DENDAM DANIA 14

3.4K 83 5
                                    

Tidak lama kemudian mereka pun sampai di restoran grand view. irfan memberhentikan keretanya betul betul di parking lot yang terletak tidak jauh dari restoran itu. irfan melangkah keluar dari dalam keretanya tapi dania masih duduk di dalam kereta tersebut. Irfan terpaksa berjalan lalu membuka pintu kereta itu. "dania... cepatlah keluar... kenapa kau duduk diam dalam tu pula?...", soal irfan separuh geram. "aku rasa rancangan gila kau ni takkan berjayalah...", kata dania dengan wajah yang masam mencuka. "belum cuba belum tahu lagi... cepatlah keluar... dia dah lama tunggu kita tu...", gesa irfan. mahu tidak mahu dania terpaksa melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. irfan segera menutup pintu kereta lalu menarik tangan dania. "tak payahlah tarik tangan aku macam ni... aku malulah...", protes dania sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman tangan irfan tapi dia gagal berbuat demikian.

genggaman tangan irfan lebih kuat dari tangannya sendiri. "ala... apa yang di malukan sangat? setakat tarik tangan je. kita bukannya berpeluk cium kat sini pun...", balas irfan tersenyum nakal. dania mencebikkan bibirnya. "ini kali terakhir aku tolong kau, ok... selepas ni aku tak nak tolong kau lagi...", kata dania separuh geram. "whatever daniaku sayang... by the way, lakonan kita dah start ni... cuba kau senyum sikit... jangan masam mencuka macam tu... nanti wajah kau tak cantik pula...", kata irfan. Dengan terpaksa dania tersenyum lebar. "hah... macam itulah baru best... kau nampak cute macam teddy bear...", usik irfan sambil tersenyum nakal. dania terpaksa tersenyum walaupun dalam hati dia rasa nak cekik cekik saja leher pemuda itu.

Ketika mereka melangkah masuk ke dalam restoran tersebut tiba tiba tangan kanan irfan memeluk pinggang ramping dania sambil berjalan. "eh...kenapa peluk pinggang orang ni... rimaslah...", protes dania. "shhh... kau diamlah... ex-girlfriend aku tengah perhatikan kita ni... just act natural, ok?"bisik irfan. mahu tidak mahu dania terpaksa diam membisu. langkah mereka terhenti di depan sebuah meja yang di duduki oleh seorang gadis berambut ikal dan panjang separas pinggang itu. gadis tersebut seperti terkejut dengan kehadiran mereka di situ. "hai... nurin... sorrylah sebab biarkan awak menunggu lama kat sini... traffic light jem tadi. tu yang lambat datang ni... awak dah lama tunggu ke?"soal irfan sambil tersenyum. "oh... it's ok. saya baru aje sampai kat sini 10 minit yang lalu. By the way, siapa gadis ni, irfan?", soal gadis bernama nurin itu.

"oh... er... perkenalkan, ini dania binti haji dasuki. dia kekasih baru saya.... dania, perkenalkan ini nurin nabila binti dato mustapha...", irfan bersuara dengan wajah yang serius. "hai... nurin... nice to meet u...", dania bersuara sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan gadis itu tapi huluran tangannya tidak bersambut. "apa, irfan?... dia kekasih baru awak?", soal nurin dengan nada suara yang terkejut. "iyalah... kenapa? awak terkejut ke?", soal irfan dengan sinis sekali. dia mengeratkan pelukan tangannya di pinggang dania. dania terpaksa buat muka selamba walau pun ketika itu hatinya sedang bercelaru. "memanglah saya rasa terkejut... saya tidak menyangka bahawa awak dah ada kekasih yang baru... sampai hati awak buat saya macam ni irfan?... saya merasa sedih, tau...", kata nurin dengan sedih sekali.

"sedih?... buat apa awak merasa sedih pula?... bukankah kita sudah lama berpisah...", bidas irfan. "ya... memang betul kita sudah lama berpisah tapi saya masih mencintai awak irfan...", kata nurin bertambah sedih. airmata mula mengalir di pipinya. "tapi malangnya saya tidak cintakan awak lagi... saya cintakan dania seorang saja... so tolong jangan ganggu hidup saya lagi, ok?", balas irfan dengan pantas. "sampai hati awak lukakan hati saya, irfan... oh... sampai hati awak...", nurin mnangis sambil berlari keluar dari situ. tinggallah irfan dan dania di situ. Semua orang yang berada di dalam restoran itu pandang semacam ke arah mereka berdua.

