DENDAM DANIA 6

5K 116 4
                                    

Belum pun sempat dania duduk di atas kerusinya tiba tiba interkom di atas meja kerjanya berbunyi nyaring. dania terpaksa menjawapnya. "ya datin... ada apa yang boleh saya bantu?", soalnya. "datin kepala otak kau!... hei!... dania... kenapa air coffee yang kau buat ni rasanya lain macam saja, hah?... kau sengaja nak mempermainkan aku ke?...", marah irfan dalam interkom tersebut. dania tersenyum sinis. "kenapa pula kau marah marah ni?... kalau rasanya tak sedap kau sendirilah yang buat air coffee tu... jangan suruh aku lagi...", balas dania. "wei... kau jangan buat aku marah, ok... aku nak kau buatkan air coffee yang baru untuk aku sekarang juga tapi kali ini tolong buat air coffee yang sedap sikit. kalau kau tak buat air coffee untuk aku, aku akan adukan hal ini pada datin....", kata irfan dengan marah.

"ooooookay!... aku akan buatkan air coffee yang sangat istimewa untuk kau seorang saja...", balas dania dengan marah. dengan perasaan marah dia pun terus beredar dari situ. sebaik saja dia sampai di dalam dapur kecil itu dia segera mengambil sebiji cawan lalu d masukkan air panas di dalamnya. "kau nak air coffee yang sedap, kan...boleh... boleh... boleh... aku boleh buatkan air coffee yang sedap untuk kau...tunggu sekejap ye...", bisik dania separuh geram. dengan pantas dia memasukkan sesudu besar coffee dan sesudu besar gula di dalam cawan tersebut. "ini ramuan terakhir untuk air coffee yang paling sedap... hakhaktuih!....", dia brbisik sambil meludahkan air liurnya ke dalam cawan coffee di tangan. "coffee sedap berperisa air liur... sedap sesedap rasanya... hehehe...", bisik dania sambil ketawa sinis. Cepat cepat dia beredar dari situ.

Irfan menunggu dengan hati yang marah. dia lihat pintu bilik pejabatnya di buka orang. dania melangkah masuk ke dalam pejabat itu dengan langkah kaki yang teratur. "Nah... ini air coffee yang kau minta tu...", kata dania tanpa memandang wajah pemuda yang di bencinya itu. "kau tunggu dulu di situ... biar aku rasa air coffee yang kau buat ni...", kata irfan. dia mengambil cawan coffee di atas mejanya itu lalu menghirupnya perlahan lahan. "Hehehe... baru padan muka kau, irfan... kau minum air coffee yang ada air liur... hehehehe...", bisik dania dalam hatinya. "macamana rasanya? sedap tak?...", soal dania sambil tersenyum sinis. "yang ni sedap tapi coffee yang first kau buat tu rasanya tak sedap... kau letak apa dalam air coffee tu, ar?...", soal irfan ingin tahu. "adalah...", balas dania sepatah. "eh... dania, kau jangan cuba mempermainkan aku, ok... aku ini orang atasan kau... kau harus menghormati aku sebagai majikan kau...", kata irfan dengan marah.

mulutnya mula berpot pet pot pet macam bertih jagung pula. manakala dania pula terpaksa memekakkan telinganya. "bla... bla... bla... bla...macam nenek tualah pula...", rungut dania separuh berbisik. "apa?... apa kau cakap tadi? aku tak dengarlah...", soal irfan ingin tahu. "oh... er... aku tak cakap apa apa pun... agaknya kau salah dengar tak?...", dalih dania. "hm... tak apalah... kau boleh keluar sekarang...", perintah irfan. dia kembali menumpukan perhatiannya pada komputer games di depan matanya itu. dania mencebikkan bibirnya sambil beredar dari situ. Dia membawa keluar cawan coffee pertama yang di buatnya sebentar tadi. sebaik saja dia sampai di dapur dia segera mencuci cawan tersebut di dalam sinki. "kau marah pada aku, eh... tak pe... tak pe... lepas ni giliran kau pula yang kena marah...", bisik dania sambil tersenyum sinis.

