DENDAM DANIA 12

3.6K 85 0
                                    

Dania melangkah meninggalkan kawasan hospital itu dengan hati yang bercelaru. kata kata irfan tadi masih terngiang ngiang di cuping telinganya. "jangan bermain dengan api... nanti kau juga yang akan terbakar dengan api tu...", dania berfikir panjang. "apa maksud di sebalik perkataannya itu ar?...", persoalan itu terus bermain di lubuk hatinya. tiba tiba handphone di tangannya berbunyi nyaring. dia segera menjawap panggilan di handphonenya itu.

"hello..."
"hello... dania, ini datin bercakap..."
"ada apa datin?"
"awak dah pergi jenguk si irfan kat hospital tu ke?"
"dah datin..."
"macamana keadaannya?..."
"dia baik baik saja datin..."
"oooh... awak ada bawakan makanan untuk dia tak?"
"ada..."
"kalau macam tu baguslah... petang nanti saya akan datang menjenguknya. awak tolong datang ke pejabat sekarang..."
"baiklah datin saya akan pergi ke sana sekarang juga..."
cepat cepat dania mematikan talian handphonenya itu. dia segera beredar dari situ.

*** *** ***

Petang itu juga irfan di benarkan pulang ke rumahnya. datin hajah maznah segera datang menjemputnya. di dalam perjalanan pulang ke rumah mereka singgah sebentar di bandar bauh. "irfan... mari ikut mummy...", kata datin hajah maznah. "kita nak pergi ke mana ni mummy?", soal irfan ingin tahu. "adalah...", balas datin hajah maznah sepatah. irfan pun terpaksa mengekori langkah kaki mummynya itu dari belakang. Langkah kaki irfan terhenti sebaik saja dia melihat mummynya itu melangkah masuk ke dalam saloon rambut yang terletak tidak jauh dari situ.

"irfan... marilah masuk...", pelawa datin hajah maznah. mahu tidak mahu irfan terpaksa melangkah masuk ke dalam saloon tersebut. "mummy nak potong rambut mummy ke?", soal irfan sebaik saja dia berdiri di sebelah mummynya itu. "bukan rambut mummy yang perlu di potong... rambut awak tu yang perlu di potong....", kata datin hajah maznah dengan wajah yang serius. "hah?!... rambut saya?", soal irfan dengan nada suara yang terkejut. "yalah... rambut siapa lagi?", datin hajah maznah bersuara sambil memandang wajah anak lelakinya itu. "tapi mummy rambut saya dah kira ok dah ni.... saya...", kata kata irfan di potong pantas oleh datin hajah maznah.

"rambut punk berwarna purple tu awak cakap ok?... ok apanyer? macam rambut orang gila saja... eh!... irfan, status awak sekarang ialah pengurus di syarikat seribu daya... awak bukan lagi seorang samseng di tepi jalan... untuk menjadi seorang pengurus yang di hormati dan di segani ramai, awak harus ada penampilan yang baik sebab itulah mummy bawa awak ke sini... mummy nak ubah penampilan awak yang teruk ini...", kata datin hajah maznah dengan tegas. "tapi mummy...", sekali lagi kata kata irfan di potong pantas oleh mummynya itu. "tak ada tapi tapi lagi, irfan... awak harus ikut apa yang mummy cakapkan ni... ini untuk kebaikan awak juga...", kata datin hajah maznah dengan wajah yang serius. "hm... ikut suka hati mummylah...", kata irfan dengan berat hati.

datin hajah maznah tersenyum senang. dia menyuruh pekerja di saloon itu menggunting rambut irfan pendek pendek ala tentera. selepas itu dia menyuruh mereka mewarnakan rambut irfan dengan warna hitam. setelah selesai semuanya mereka melangkah keluar dari situ. "mulai hari esok awak mesti pakai baju kemeja putih berlengan panjang, berkot hitam,bernecktie dan berseluar slack hitam. awak tidak boleh lagi memakai t'shirt panjang lengan dan seluar jeans hitam ke pejabat sebab pakaian seperti itu tidak sesuai di pakai ke pejabat...", kata datin hajah maznah sambil melangkah menuju ke tempat letak kereta yang terletak tidak jauh dari situ.

