DENDAM DANIA 4

6.1K 138 3
                                    

pagi itu dania bangun lebih awal dari yang biasa. selepas mandi, dia pun mula bersiap hendak pergi ke pejabat. kali ini dia tidak memakai baju kurung & tudung di kepala. dia hanya memakai blaus putih dan kot di padankan dengan skirt pendek paras paha berwarna hitam. rambutnya yang pendek dan berwarna purple itu di sikat dengan kemas. selepas bermake up secara ala kadar, dia pun terus melangkah ke tingkat bawah rumah teres tersebut. dia lihat nadirah sedang menyiapkan sarapan pagi di dapur. "good morning...", sapa dania dengan lembut."good morning... duduklah kita bersarapan sama sama...", kata nadirah sambil tersenyum. mereka pun duduk sambil bersarapan pagi bersama sama.

*** *** ***

Irfan sedang tidur lena di atas katilnya bila handphonenya berbunyi nyaring. dengan mata yang masih tertutup rapat dia menjawap panggilan di handphonenya itu. "hello...", balasnya dengan malas. "hello... irfan, aku ni iqbal... bos suruh kau datang ke rumahnya pagi ni sekarang juga...", kata iqbal dalam handphonenya itu. "sorrylah iqbal, aku tak dapat pergi ke sanalah... mummy aku suruh aku pergi ke pejabat dengannya pagi ni... kau cakaplah pada bos yang aku tak dapat datang. suruh dia cari orang lain untuk menggantikan aku, ok?...", kata irfan dengan malas. "oklah... nanti aku bagitahu dia... bye...", balas iqbal. serentak dengan itu talian handphone di matikan. dia kembali menyambung tidurnya yang tergendala sebentar tadi.

belum pun sampai 2 minit dia menyambung tidurnya itu tiba tiba, "ya Allah!... kenapa awak belum bangun lagi irfan?!!!.... hari dah pagi pun awak belum bangun lagi!....", bentak 1 suara. terkejut beruk irfan saat itu. dia tahu itu suara mummynya. cepat cepat dia bangun dari atas katilnya. "eh...mummy!... sekarang pukul berapa mummy?", soal irfan menggelabah. "sekarang dah pukul tujuhlah,irfan... bukankah mummy sudah cakap pada awak semalam awak harus bangun awal pagi ni... kenapa awak masih belum bangun lagi, hah?!...", bentak datin hajah maznah dengan marah sekali. "ok... sekarang saya bersiap, mummy... mummy tunggu saya di bawah, ok?", kata irfan sambil bangun dari atas katilnya itu. dalam keadaan separuh mamai, dia mengambil tuala mandi dan terus masuk ke dalam bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ. datin hajah maznah hanya berdiri sambil menggeleng gelengkan kepalanya...

*** *** ***

"fewiiitt....", bunyi siulan nakal kedengaran di sana sini sebaik saja dania melangkah masuk ke dalam pejabat pagi itu.
"hai...dania, good morning... cantiknya kau pagi ni..."
"hai... dania... nice hair style... cool hair colour... you look so beautiful..."
"wah... kau sudah berubahlah... kau bertambah mengancam sekarang..."
Pujian demi pujian di lemparkan oleh rakan sepejabatnya yang len. dania hanya tersenyum saja pada mereka. ada juga rakan sepejabatnya yang bertanya kenapa dia tiba tiba saja mengubah penampilannya itu. dia menjawap yang dia hanya mengikut trend semasa. jadi mereka pun diam selepas itu. ketika dia sedang melangkah masuk ke dalam ruang kerjanya itu tiba tiba interkom di atas mejanya berbunyi. dia pun terus menjawapnya.

"selamat pagi, datin... ada apa yang boleh saya bantu?", soal dania dengan lemah lembut. "dania... awak masuk ke bilik pejabat saya sekarang juga... saya ada hal nak cakap dengan awak...", kata suatu suara dari dalam interkom tersebut. "baiklah datin... sekejap lagi saya akan datang...", balas dania. cepat cepat dia bangun lalu beredar dari situ. dia berjalan menuju ke bilik pejabat majikannya itu. perlahan lahan dia mengetuk daun pintu yang ada di depan matanya. "masuklah!... pintu tak berkunci...", perintah majikannya. pintu pun di bukanya. Dengan perlahan dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat yang berhawa dingin itu.

