DENDAM DANIA 17

3.4K 80 1
                                    

Nadirah melangkah masuk ke dalam rumah sewa yang sunyi sepi itu. ruang tamu kelihatan gelap gulita. Jadi dia menekan suis lampu di atas dinding. sebaik saja lampu terpasang dia lihat ruang tamu itu berantakan. semua kerusi dan meja terbaring di atas lantai. semua kusyen tergeletak di atas lantai. buku majalah dan suratkhabar berselerak di sana sini. kelihatan dania sedang duduk bersandar di tepi dinding sambil menangis seorang diri. "eh... kenapa ni dania?... apa yang telah terjadi?", soal nadirah kehairanan. Dia menghampiri rakannya itu. "kau nak tahu apa yang terjadi? ok... biar aku terangkannya pada kau. si irfan keparat itu tidak mati lagi walaupun dia terlibat dalam kemalangan itu. aku sakit hati dirah... sepatutnya dia sudah mati tapi ini tidak... dia masih hidup lagi...", kata dania dengan marah sekali. "dania... aku rasa kau perlukan bantuan ni...", kata nadirah sambil merenung wajah rakannya itu. "bantuan?... bantuan apa?", soal dania ingin tahu. "bantuan kaunseling dari pakar sakit jiwa...", ujar nadirah perlahan lahan. "apa?... kau suruh aku pergi berjumpa dengan pakar sakit jiwa?... helloooo... i'm not crazy, ok!...", marah dania. "aku tahu kau tidak gila dania tapi dendam kau itu membuatkan kau jadi gila... aku tidak mahu kau terus hanyut dalam lautan dendam yang akan memusnahkan hidup kau...", kata nadirah. "ok... stop it dirah... aku tak nak dengar omelan kau tu... buat pengetahuan kau, aku belum gila lagi... aku buat semuanya ini untuk menuntut keadilan...", kata dania dengan pantas. "tapi tindakan kau ini keterlaluanlah, dania... kau...", kata kata nadirah di potong pantas oleh dania. "just shut up, dirah!... just shut up, ok?!...", bentak dania dengan cukup marah. nadirah terus diam. dania bangun lalu beredar dari situ.

- tiga hari kemudian -

Pihak hospital membenarkan Irfan pulang ke rumahnya. sebaik saja dia melangkah keluar dari hospital dia terus menghubungi iqbal di rumahnya. dia ingin bertanyakan tentang kereta porche kesayangannya itu. menurut kata iqbal keretanya itu telah di bawa ke bengkel kereta kawan mereka rafiq.

"hello... iqbal, aku ni irfan... macamana dengan kereta aku tu... korang dah check ke, kereta aku tu?"
"dah... bumper depannya ada kemik sikit. no plat depan kereta pun dah patah... rafiq dah baiki kerosakan kreta kau tu..."
"er... macamana pula dengan brek kereta aku tu? korang ada check tak?"
"ya... kami dah check. rupa rupanya kabel brek kereta kau tu terputuslah..."
"terputus? macamana pula boleh terputus? kali terakhir aku check semuanya ok aje..."
"Entahlah... tapi aku tengok kabel brek kereta kau tu macam kena potonglah... jangan jangan ada orang sabotaj kau, tak?"
"Entahlah, bal... tapi kau agak siapa yang busuk hatinya nak sabotaj aku ni ar?"
"aku pun tak tahulah fan... mungkin si man bonehead tu tak?"
"man bonehead ketua kumpulan the black crow tu ke?"
"iyalah..."
"tak mungkin dia mlakukannya bal...dia dah berbaik dengan aku tempohari... mana mungkin dia sabotaj aku pula..."
"manalah tahu dia ada niat jahat pada kau. bila kau berjumpa dengannya, dia jadi malaikat tapi bila di belakang kau pula dia jadi setan..."
"tak baik menuduh orang tanpa bukti, iqbal..."
"hm... whateverlah... tapi kalau betullah dia yang sabotaj kau sudah tentu kumpulan the skull takkan berdiam diri dalam hal ini. pasti si man bonehead dan kuncu kuncunya tidak akan selamat..."
"hish... tolong jangan libatkan kumpulan kita dalam hal ini... aku tak suka korang bergaduh, berparang dan berbunuh hanya kerana aku... rilekslah bal... biar aku yang siasat hal ini dulu... kau jangan cakap apa apa pada boss, ya... kalau dia tahu perang besar korang nanti..."
"oklah... fan, i've gotta go now... talk to u later... bye"
"ok, bye..."

