DENDAM DANIA 3

7K 142 1
                                    

Irfan melangkah masuk ke dalam kereta porche berwarna hitam metalik itu. rakannya turut melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. bagaikan pelesit kereta porche itu meluncur laju dari situ. dania cepat cepat menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan kelab malam itu. dia menyuruh driver teksi tersebut mengekori kereta porche berwarna hitam itu dari belakang.

Irfan lihat dalam cermin pandang belakang keretanya itu seperti ada sebuah kereta sedang mengekori keretanya dari belakang. "nampaknya ada orang mengekori kita dari belakanglah...", kata irfan sambil memandang sekilas wajah rakannya iqbal. "kau fikir siapa mengekori kita tu ar?", soal iqbal ingin tahu. "ntahlah..."balas irfan. dia terus menekan pedal minyak keretanya dengan sekuat hatinya. keretanya terus memecut laju di celah celah kereta yang ada di situ. satu demi satu kereta di hadapannya di potong dengan pantas.

dania tak senang duduk bila dia lihat kereta porche itu semakin lama semakin laju meninggalkan teksi yang di tumpanginya saat itu. "pak cik boleh tak pak cik tambahkan lagi kelajuan kereta pak cik ni?... kereta tu sudah jauh meninggalkan kita di belakang...", kata dania dengan sedikit marah. "baiklah...", balas pemandu teksi itu. dia mula menekan pedal minyak keretanya itu. teksi tersebut mula meluncur dengan laju sekali. namun begitu kelajuan teksi itu tidak dapat menandingi kelajuan kereta porche tersebut. ketika mereka berusaha mengejar kereta porche tersebut tiba tiba jalan di hadapan mereka jem. manakala kereta porche yang di kejar menghilang entah ke mana. dania mengeluh kehampaan. setelah usahanya itu menemui kegagalan dia balik ke rumah dengan hampa.

Sampai di rumah dia di sambut oleh nadirah di muka pintu. "kenapa kau keluar lama sangat?", soal nadirah ingin tahu. "aku pergi ke kelab malam extra... guess what?... pemuda yang telah merogol aku tempohari ada di dalam kelab malam itu...", kata dania. "apa?... dia sedang buat apa?", soal nadirah ingin tahu pula. "dia sedang minum alcohol sambil berbual bual dengan gadis gadis GRO yang bekerja kat kelab malam tu... bukan main gatal lagi tangannya merayap ke seluruh badan gadis gadis GRO tu. sakit betul mata aku ni melihatnya...", kata dania dengan pantas. "lepas tu apa yang telah terjadi?", soal nadirah dengan penuh minat.

"lepas tu dia keluar dari kelab malam tu dengan kawannya. diorang naik kereta porche. aku ekori mereka dari belakang dengan menaiki teksi. bukan main laju lagi dia bawa keretanya tu. macam pelesit pula keretanya meluncur laju di celah celah kereta yang berada di hadapan. last last teksi yang aku tumpangi tidak mampu mengejar kereta itu lagi sebab jalan jem... jadi aku pun terpaksa balik ke sini...", terang dania panjang lebar. "pemuda tu menaiki kereta porche ke, nia?", soal nadirah ingin tahu. "iyalah...", balas dania sepatah. "jangan jangan dia anak orang kaya tak, nia?", soal nadirah mula membuat andaiannya. "dia anak orang kaya ke apa ke... itu aku tidak peduli... yang penting sekarang aku harus balas dendam padanya...", kata dania dengan tegas. nadirah terdiam selepas itu.

*** *** ***

Irfan melangkah masuk ke dalam villa mewah milik orang tuanya itu dengan langkah kaki yang perlahan lahan. langkahnya terhenti bila, "irfan!... awak pergi ke mana tadi?", soal suatu suara. kelihatan mummynya datin hajah maznah sedang brdiri memerhatikannya tidak jauh dari situ. "saya pergi ke bandar, mummy...", balas irfan dengan malas. "tengah malam begini baru awak balik ke rumah?... irfan!... berapa kali mummy cakap jangan keluar merayau sampai tengah malam tapi awak langsung tidak dengar cakap mummy...", marah datin hajah maznah. irfan terpaksa memekakkan telinganya.

