Bab 19 : Tamat (?)

311 34 1
                                    

  Natasha ditolak ke tepi. Kasar.

  "Kau nak bunuh kami, bukan??"

  "Andrew! Aku tak tahu pun fasal ni!"

  "Kau penipu!"

  "Please, Andrew. Aku tak tahu apa-apa... Aku fikir kita akan balik ke Bumi selepas selesaikan misi..."

  Kedua-dua mereka yang berdiri, perlahan-lahan menerapung. Akhirnya mereka terlepas daripada graviti Pluto. Lagilah Andrew rasa panas hati apabila Adventure mula mengguna kelajuan cahaya untuk ke Awan Oort.

  "Kenapa kau selalu buat arahan dia, hah?"

  "He's our father, Andrew. Kita mestilah perlu ikut arahan dia!"

  "Walaupun dia buat jahat? Kau masih nak dengar arahan dia??"

  Natasha tersentak. Tajam dia dipandang Andrew.

  "Wha... What do you mean?..."

  "Can't you see it?? Dia selalu bercerita dia mementingkan kesempurnaan dan kehebatan kerjaya dia! Pernahkah, buat sekali pun, dia bercerita bagaimana dia boleh berjaya tanpa usaha??"

  "Andrew! Don't jump into conclusion like that!"

  "What, you mad? Sekarang, dengar sini. Aku tahu lebih banyak benda daripada kau, Natasha.
Kau rasa kenapa Ayah selalu memaksa kita menjadi angkasawan? Kenapa apabila aku menolak, dia membenci aku? Tak cukupkah aku jadi seorang ahli biologi terkenal?

  Kau tak tahu. Sebab kau anak kesayangan dia."

  Drama di hadapan mata masih ditonton penuh khusyuk. Kebanyakan dari para remaja itu masih teresak-esak memikirkan mereka akan mati di angkasa, namun mata masih tidak dialih dari sepasang beradik yang sedang bergaduh besar.

  Andrew sudah merah padam mukanya, menahan letusan hatinya. Natasha basah dengan air mata.

  "Kau rasa kenapa aku tiba-tiba menerima paksaan dia untuk menjadi angkasawan untuk misi ke Pluto ni?" Andrew sambung lagi, cuma suaranya direndahkan sedikit. Mungkin sudah agak tenang.

  "For once, I try to fix this bond. Dengan menjadi angkasawan di ISS selama dua bulan, dan menerima misi ke Pluto, aku fikir aku dapat membanggakan Ayah. Supaya Ayah dapat menerima aku lagi. Supaya aku dapat mula mempercayai Ayah.

  Tapi... ini... yang aku dapat?..."

  Suaranya pecah di hujung katanya. Dia tidak dapat menahan sebaknya lagi. Runtun hati Natasha melihat adiknya sebegitu. Dia menarik pantas Andrew ke dalam pelukannya.

  "I'm so sorry, Andrew... I...I never thought it will be like this..."

  "Don't talk to me. I hate you."

  Andrew menolak Natasha, lalu terus sahaja dia beredar ke koridor dan ke bilik graviti, tempat dia mengkaji virus.

  Remaja yang masih terikat dengan tali pinggang keledar terpampan mendengar kata-kata Andrew, terutama ayatnya yang terakhir. Mereka melihat Natasha. Wanita itu masih dalam kejutnya, masih bergenang air mata. Pastinya dia rasa sedih. Bukan salah dia.

  Laju Natasha meninggalkan kokpit itu, sambil mengesat air mata. Ke mana, entah siapa tahu.

  Izzah melihat sayu skrin besar di hadapan. Kiraan sebelum 'self destruct' masih berjalan. Saat demi saat, terasa macam Malaikat Maut semakin mendekati, akan mencabut setiap nyawa di dalam kapal angkasa itu.

  "Awan... Oort tu... apa?..."

  "Petala yang mengelilingi sistem solar. Petala atau 'cangkerang' ini... sebenarnya berjuta-juta komet bergerak dalam orbit, mengelilingi Matahari."

PlutoWhere stories live. Discover now