Irfan mematikan talian handfonnya itu. dia berfikir panjang. "siapakah orang berani sangat nak sabotaj aku ar?...", persoalan itu terus bermain di benaknya.

*** *** ***

Dania pergi ke pejabat seperti biasa. ketika dia sedang leka melakukan pekerjaannya tiba tiba dia lihat irfan melangkah keluar dari dalam bilik pejabatnya. dania mencebikkan bibirnya. rasa benci semakin menebal dalam dirinya. kalau ikutkan hati mahu saja dia membunuh dan menikam pemuda itu dengan pisau tapi dia tidak berani melakukan pembunuhan secara terang terangan. jadi dia pun mula berfikir cara yang lain pula untuk membunuh pemuda itu. ketika dia sedang berfikir panjang tiba tiba, "dania... boleh tak kau temankan aku pergi lunch tengahari ni?", soal suatu suara. dania mengangkat wajahnya. Kelihatan irfan sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis. "tak boleh sebab aku sibuk...", balas dania dengan wajah yang masam mencuka.
"ala... kita keluar lunch sekejap aje... bukannya lama pun...", kata irfan cuba memujuk gadis itu. "tak boleh... tak bolehlah... kau tak paham bahasa ke?...", marah dania. "oklah... kalau macam tu, aku pergi dululah...", irfan bersuara separuh hampa. Dia beredar dari situ. siew lin datang menghampiri rakannya itu. "eh... dania, apasal kau tak keluar lunch dengan dia? i think he's likes u a lot. itu sebabnya dia ajak kau keluar lunch dengan dia tapi kau tolak ajakannya pula... kau ni teruk betul lah....", tegur siew lin. "eh... itu aku punya pasallah... yang kau sibuk sangat ni apasal?", marah dania. "eh!... kita pula yang kena marah... ahh!... malaslah nak bercakap dengan kau ni. Kau asyik panas baran aje. oklah, aku pergi dulu, bye!...", siew lin bersuara sambil beredar dari situ. kata kata siew lin tadi terngiang ngiang di cuping telinga dania. "i think he's likes u a lot...", dania berfikir seketika. "he's likes me a lot?... betul ke dia sukakan aku?...", bisik dania sendirian. "jangan mudah perasanlah dania... he's your enemy, ok... just remember that!...", bisik hati kecilnya lagi. dania kembali melakukan pekerjaannya.

*** *** ***

Petang itu dania melangkah keluar dari pejabat. dia bersiap hendak balik ke rumahnya. tiba tiba... "hai... nia, kau nak balik ke?"sapa irfan sambil brjln d sebelahnya. "yelah... kau ingat aku nak pergi ke mana lagi?", kata dania dengan kasar sekali. "eh... kenapa kau asyik marah marah ni? Tak boleh ke kau bercakap baik dengan aku?...", soal irfan kehairanan. "look, i dont have a time to talk nice to you, ok... sekarang aku nak balik. so, jangan ganggu aku lagi...", kata dania sambil berjalan pantas. irfan terpaksa berjalan pantas di sebelahnya. dania mempercepatkan langkah kakinya. makin laju dia berjalan makin laju pula irfan berjalan di sebelahnya. sakit betul hati dania di buatnya. ketika dia berjalan dengan laju tiba tiba kasut tumit tinggi sebelah kirinya patah secara mendadak. akibatnya tubuh dania terjatuh tapi irfan segera menyambutnya. "ohhh...", dania separuh menjerit. irfan memeluk erat pinggang ramping gadis itu. mata mereka bertembung seketika. mereka saling berbalas renungan. lama juga mereka berkeadaan begitu.

dania merasa renungan mata irfan begitu tajam menusuk hatinya. jantungnya seakan akan berhenti berdenyut saat itu. tiba tiba, "fuyooo!.... romantik habislah korang ni... hahak!...", tegur suatu suara. Dania terus terkejut dari alam khayalannya. begitu juga dengan irfan. cepat cepat mereka meleraikan pelukan masing masing. kelihatan siew lin sedang berdiri tidak jauh dari situ. dia ketawa pada mereka berdua. dania terpaksa buat wajah selamba walaupun dia merasa malu ketika itu. begitu juga dengan irfan. dia terpaksa buat wajah selamba. "oklah dania... see you tomorrow...", kata irfan cuba menutup rasa malu di lubuk hatinya. perlahan lahan dia beredar dari situ. dania hanya mendiamkan dirinya...

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now