Langkahnya terhenti sebaik saja dia melihat majikannya itu sedang duduk dengan seorang pemuda yang berambut punk berwarna purple. kalau tidak salah itulah pemuda yang telah merogolnya sebulan yang lalu. "OMG!... kenapa pula dia ada di sini?...", terkejut betul dania saat itu. Tiba tiba saja dia merasa marah. Kalau ikutkan hati yang marah sudah pasti dia akan membunuh pemuda tersebut saat itu juga. Namun dia cuba untuk bertenang. "dania?... awak ke tu?... awak dah ubah penampilan awak?... hm... awak nampak sungguh berbeza sekarang...", kata datin hajah maznah dengan trkejut. Maklumlah dia merasa terkejut apabila melihat penampilan baru gadis tersebut. Tak sangka pula dania secretarynya itu berubah menjadi seorang gadis yang berpenampilan ranggi seperti itu. pandangannya kini tertumpu ke arah gadis tersebut. irfan yang duduk di sebelahnya pun turut memandang ke arah gadis itu. dahi irfan berkerut sebaik saja dia terpandang akan wajah gadis tersebut. gadis itu nampak cantik dan seksi sekali. rambut pendeknya yang berwarna purple itu membuatkan irfan teringatkan warna rambutnya sendiri. dia sungguh tidak menyangka ada juga gadis yang suka mewarnakan rambutnya dengan warna purple.

"er... ya... datin... er... ada apa hal datin panggil saya datang ke sini?", soal dania cuba untuk bersikap selamba. Padahal dalam hatinya sudah menyala api dendam yang membara. "mari sini dania... ada sesuatu perkara yang ingin saya bincangkan dengan awak...", panggil datin hajah maznah.perlahan lahan dania melangkah menghampiri majikannya itu. "duduklah...", perintah datin hajah maznah. dania pun duduk di kerusi sofa yang terletak bertentangan dengan tempat duduk pemuda yang telah merogolnya itu. mereka saling berbalas renungan. Hati dania begitu sakit sekali apabila dia merenung wajah pemuda yang telah meragut kesuciannya itu. kalau di ikutkan hati yang marah mahu saja di cekik cekiknya leher pemuda tersebut sampai mati namun dia tidak berani berbuat demikian sebab majikannya ada di situ. jadi dia hanya duduk diam di atas kerusinya.

Irfan merenung wajah gadis itu dengan hati yang bercelaru. rasa rasanya dia pernah bertemu dengan gadis tersebut sebelum ini tapi dia tidak ingat di mana mereka bertemu. "ehemmm!.... kenapa korang berdua dari tadi asyik berbalas renungan ni?... korang pernah bertemu ke sebelum ini?.....", tegur datin hajah maznah memecahkan kesunyian di ruang pejabat yang berhawa dingin itu. "Rasa rasanya saya pernah bertemu dengan dia sebelum ini tapi saya terlupa pula di mana saya bertemu dengannya....", kata irfan pada datin hajah maznah. "Eleh... pura pura pula kau lupa pada aku, eh?... akulah perempuan yang kau rogol hari itu!!!...", jerit hati kecil dania dengan marah namun itu hanyalah jeritan batinnya. Dania tidak berani meluahkannya secara terang terangan kerana majikannya ada di situ. "Dania... kenapa awak diam?... apa yang awak fikirkan?", soal datin hajah maznah.

Dania terkejut dari lamunannya. "oh!.... er... tak ada apa apa datin. apa yang datin ingin bincangkan dengan saya tadi?", soal dania setelah tersedar dari lamunannya. dia mengalihkan perhatiannya ke arah wanita tersebut. "perkenalkan... ini irfan bin haji kamarul, anak tunggal saya... dia akan menggantikan tempat saya sebagai pengurus besar di syarikat ini bila saya bersara kelak... saya minta kerjasama dari awak untuk membimbing dia dalam menguruskan hal ehwal syarikat ini... irfan, ini dania binti haji dasuki. dia ialah secretary peribadi mummy. dia akan membantu awak dalam menguruskan syarikat ini bila mummy bersara kelak...", terang datin hajah maznah panjang lebar. "hai!... nice to meet u...", sapa irfan sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan gadis itu tapi dania langsung tidak menyambut huluran tangannya itu. dia cuma cakap 'hai...' saja, selepas itu dia buat muka selamba. "uiii... sombongnya gadis ini....", bisik hati kecil irfan. dia kembali duduk diam di kerusinya.

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now