Bab 13 : Pertemuan

346 33 4
                                    

  Nafas aku deras. Aku berpeluh-peluh. Aku tak dapat kawal rasa gelisah aku.

  Mata aku meliar ke semua tempat tanpa sebab. Aku rasa sesak dada, mungkin kerana kadar nafas aku terlalu pantas.

  Peristiwa tu... terbayang-bayang  dalam minda aku. Aku tak boleh hentikannya. Bagai wayang gambar rosak, peristiwa pendek itu diulang-ulang dalam kepala aku. Aku panik, resah, ketakutan. Semua berbaur dalam lubuk jiwa.

  Aku nampak UFO. Ketika menyelamatkan diri daripada amukan Io.

  "Tak guna..."

  Aku membuka zip beg tidur dengan kasar lalu keluar dari dorm. Kalau dibiar pemikiran aku meneruskan wayang gambar itu, berseorangan di dalam dorm yang sunyi, memang boleh jadi sewel aku ni. Memang betul pun, kepala aku dah mula rasa pening...

  "Eh, Ansar!"

  "Hei~"

  Aku terus saja dibanjiri soalan-soalan daripada mereka-mereka yang kerisauan di kokpit utama. Sedaya upaya aku cuba sorokkan kegelisahan aku tadi.

  "Ansar, kau okeykah tak ni?? Kau pergilah berehat-"

  "Aku okey saja ni." jawabku, tanpa menyedari bahasa aku agak kasar kepada Aqilah.

  "Kenapa muka risau semacam?" tanyaku, mendekati bahagian panel kawalan. Raja nampaknya tengah agak marah. Tengoklah muka dia. Ia menjelaskan segalanya.

  "Kapal ni ada masalah lagi... Haish, menyampah pula aku dengan benda ni!"

  "Rosak di bahagian panel solar, di bahagian bumbung Adventure..." selit Kak Natasha. Matanya nampak letih. Dia menyandar pada kerusi pemandu sambil melepaskan keluhan berat. Tahu-tahu saja dia dah berdengkur lembut.

  "Disebabkan panel solar yang membekalkan tenaga untuk penerbangan Adventure tu rosak... kapal kita kekurangan kuasa. Lalu menyebabkan kita semakin perlahan untuk sampai ke Enceladus...-"

  "Abang Andrew tak beritahu pun kita nak ke Enceladus!!" teriak Aqilah yang boleh pula muncul di sebelah. Sakit telinga aku. Raja pun menerima nasib sama. Abang Andrew hanya gelak geli hati.

  "Enceladus? Apa tu?" Hani bertanya. Izzah jawab 'entah' lalu bertanya soalan yang sama kepada Raja.

  "Haih, tu pun tak tahukah?? Menyedihkan betullah kalian ni!"

  "Hmm, memang tak tahu. Kau berilah tunjuk ajar!" Izzah membalas kasar, seperti biasa. Raja keluh dingin.

  "Enceladus tu, bulan kepada Zuhal."

  "Zuhal yang cantik tukah? Yang ada gelang tu, ya?"

  Raja mengangguk. Azim dan Aqilah jadi teruja. Izzah dan Hani pun sama. Keindahan Zuhal memang aku tak nafikan.

  "Tapi disebabkan panel solar tak guna tu, kita akan lambat sampai ke Enceladus!"

  Tanpa sempat sesiapa untuk bersuara lagi, bunyi bip kedengaran banyak kali dan cahaya merah pula ada merata pada panel kawalan dan skrin. Kak Natasha yang baru menutup mata tadi serta merta bangun memeriksa.

  "Fasal mulut kaulah ni, Raja! Adventure dah kehabisan tenaga untuk bergerak!"

  "Eh, apa hal pula mulut aku yang dipersalahkan??"

  "Kau panggil panel solar tu 'tak guna'!!"

  "Eh, dah dah!! Boleh tak jangan bergaduh??"

  Raja dan Izzah terus senyap mendengarkan teguran aku. Yang aku tak faham ni, Azim dan Aqilah asyik ketawa saja melihat perang Raja-Izzah.

PlutoWhere stories live. Discover now