DENDAM DANIA 18

3.4K 76 3
                                    

"sungguh aku tidak menduga...
korang berdua saling mmendam rasa..
dalam diam menyimpan rahsia...
rahsia hati yang saling jatuh cinta..."

siew lin bersuara sambil berpantun. dia berjalan menghampiri rakannya itu. "wei... apa yang kau merepek tu ar?...", soal dania separuh geram. dia membuka sebelah kasut tumit tingginya yang patah itu. dia membuang kasut tersebut. siew lin segera mengambil kasut itu. Sempat juga dia meneliti kasut tersebut. "aku bukannya merepek pun... aku cakap yang betul... korang saling jatuh cinta, kan?", kata siew lin sambil tersenyum. "bila masa pula kami saling jatuh cinta ni?... kau ni mengarut betullah...", kata dania sedikit bengang pada rakannya itu. perlahan lahan dia membuka kasut tumit tinggi sebelah kaki kanannya lalu membuangnya di atas tanah. siew lin terus mengambil kasut itu. "hehe...tak nak mengakulah tu... by the way, kenapa kau buang kasut kau macam ni?", soal siew lin kehairanan. "kasut tu tak berguna lagilah...", balas dania dengan wajah selamba. "kalau tak berguna pun janganlah buangkannya di merata tempat. tong sampah kan ada. buang saja dalam tong sampah...", kata siew lin. "whatever!...", dania menjawap sepatah. siew lin membuang kasut tersebut ke dalam tong sampah yang terletak tidak jauh dari situ. selepas itu dia melangkah menghampiri dania. "dania, kau nak balik ke? kalau kau nak balik aku boleh hantarkan kau balik ke rumah kau... kereta aku ada kat sana tu...", kata siew lin sambil menunjukkan ke arah kereta myvi nya itu. "oklah, aku ikut kau balik...", balas dania. perlahan lahan mereka melangkah pergi dari situ.

*** *** ***

Irfan memandu keretanya dengan hati yang bercelaru. dia teringatkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. renungan mata dania tidak dapat di lupakannya. memang dia terpikat pada gadis itu tapi dia tidak berani menyuarakan isi hatinya pada gadis tersebut sebab dia takut cintanya di tolak. dia dapat rasakan dania bukan seorang gadis yang mudah perasan atau pun mudah jatuh cinta pada seorang lelaki. dia seorang gadis yang sukar sikit untuk di goda. buktinya dania tidak menunjukkan sebarang minat pada lelaki walaupun begitu banyak lelaki di syarikatnya cuba menggodanya. pernah 1 kali dia nampak azlan salah seorang pekerja di syarikatnya itu mengajak dania keluar untuk pergi tengok wayang dengannya tapi dania menolak dengan alasan dia tidak suka tengok wayang. Hari berikutnya pula azlan mengajaknya keluar makan malam dengannya tapi dania tetap juga menolak.

Akhirnya azlan tidak mahu lagi menggoda gadis itu. dia mula menggoda fatimah receptionist yang baru bekerja di syarikat tersebut. irfan tahu azlan sudah berputus asa dalam misinya hendak menggoda dania yang 'dingin' itu. dalam diam irfan bertekad hendak mencuri hati dania. kalau boleh dia ingin memiliki dania sepenuhnya. tiba tiba dia teringat akan sesuatu. "kasut tumit tinggi dania kan patah... lebih baik aku belikan kasut tumit tinggi yang baru untuknya tapi berapakah saiz kasutnya tu ar?... lebih baik aku call siew lin. mungkin dia tahu berapa saiz kasut dania...", bisik hati kecil irfan. dia pun terus menelefon gadis berbangsa cina itu.panggilannya di jawap oleh siew lin. dia bertanya siew lin kat mana. gadis itu cakap dia baru saja sampai di rumahnya. irfan pun terus bertanya pada siew lin apakah dia tahu saiz kasut dania ataupun tidak. siew lin pun segera memberitahu irfan saiz kasut tumit tinggi dania yang patah itu. Kemudian irfan cakap good bye dan terus hung up.