selepas mencuci cawan tersebut, dia mula melangkah menuju ke arah bilik pejabat datin hajah maznah yang terletak tidak jauh dari situ. dia mengetuk daun pintu itu perlahan lahan. "ya masuk...", perintah suatu suara. perlahan lahan dania membuka pintu pejabat itu. kelihatan datin hajah maznah sedang duduk di meja kerjanya sambil menulis sesuatu di dalam buku kerjanya itu.

"ya... ada apa dania?"
"saya datang ni nak bagitahu datin tentang irfan..."
"kenapa dengan irfan?"
"dia tak buat kerjanya datin... dia bermain dengan komputer games pula..."
"apa?... dia bermain dengan komputer games?... betul ke ni dania?"
"betul datin... kalau datin tak percaya cakap saya, datin pergilah tengok sendiri apa yang dia buat sekarang..."
"kurang asam punya budak... orang suruh dia bekerja, dia main komputer games pula... tak guna btul..."

Datin hajah maznah bangun dari tempat duduknya itu. dia berjalan meninggalkan bilik pejabat tersebut. dania berjalan keluar dari situ. senyuman sinis terukir di bibirnya. "siaplah kau kali ini, irfan... teruklah kau kena bom meriam mummy kau sendiri...", bisik dania dalam hatinya. dia kembali duduk di meja kerjanya. manakala datin hajah maznah pula berjalan menuju ke bilik pejabat anaknya irfan.

Irfan masih lagi leka bermain dengan komputer gamesnya sehinggakan dia tidak sedar mummy kesayangannya sudah pun masuk ke dalam bilik pejabatnya itu. "ya... Allah... apa awak buat ni irfan? awak bermain komputer games?!.... kenapa awak tak buat keja awak, hah?", marah datin hajah maznah sambil bercekak pinggang. terkejut beruk irfan ketika mendengar suara mummynya itu. "oh... mummy!... oh... er!... bila masa pula mummy ada kat sini ni? mummy kan duduk dalam bilik sebelah...", kata irfan menggelabah. komputer di hadapannya itu terus di 'shut off'. Cepat cepat dia membuka semua fail yang ada di depan matanya itu.

"memanglah mummy duduk dalam bilik sebelah tapi mummy datang ni nak check samada awak buat kerja ke atau tidak... rupa rupanya awak langsung tak buat kerja yang mummy suruh... awak ni betul betul tak boleh di harap langsung...", kata datin hajah maznah dengan marah skali. Dari jauh lagi dania dapat mendengar suara datin hajah maznah bertempik memarahi anak lelakinya itu. semua pekerja yang lain mula tertanya tanya, "apa yang telah terjadi ni?...", soal siew lin kawan sepejabat dania. "Entah...agaknya perang dunia ketiga sudah meletus kat dalam tu...", jawap dania sambil tersenyum sinis.

"kesian irfan kan... baru start kerja dah kena marah...", kata siew lin lagi. "kau kesiankan dia buat apa? memang patut pun dia kena marah...", balas dania dengan wajah yang selamba. "eh... kenapa pula kau cakap macam tu? kau macam bencikan dia aje...", komen siew lin. "memang pun aku bencikan dia...", balas dania. belum pun sempat siew lin bertanya, tiba tiba pintu pejabat irfan di buka orang dari dalam. "mummy nak awak buat kerja awak tu sekarang juga. kalau belum siap, habis awak mummy kerjakan...", kata datin hajah maznah sambil melangkah keluar dari dalam pejabat anak lelakinya itu. "baru padan muka kau irfan... kau kena bom meriam mummy kesayangan kau tu... kehkehkeh...", tawa hati kecil dania. dia kembali tersenyum sinis...

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now