"puas hati kau sekarang kan? tengok dia menangis macam tu...", marah dania. tangan irfan di tepisnya dengan kasar. irfan segera meleraikan pelukan tangannya di pinggang dania. "dia menangis ke... apa ke... aku peduli apa?... perempuan bodoh macam tu memang patut di tinggalkan...", kata irfan. dania merasa sungguh marah bila mendengar perkataan irfan itu. dia merenung wajah irfan dengan renungan mata yang tajam sekali. "perempuan bodoh?... kalau kau tahu dia tu perempuan bodoh kenapa kau bercinta dengannya dulu? kau fikir kau tu bijak sangat ke, hah?!... kau tu lagilah bodoh bangang dari dia...", bidas dania dengan sinis. "hey... kenapa kau cakap aku bodoh bangang pula?", soal irfan mula bengang dengan gadis itu. "yelah... memang perempuan tu bodoh sebab dia masih cintakan kau walaupun korang dah lama berpisah... tapi kau lagi lah bodoh daripada dia sebab kau tidak tahu bagaimana menghargai cinta seorang perempuan...", tempelak dania. "bagi kau itu satu kebodohan tapi bagi aku itu bukan satu kebodohan tapi itu hanyalah satu cara yang terbaik untuk menghindarkan diri dari perempuan tak guna tu...", balas irfan dengan wajah yang serius.

"kau tau tak, kau ni seorang lelaki yang kejam dan tidak berhati perut. kau sanggup lukakan hati seorang gadis yang masih mencintai kau dengan sikap egois kau tu...", kata dania dengan marah. "excuse me, cik dania... cakap tu baik baik sikit, ok... aku tolak cinta dia sebab aku tidak cintakan dia lagi... apasal kau marah sangat padaku, hah?", marah irfan pula. "memang aku marah... kau mempergunakan aku demi kepentingan diri kau sendiri dan kau lukakan hati perempuan tu demi keegoan kau yang keterlaluan tu... kau jangan fikir eh, yang kau akan terlepas dari hukum karma... ada masanya nanti kau akan terima nasib yang lebih buruk dari ex-girlfriend kau tu...", kata dania dengan wajah yang serius. belum pun sempat irfan bersuara dania sudah pun pergi meninggalkan tempat itu.

*** *** ***

Irfan memandu keretanya sambil minum sebotol arak di tangannya. di pertengahan jalan dia nampak seorang gadis berbaju kurung berdiri di tepi jalan seorang diri. gadis itu melambaikan tangannya seperti menyuruhnya memberhentikan keretanya. tanpa berfikir panjang dia memberhentikan keretanya di sebelah gadis itu. dalam kelam malam itu dia tidak dapat melihat wajah gadis tersebut dengan begitu jelas. Yang dia dapat lihat ketika itu cuma baju kurung yang di pakai oleh gadis itu. ianya berwarna merah berbunga kuning kecil. gadis itu berkata bahawa dia ingin menumpang keretanya ke bandar bauh. tanpa banyak soal irfan mempelawa gadis itu masuk ke dalam keretanya. irfan kembali memandu keretanya. di satu selekoh yang agak tersembunyi dia memberhentikan keretanya. dalam keadaannya yang tengah blur itu dia merogol gadis itu.

"kkkrriiing!!!!....", kedengaran deringan jam yang panjang membingitkan telinganya. irfan terus tersedar dari mimpi. wajahnya di basahi peluh. "ya Allah!... kenapa aku asyik bermimpi tentang mimpi yang sama setiap malam? apakah benar aku telah merogol gadis itu?", persoalan itu terus mengasak fikirannya. memang dia pernah membawa seorang gadis yang tidak di kenali di dalam keretanya sebulan yang lalu tapi dia tidak pasti apakah dia pernah merogol gadis itu atau pun tidak. segalanya berlaku dengan begitu pantas sekali. sedar sedar aje dia sudah tinggalkan gadis itu di tepi jalan. yang membuatkan irfan merasa hairan ialah dia tidak dapat mengecam wajah gadis itu dengan baik. maklumlah pada masa itu malam terlalu kelam. pandangannya pun tidak begitu jelas. lagi pun otaknya tengah 'blur' saat itu kerana terlalu mabuk. jadi dia tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam itu....

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now