DENDAM DANIA 11

3.7K 83 0
                                    

irfan membuka matanya. kelihatan iqbal, aaron, muthu, rafiq & jeremy sedang berdiri memerhatikannya. "hai fan... good morning...", sapa iqbal sambil tersenyum. "hai... guys... aku kat mana ni?", soal irfan separuh blur. "eh... kau tak sedar ke yang kau sekarang terlantar kat hospital?", soal iqbal kehairanan. "ya... aku tak tahu apa apalah... aku baru aje tersedar pagi ni...", balas irfan. "oh ye ke?... for your information, kau terlantar kat hospital gara gara kau keracunan makanan pagi kelmarin. kami dapat info ni dari si sufri office boy yang bekerja di syarikat orang tua kau tu... kami terus datang ke sini untuk menjenguk kau... kau tak sedar ke masa kau di hantar ke hospital pagi kelmarin?", soal iqbal ingin tahu.

"aku tak sedarlah masa tu... aku jatuh pengsan lorh...", balas irfan tersengih macam kerang busuk. "weh... teruk juga tu... apa benda yang kau makan sehinggakan kau terlantar kat hospital ni?", soal rafiq ingin tahu. "Entahlah...aku sendiri pun tidak tahu. tiba tiba aje aku sakit perut dan cirit birit. lepas tu aku jatuh pengsan...", balas irfan dengan dahi yang berkerut. "mungkin kau termakan benda beracun eh? kalau tidak masakan kau terlantar kat hospital ni...", kata aaron. "mungkin juga. eh... korang datang ni ada bawa buah tangan untuk aku ke?", soal irfan sambil tersenyum nakal. "ada... kami bawa barang makanan dan buah buahan untuk kau... ini buah tangan untuk kau...", iqbal bersuara sambil menyerahkan beg plastik di tangan pada rakannya itu. irfan segera menyambutnya dengan senang hati.

"Eh...fan, dah lama kau tak lepak dengan kami... kami rindukan kau lorh...", kata muthu pula. "sorrylah guys... sekarang aku tengah sibuk bekerja di syarikat orang tua aku tu jadi aku tidak ada masa lagi untuk lepak dengan korang... lagipun pergerakan aku di kawal rapi oleh mummy aku jadi susah untuk aku keluar lepak dengan korang semua...", kata irfan. "alolorh...anak manja mummylah katakan... hehe...", usik jeremy sambil ketawa mengekek. "yelah tu...", balas irfan sambil tersenyum. "eh... fan, bos kirim salam pada kau tadi. dia harap semoga kau cepat sembuh... kalau kau dah sembuh kau boleh join dengan kitorang semula...", kata iqbal perlahan lahan. "aku fikir aku tak boleh join dengan korang lagilah...", balas irfan. "kenapa pula?", soal iqbal ingin tahu. "sorrylah guys... sekarang aku dah ada syarikat sendiri untuk di uruskan jadi susah untuk aku join dengan korang semua. Harap korang semua paham ye...", kata irfan perlahan lahan.

"kami paham fan... cuma bos tu susah sikit... kau pun tahu dia sangat mengharapkan kehadiran kau dalam kumpulan kita tu...", kata iqbal perlahan lahan. "kau cakap aje pada bos yang aku hendak mengundurkan diri dari kumpulan kita tu... buat masa ni aku nak tumpukan perhatian aku pada syarikat orang tua aku tu...", kata irfan perlahan lahan. "hm... baiklah... kami akan bagitahu bos nanti. Harap harap dia dapat menerima kenyataan ini dengan baik...", kata iqbal pula. tiba tiba, "ehemm...", kedengaran seseorang sedang berdehem di belakang mereka semua. mereka segera menoleh ke belakang. kelihatan seorang gadis sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ.