*** *** ***

Keesokan harinya dania pergi kerja seperti biasa. sampai di ruang kerjanya dia merasa terkejut apabila melihat sejambak bunga rose merah beserta kotak hadiah tergeletak di atas meja kerjanya itu. perlahan lahan dia mengambil bunga dan kotak hadiah itu. "siapa pula yang bagi aku bunga dan hadiah ni?", soal hati kecil dania kehairanan. dia segera membuka kotak hadiah yang ada di tangannya itu. kelihatan sepasang kasut tumit tinggi berwarna hitam berjenama gucci di dalam kotak tersebut. "eh... kasut berjenama gucci lah... kasut bagus ni...", bisik hati dania. dia segera memakainya. kasut tersebut memang 'fit' dengan kakinya. dia merasa gembira juga melihat kasut itu tapi yang buat dia rasa hairan tu siapakah orang yang memberikannya bunga dan hadiah kasut tu???....

dania cuba mencari nota kecil di sebalik jambangan bunga dan kotak kasut tersebut tapi tak ada juga nota yang terselit kat situ. "pelik betul... siapa yang bagi bunga dan hadiah kasut ni ar? jangan jangan aku ada secret admirer ke? hm... pakai ajelah...", bisik hati kecil dania. dengan riang dia meletakkan jambangan bunga itu di dalam pasu bunga di atas mejanya itu. Kemudian dia mula melakukan pekerjaannya. tanpa di sedarinya irfan sedang memerhatikannya dari jauh. nampak gayanya dania suka betul dengan bunga dan hadiah pemberiannya itu. gadis tersebut kelihatan cantik bila memakai kasut gucci hadiahnya itu. irfan tersenyum gembira.

*** *** ***

Selepas waktu pejabat, Dania terus melangkah keluar dari dalam pejabat itu. tanpa di sedarinya irfan mengekorinya dari belakang. "dania...", namanya di panggil orang. dania segera menoleh ke belakang. kelihatan irfan sedang melangkah menuju ke arahnya. "hish!... mamat ni lagi... apa yang dia nak lagi ar?", bisik hati kecilnya, marah. "kau nak apa lagi, hah?", marah dania. "hey... jangan marahlah dania, aku cuma nak hantar kau balik ke rumah kau, itu aje... kau ikut aku balik, ok?", pelawa irfan dengan lembut. "aku tak nak ikut kau balik... aku nak ikut siew lin balik...", kata dania dengan muka masam mencukanya.

kebetulan pada waktu yang sama siew lin terdengar perbualan mereka itu. dia segera menghampiri dania. "dania, kau ikut irfan baliklah... dia ikhlas nak tolong kau tu...", kata siew lin sambil tersenyum. "eh... aku tak nak ikut dia baliklah... aku nak ikut kau balik...", kata dania separuh geram. "jangan macam itulah dania... orang pelawa kau dengan baik... so, kau pun harus terima pelawaannya itu dengan baik juga...", kata siew lin. "betul cakap siew lin tu... marilah naik kereta aku... marilah...", kata irfan separuh memujuk. "pergilah dania...", kata siew lin. dia mendorong belakang dania dengan kuat sehinggakan dania hampir terjatuh ke arah majikannya itu. irfan segera menyambutnya. "opppsss... sorry dania... aku tak sengaja... hehe... oklah, aku pergi dulu... bye!...", kata siew lin sambil ketawa panjang. dia terus beredar dari situ. dania menggetapkan bibirnya. "tak guna punya kawan...", gerutu dania dengan hati marah. dia cepat cepat melepaskan dirinya dari pelukan irfan. "sudahlah tu... jangan pedulikan dia lagi... jom kita balik...", ajak irfan. tanpa segan silu dia menarik tangan dania supaya beredar dari situ. mahu tidak mahu dania pun terpaksa mengekori langkah kaki irfan dari belakang.

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now