"tapi kenapa baru sekarang mummy suruh saya tukar penampilan saya ni? kenapa tidak dari mula mula saya masuk bekerja di syarikat tu dulu?", soal irfan seperti memprotes tindakan mummynya itu. "sebab masa tu awak belum lagi bergelar pengurus di syarikat tu tapi sekarang awak dah rasmi menjadi pengurus di syarikat tu, so awak harus belajar bagaimana untuk menjadi seorang pengurus yang beretika....", kata datin hajah maznah dengan tegas. irfan mendengar celoteh mummynya itu dengan wajah yang masam mencuka. langkah datin hajah maznah terhenti secara tiba tiba. "oh... bila bercakap tentang penampilan awak, mummy terlupa pula nak belikan pakaian untuk awak ke pejabat tu... mari ikut mummy pergi shopping sekejap...", kata datin hajah maznah dengan pantas.

mahu tidak mahu irfan terpaksa menuruti kehendak mummynya itu. mereka pun pergi membeli belah di shopping mall yang ada di situ. setelah puas membeli belah mereka pun melangkah keluar dari dalam shopping mall tersebut. datin hajah maznah segera masuk ke dalam kereta. begitu juga dengan irfan. "irfan... pagi esok mummy mahu awak cukur kumis awak tu dan buang anting anting di telinga kiri awak tu... mummy nak awak nampak kemas dan segak bila awak pergi ke pejabat pagi esok...", kata datin hajah maznah pada anaknya itu. "ala... takkanlah saya arus korbankan kumis saya ni pula...", rungut irfan seperti tidak senang hati dengan kata kata mummynya itu. "hey... itu hanya satu pengorbanan kecil aje... takkanlah awak tak sanggup buat perkara sekecik itu untuk mummy pula...", kata datin hajah maznah sambil memandang wajah anak lelakinya itu. irfan hanya duduk diam di kerusinya...

*** *** ***

Keesokan harinya dania pergi ke pejabatnya seperti biasa. ketika dia sedang melangkah menuju ke arah bangunan syarikat seribu daya itu,kelihatan sebuah kereta porche berwarna hitam metalik meluncur laju lalu berhenti di hadapan bangunan itu. kalau tidak salah itulah kereta porche yang di tumpanginya sebulan yang lalu. di dalam kereta itulah dia di rogol oleh seorang pemuda yang tidak brhati perut. bila dia teringatkan peristiwa hitam itu hatinya terasa sakit pula. dia lihat pintu kereta itu di buka orang. kelihatan seorang pemuda memakai rayban hitam, berambut hitam pendek ala ala tentera, berkot hitam, berkemeja putih di dalam, bernecktie hitam, bersluar hitam dan berkasut kulit hitam. semuanya serba hitam macam pelakon will smith dalam 'man in black' pula gayanya saat itu. dania terkejut sebaik saja dia melihat pemuda itu membuka rayban hitam di matanya.

"irfan?!.... OMG!.... dia dah tukar penampilannya lah?!...", bisik dania terkejut. dia terkejut sebab dia selalu tengok irfan berambut punk berwarna purple, berpakaian t'shirt lengan panjang dan berseluar jeans ke pejabat tapi pagi ini pemuda itu tidak seperti biasanya. kumisnya dan anting anting di telinga kirinya pun sudah tidak ada.
"kenapa pula dia tukar penampilannya tu?... mana irfan yang teruk dan selekeh tu ar? dia dah buang tabiat ke apa?... tapi dia nampak handsomelah..."
"handsome?!.... helloooo!.... wake up dania!... he's ur enemy, ok!!!..."
Dania berperang dengan bisikan dalam hatinya sendiri. tiba tiba, "dania!...", namanya di panggil orang. dania terkejut dari lamunannya. kelihatan irfan sedang melangkah menuju ke arahnya. dania terpaksa buat muka selamba walaupun ketika itu dia merasa serba tak kena...

DENDAM DANIA (PG13)Where stories live. Discover now