Bab 2 : Misi Mustahil

463 42 0
                                    

Semua terkejut besar. Terbeliak mata mendengarnya. Tiada kata dapat diungkap apabila lidah terlalu kelu dek kerana kejutan besar itu. Semuanya gara-gara setiap patah kata Dr. Fakhrul.

"Ada satu agensi aeroangkasa, meminta kamu menjadi angkasawan mereka."

Gembira. Itu yang mula berbunga di hati setiap daripada mereka. Angkasawan? Kebanyakan manusia perlu meminta, merayu-rayu untuk menjadi seorang angkasawan, tambahan lagi mereka perlu menjalani latihan lasak fizikal dan mental untuk beberapa tahun di luar negara.

Namun kali ini, mereka DITAWARKAN untuk pergi!

"Tipu. Doktor bergurau... bukan?"

"Izzah, Doktor tak tipu."

Makin gembiralah budak-budak lepasan SPM itu.

"Angkasawan... Kami akan ke ISS? Atau bulan? Atau sekadar mengorbit Bumi?" tanya Fithri teruja.

"Pluto."

"Waaahhhhhhh!!!"

Semua menjerit nyaring. Gembira sangat agaknya. Namun Fithri tiba-tiba berubah raut, tidak seteruja tadi.

"Tapi bukan semua dapat pergi. Doktor izinkan beberapa sahaja daripada kamu semua."

"Siapa?"

"Raja, Fithri, Hani, Azim, Aqilah, Ansar, Izzah dan Hafiz."

Syahindah, Irdina dan Diyana terkejut dalam kesedihan.

"Kenapa pula? Kenapa kami tak dapat pergi??" teriak Irdina, separa marah. Syahindah dan Diyana memandang Dr. Fakhrul, turut menanti jawapan.

"Dengar. Doktor faham kalian semua suka betul dengan berita ni. Tapi Doktor tak suka. Kalian masih muda, tambahan pula kalian semua klon-klon yang berada dalam pemerhatian hospital. Angkasa itu banyak cabarannya. Bagaimana kalau kamu tak dapat bernafas apabila roket sedang berlepas, akibat ditekan 10 kali berat badan kamu pada dada kamu? Bagaimana jika ada mikroasteroid menghentam kamu? Banyak risiko di luar sana...

Tapi, terpaksa juga Doktor bersetuju, atas arahan pihak atasan hospital ni. Atas sebab keselamatan, Doktor minta klon-klon terbaik sahaja yang boleh ke Pluto. Kerana klon terbaik mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.

Doktor bimbang Doktor akan kehilangan kamu semua. Kamu semua dah macam adik Doktor sendiri dah..."

Amarah yang dari tadi semakin membara, terpadam terus. Terus Syahindah, Irdina dan Diyana berasa kasihan dan kesal terhadap Dr. Fakhrul.

"Jadi, Doktor minta kamu bertiga supaya merahsiakan perkara ini daripada kawan-kawan kamu yang lain. Boleh?"

Syahindah, Irdina dan Diyana mengangguk perlahan.

"Kenapa kami perlu ke Pluto, sebenarnya?"

Pertanyaan Hafiz mengejutkan rakan-rakannya yang lain. Dr. Fakhrul mengeluh lagi.

"Itu yang menjadi tanda tanya sekarang ni. Doktor sendiri tak tahu apa agenda mereka sebenarnya..." jawabnya sambil menggilap kaca matanya pada kot doktornya. Dia masih kelihatan serius.

"Jangan risaulah, Doktor! Kami bukan budak kecil lagi! Kami tahu apa nak dibuat!" Raja memberi kata-kata semangat. Teruja benar dia.

"Betul! Kami akan baik-baik saja nanti!~" ucap Aqilah pula, menerima anggukan gembira daripada Izzah dan Hani.

Dr. Fakhrul masih berwajah risau, namun dipaksanya membuat senyuman.

"Doktor percaya akan kamu.

PlutoWhere stories live. Discover now