"weh... itu awek kau ke, fan?... cantiklah gadis tu. Awak perkenalkanlah pada kami siapa dia tu...", kata iqbal separuh berbisik. irfan hanya tersenyum saja pada rakannya itu. "dia bukan awek aku lah... dia cuma secretary aku aje...", bisik irfan. "oh patutlah kau tak nak join dengan kitorang lagi rupa rupanya kau ada secretary cantik di syarikat orang tua kau...", usik iqbal sambil berbisik. "yelah tu...", bisik irfan sambil ketawa kecil. "er... dania, kenapa kau tercegat kat situ pula? mari sini aku perkenalkan kau pada kawan kawan aku...", kata irfan sambil memanggil gadis itu. perlahan lahan dania datang menghampiri pemuda itu.
"dania... pemuda berambut panjang ni namanya iqbal mursyid. yang berambut pendek macam amoi tu namanya aaron wong. yang berambut tajam macam durian tu namanya muthu aramugam. yang berambut trendy macam anime jepun tu namanya jeremy chong dan yang berambut ikal tu pula namanya rafiq. diorang ni semua kawan kawan saya... guys, perkenalkan ini dania binti haji dasuki secretary baru aku...", kata irfan sambil memperkenalkan mereka semua. dania terpaksa bermanis muka di hadapan rakan rakan irfan. mereka semua memandang ke arahnya. "hai semua...", sapa dania sambil cuba tersenyum. "hai...", balas mereka semua hampir serentak. "er... fan, kami ciao dulu... kami ada urusan mendadak ni...", kata iqbal secara tiba tiba pula.

dia bersalaman dengan irfan. begitu juga dengan rakan rakannya yang lain. "weh... kenapa cepat sangat korang nak ciao ni?... kitorang belum habis berbual lagi ni...", soal irfan kehairanan. "sebenarnya kitorang tak nak ganggu korang berdating lorh... hehe... ok, bye irfan... kami ciao dulu...", iqbal bersuara sambil beredar dari situ. Yang lain terus berjalan mengekorinya dari belakang.

"woi... kitorang bukannya brdatinglah... apalah korang ni... cakap yang bukan bukan pula...", sampuk irfan. "yelah tu...", balas iqbal dari sebalik pintu wad pesakit itu. rakan rakannya yang lain hanya ketawa memanjang, "hahaha..." irfan hanya menggeleng gelengkan kepalanya. dania diam membisu di sebelahnya. "kenapa kau datang ke sini? kau tak pergi kerja ke hari ni?", soal irfan ingin tahu. "mummy kau suruh aku datang menjenguk kau kat sini. dia menyuruh aku menghantarkan makanan ini untuk kau... dia tak dapat datang jenguk kau pagi ni sebab dia sibuk bermeeting...", jawap dania dengan pantas. mereka terdiam selepas itu. "dania, boleh aku tanya kau satu soalan tak?", soal irfan setelah lama dia berdiam diri. "apa dia?", soal dania ingin tahu. "kau fikir siapakah orang yang buat air nescafe tu untuk aku pagi kelmarin?...", soal irfan sambil merenung wajah gadis itu. dania tunduk memandang lantai. "Entah...", kata dania pura pura tidak tahu apa apa. "bukan kau ke yang buat air nescafe tu untuk aku?", soal irfan dengan dahi yang berkerut. "eh... kau jangan tuduh aku sembarangan, ok? bukan aku yang buat air nescafe tu lah tapi orang lain yang buat air nescafe tu untuk kau...", bohong dania pula. "hm... aku harap apa yang kau cakapkan tu betul... jangan saja kau berbohong padaku...", kata irfan dengan wajah yang serius. "buat apa aku berbohong pada kau pula? aku cakap betul lah ni...", kata dania cuba untuk bersikap tenang walaupun pada ketika itu jantungnya berdebar sakan. "kalau kau bercakap betul dengan aku, kenapa kau tidak pandang wajah aku bila kau bercakap dengan aku? kau tunduk memandang lantai pula. itu tandanya kau tidak jujur padaku. kau cuma berbohong padaku, kan?...", soal irfan.

"eh... tidaklah... aku tidak berbohong. aku cakap betul ni...", balas dania cepat cepat. kali ini dia memandang wajah irfan. "boleh percaya ke cakap kau tu?", soal irfan sambil merenung ke dalam anak mata bundar gadis itu.dania tidak tahan dengan renungan tajam irfan. dia segera mengalihkan perhatiannya ke tempat yang lain. "kau percaya cakap aku atau pun tidak, itu terpulang pada diri kau sndiri. By the way i need to go now. Bye...", dania bangun lalu beredar dari situ. "nanti dulu dania...", langkah dania terhenti sebaik saja dia terdengar perkataan irfan itu. "sebelum kau pergi dari sini,aku nak bagi peringatan pada kau...", kata irfan perlahan lahan. "apa dia?", soal dania ingin tahu. "jangan bermain dengan api... nanti kau juga yang akan terbakar dengan api itu...", kata irfan dengan penuh makna. dania hanya diam membisu. dia melangkah pergi dari situ.

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now