DENDAM DANIA 20

3.6K 86 7
                                    

Malam itu dania bermimpi lagi. mimpi ngeri yang sama datang mengganggu tidurnya. dania terjaga dengan nafas yang termengah mengah. Wajahnya di basahi peluh. akibat mimpi ngeri itu dia tidak dapat tidur lagi. perlahan lahan dia bangun dari atas katilnya. dia berdiri merenungi wajahnya di cermin yang ada di atas meja soleknya itu. wajahnya kelihatan sangat cengkung dan tidak bermaya. dia sebenarnya mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam. semuanya gara gara dia sering bermimpi buruk. sungguh peristiwa hitam itu tidak pernah luput dari ingatannya sebab itulah juga dia sering bermimpi tentang peristiwa hitam itu.

perlahan lahan dia berjalan menuju ke meja soleknya. beg kerjanya di capai perlahan lahan. dia berkira kira hendak menaip luahan hatinya dalam laptop kesayangannya itu tapi bila dia buka beg kerjanya laptopnya tidak ada di dalam beg tersebut. dia mula menggelabah. "ya Allah!... laptopku tidak ada dalam beg nilah... macamana ni?", dania bersuara dengan cemas sekali. tiba tiba dia teringat akan sesuatu. dia tertinggal laptop kesayangannya di pejabat!... cepat cepat dia menukar pakaiannya. kali ini dia memakai baju kurung merah berbunga kecil. selepas bersiap secara ala kadar dia pun terus melangkah pergi dari situ.

- Di pejabat syarikat seribu daya -

Kelihatan irfan baru saja selesai menyemak proposal yang ada di dalam fail kat atas mejanya itu. jam di dinding tepat menunjukkan pukul 12.10 tengah malam. perlahan lahan dia bangun dari tempat duduknya. dia mengambil baju kot yang tersidai di atas kerusinya lalu memakai baju kot tersebut. Kemudian dia mengambil briefcase nya lalu melangkah meninggalkan bilik pejabatnya itu. ketika dia sedang berjalan di hadapan meja kerja dania tiba tiba dia lihat laptop kesayangan dania masih ada di atas meja kerja tersebut.

"agaknya dia terlupa nak bawa balik laptop kesayangannya ni tak? hm... tak apalah... biar aku yang main komputer games dalam laptopnya ni dulu. manalah tahu kot kot dalam laptop dia ni ada banyak komputer games...", bisik irfan sambil tersenyum lebar. cepat cepat dia duduk di atas kerusi lalu membuka laptop tersebut. laptop itu terus di pasangkannya. Kelihatan gambar wajah dania yang tersenyum manis terpampang jelas menghiasi skrin laptop kecil itu. irfan segera klik pada perkataan 'start'. menu programs terpampang terus di atas skrin laptop. pada mulanya dia merancang hendak mencari aplikasi games dalam laptop tu tapi tiba tiba saja matanya terpandang akan perkataan 'my private diary' di dalam file document yang ada di situ. dia pun terus klik pada document tersebut.

Sekali klik saja dia terus masuk ke dalam ruangan halaman diary yang sangat cantik. kelihatan gambar dania yang sangat cantik dan seksi menghiasi latar belakang diari peribadi tersebut. senarai kandungan diari terpampang kemas depan matanya. pandangannya tersangkut pada satu entry yang tertulis perkataan, 'peristiwa hitam'... irfan segera klik pada perkataan itu. Tidak lama kemudian isi dalam entry itu terpampang jelas di hadapan matanya. dia segera membacanya. jantungnya seakan berhenti berdenyut apabila dia membaca isi diari gadis tersebut. dari apa yang di bacanya dania telah di rogol sebulan yang lalu ketika dia menunggu kereta di tepi jalan pada waktu malam. orang yang merogolnya ialah irfan sendiri

