuda yang tidak berhati perut... siapa yang tidak marah jika dirinya di perlakukan seperti seekor binatang?... jikalau kau jadi aku pun sudah tentu kau juga akan merasa marah...", kata dania.

"ya... aku faham perasaan kau tu, nia tapi bawa bertenanglah... tentu ada hikmah di sebalik semuanya ini...", balas nadirah. dia meleraikan pelukannya. "yelah tu... yang buat aku rasa hairan ni, kenapa pihak polis masih juga tidak dapat mengesan di mana pemuda bertattoo naga tu berada? sudah sebulan lebih kes ini di serahkan pada mereka tapi sampai hari ni mereka masih juga belum dapat menangkap pemuda itu. mereka buat kerja ke atau tidak? kalau mereka tak buat kerja mereka, biar aku seorang saja yang mencari pemuda itu dan balas dendam padanya...", kata dania sambil mengesat airmata yang mengalir di pipinya saat itu. nadirah merenung wajah rakannya itu.

"macamana kau nak cari pemuda itu? bukan senang nak cari dia di bandar yang besar macam ni. bagaimana caranya kau nak balas dendam padanya sedangkan kau tidak berdaya melawannya ketika kau di perkosanya tempohari?... aku fikir lebih baik kau jangan buat benda yang boleh membahayakan diri kau sendiri... biarlah kes ini di siasat oleh pihak polis... lupakan saja peristiwa hitam itu dan teruskan hidup kau seperti biasa, okay?...", kata nadirah perlahan lahan. "okay...", balas dania sepatah. namun dalam diam dia bertekad hendak mencari pemuda itu sampai dapat. dia ingin membalas dendam pada pemuda itu...

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now