"tengok!... bila mummy cakap awak buat tak tahu aje... mummy tidak tahu apa yang telah terjadi pada awak ni?... sejak daddy awak meninggal dunia 8 bulan yang lalu sikap awak sudah berubah... awak tidak betah tinggal di dalam rumah ini. awak lebih suka menghabiskan masa awak dengan samseng samseng di jalanan tu. awak ubah stail rambut awak jadi punk dan berwarna purple. lepas tu awak pakai anting anting di sebelah telinga kiri awak. yang lebih teruk lagi awak buat tattoo naga di lengan kiri tangan awak pula... sebenarnya mummy paling benci bila tengok penampilan awak ni... awak tak ubah macam seorang samseng jalanan yang teruk. pendek kata awak semakin hari semakin liar, irfan... mummy sendiri pun tidak tahu bagaimana caranya nak ubah sikap awak yang liar ni...", sambung datin hajah maznah.

Irfan hanya diam mrmbisu. datin hajah maznah mendekati anak lelakinya itu. "awak minum alcohol lagi ke, irfan?", soal datin hajah maznah ingin tahu. bau alcohol dapat di hidunya dari baju jaket yang di pakai oleh anaknya saat itu. irfan tidak menjawap soalan mummynya. dia hanya tunduk diam membisu. "sudah berapa kali mummy cakap jangan minum air setan tu tapi awak degil juga irfan!... awak minum juga benda jahanam tu. awak ni betul betul mengecewakan mummylah!...", marah datin hajah maznah. irfan langsung tidak bersuara. melawan pun tidak. merungut pun tidak. dia membiarkan mummynya terus memarahinya. pot pet pot pet mulut mummynya berbicara, dia pula buat tak tahu aje.

"irfan... mummy sudah tua sekarang... mummy dah tak larat menguruskan syarikat seribu daya yang daddy awak tinggalkan tu... mummy berkira kira nak serahkan syarikat itu pada awak tapi bila mummy memikirkan sikap awak yang liar ini mummy merasa susah hati...", kata datin hajah maznah berterus terang. irfan merenung wajah mummynya itu. "maksud mummy?...", soal irfan seperti tidak faham dengan kata kata mummynya itu. "maksud mummy, mummy nak awak uruskan syarikat tu... hanya syarikat itu saja harta yang kita ada irfan... jikalau bukan awak yang menguruskannya, siapa lagi yang mummy harapkan selain daripada awak? mummy bukannya ada anak yang ramai macam orang lain... mummy cuma ada awak seorang saja irfan...", balas datin hajah maznah panjang lebar.

"tapi mummy, saya tidak tahu bagaimana nak menguruskan perniagaan dalam syarikat tu...", kata irfan setelah berdiam diri buat beberapa ketika. "alasan awak tu tidak logiklah, irfan... awak sudah bertahun belajar di universiti preston dalam jurusan business management, takkanlah awak tidak tahu apa apa tentang selok belok perniagaan pula...", kata datin hajah maznah sambil merenung wajah anak lelakinya itu. "tapi mummy...", kata kata irfan terus di potong pantas oleh mummynya itu. "tak ada tapi tapi lagi, irfan... awak harus tolong mummy uruskan syarikat tu... daripada awak merayau tak tentu hala lebih baik awak bekerja di syarikat peninggalan daddy awak... baru terjamin masa depan awak...", kata datin hajah maznah dengan tegas. "kalau saya menolak?", soal irfan. "mummy takkan bagi awak duit elaun setiap bulan. kad kredit dan kad ATM awak akan mummy rampas semuanya. awak tidak boleh menggunakan semua kereta dan motorsikal dalam garaj tu. biar awak jalan kaki saja ke bandar...", balas datin hajah maznah dengan wajah yang serius.

"owhh!... jadi mummy seriuslah ni?", soal irfan macam tidak percaya dengan kata kata mummynya itu. "iyalah... mummy seriuslah ni...", balas datin hajah maznah dengan pantas. "oh!... baiklah...", balas irfan dengan hati yang berat sekali. "mulai dari hari esok awak kena ikut mummy pergi ke pejabat setiap hari... awak mesti bangun awal pagi esok... ingat tu?...", kata datin hajah maznah dengan tegas. "hmm... ingat...", balas irfan dengan malas. "satu perkara lagi mummy lupa nak cakap pada awak... mummy akan memperkenalkan awak pada sekretari mummy di pejabat tu... dia yang akan mengajar awak serba sedikit urusan di dalam pejabat tu... awak kena ikut tunjuk ajarnya, ok?...", soal datin hajah maznah. "ok...", balas irfan sepatah. "bagus... sekarang awak boleh masuk ke bilik tidur awak...", perintah datin hajah maznah. perlahan lahan irfan melangkah pergi dari situ...

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now