Dia merasa sungguh terkejut dengan apa yang di bacanya saat itu. "ya Allah... ya Tuhanku... memang aku pernah merogolnya... ya Allah... apa yang telah aku lakukan ni?....", bisik irfan sungguh terkejut. dia kembali membaca diari entries yang lain pula. dalam entries yang seterusnya dania membuat rancangan untuk memburunya dan menyusun rancangan untuk membunuhnya secara senyap senyap. berderau darah irfan bila dia baca dania hendak membunuhnya dengan memberikannya minum air coffee yang berisi julap, memotong kabel brek keretanya sehingga putus dan melanggar dirinya dengan kereta. semua rancangan itu di susunnya dengan rapi sekali. ianya bagaikan satu plot pembunuhan yang kejam pula.

irfan merasa tidak senang ketika membaca semua entries dalam diari gadis tersebut. dia tidak menyangka dania yang brwajah cantik, comel dan ayu itu menyimpan perasaan benci dan dendam padanya. irfan tahu ini semua salahnya juga tapi takkanlah dania sanggup membunuhnya hanya kerana kesalahannya itu. takkanlah dia tidak di beri peluang langsung untuk memperbetulkan kesalahannya itu. sebenarnya irfan ingin mengambil gadis tersebut sebagai kekasih hatinya dan sekaligus menjadi isterinya tapi apabila dia membaca diary dania saat itu hatinya merasa sungguh sedih sekali. apakah dendam gadis tersebut akan berakhir dengan kematiannya?... irfan hanya diam memikirkannya.

Dania melangkah keluar dari dalam teksi dengan langkah kaki yang tergesa gesa. dia lihat pak cik shauki sekuriti guard di situ sedang tidur lena di dalam pondok sekuriti di tepi jalan itu. langkah kaki dania terhenti apabila dia melihat kereta ferari irfan masih ada tersadai di tempat letak kereta tidak jauh dari situ.dia tahu irfan masih berada di dalam bangunan tersebut. cepat cepat dia berjalan masuk ke dalam bangunan itu. ketika dia melangkah masuk ke dalam ruang pejabat yang sunyi sepi itu, dia lihat irfan sedang duduk menghadap laptop kesayangannya!

Dania tahu irfan sedang membaca diary peribadinya dalam laptop tersebut. dia merasa sungguh marah sekali. perlahan lahan dia melangkah menghampiri pemuda itu dari belakang. dia mengambil sebuah kerusi lalu di hentaknya belakang tengkuk irfan dengan kerusi tersebut. irfan terus saja jatuh pengsan di situ. Dania segera mematikan laptopnya. Kemudian dia mengheret tubuh irfan menuju ke arah bilik pejabat pemuda tersebut.

sebaik saja dia berjaya mengheret tubuh irfan masuk ke dalam bilik pejabat itu dia terus meletakkan irfan di atas kerusi yang ada di situ. pintu bilik pejabat tersebut di kunci rapat. semua tirai jendela di tutupnya dengan pantas sekali. dia mengambil seutas tali yang di jumpai di bawah meja lalu di ikatnya tangan dan kaki irfan dengan tali tersebut. kemudian, dia menarik keluar pisau belati yang selalu di bawanya dari dalam beg tangannya itu. dia merenung wajah tampan irfan. fikirannya bercelaru. jiwanya kacau bilau. irfan sudah tahu semua rahsianya. "kau harus membunuhnya malam ini juga dania... jika tidak sudah tentu kau akan di dakwanya di mahkamah dan kau akan di penjarakan!...", bisik suatu suara dalam dirinya. dania terpaksa berfikir panjang bagaimana hendak selesaikan masalahnya itu.

*** *** ***

Perlahan lahan irfan membuka matanya. dalam samar samar cahaya dalam bilik pejabatnya itu dia lihat seorang gadis berbaju kurung merah berbunga kuning kecil sedang berdiri memerhatikannya. baju kurung tersebut mengingatkannya pada gadis yang di rogol sebulan yang lalu. di tangan gadis itu terhunus pisau belati yang sangat tajam. irfan lihat wajah gadis itu begitu tegang sekali. amarah, benci dan dendam jelas terbayang di sudut matanya. "dania...", nama itu terus terpacul keluar dari bibirnya...

DENDAM DANIA (PG13)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant