Bab 8 : Planet Merah

392 33 3
                                    

 "Mana pelapor misi kita lagi seorang?"

  Pertanyaanku memecah kesunyian, kemudian mengejutkan para penghuni kabin utama.

  "Masih tidur lagi... Entah apa dia buat malam tadi, aku pun tak tahu." jawab Aqilah bersahaja. Matanya tak kaku sahaja pada skrin besar itu, dia ada menoleh ke arah aku yang menghampiri.

  "Kau, sebilik dengan dia pun, tak tahu fasal dia! Tahu tidur saja!"

  "Hei, aku letih, okey?? Memang patutlah aku tidur mati!"

  Dah mulalah budak Raja dan Aqilah ni bertekak. Tak bolehkah mereka berdua ni cakap perlahan-lahan? Penuh sopan santun?

  Mujur saja Kak Natasha meredakan pergaduhan.

  "Aduhai, sudah-sudahlah tu... Apa kata salah seorang daripada kamu pergi kejut Fithri?"

  Raja dan Aqilah berpandangan. Belum sempat mereka memutuskan siapa yang mahu mengejut Fithri, Fithri sudah pun berada di belakang kami semua, dari dorm perempuan.

  "Selamat... pagi...~"

  Ada sesuatu yang janggal pada Fithri. Entahlah, aku bukannya rapat sangat pun dengan dia tapi... aku pasti, semua orang di kokpit perasan akannya.

  "Kau tak sihatkah, Fith?" soal Ansar.

  "Ya... kau tak sihatkah? Muka kau pucatlah..." tanya Hani pula sambil menghampiri Fithri. Benar, Fithri nampak lemah dan sedikit pucat...

  "Eh, yakah? Ahahahah... Mungkin sebab aku terlebih tidur agaknya!"

  Jawapan yang diberi membuat tawa dihambur oleh hampir semua yang berada di sini. Malah aku juga tertawa kecil. Yalah kan, terlebih tidur pun boleh membuat orang berasa tidak sedap badan.

  "Jadi.... Kita ke mana ni?"

  "Kau pelapor misi, kau pun tak tahukah??"

  "Aku kan terlebih tidur... Suruhlah Raja pula melapor!"

  "Ha, Raja! Beri laporan misi!"

  "Heh. Destinasi : Ma-- Tunggu. Kalau aku beri laporan, kau perlu taip laporan pula! Laratkah kau ni??"

  "Aku cuma terlebih tidur! Aku boleh taip! Cepat, beri laporan!"

  Aku hanya boleh garu kepala dengan situasi yang sedang berlaku sekarang ini. Tiada komen mampu kuucap.

  "Destinasi : Marikh. Misi ; pasukan misi perlu mengumpul spesimen batuan Marikh dan menyiasat bukti kewujudan sebarang hidupan di Marikh."

  "Yeay, Marikh!!" Oh ya... Planet kesukaan Fithri, tentunya Marikh.

  "Kenapa kita tak pergi Utarid dahulu? Maksud saya, mengapa kita tidak melawat planet-planet mengikut urutan orbitnya dari Matahari?"

  Kak Natasha kelihatan sedikit terperanjat apabila aku bertanya soalan itu. Dah apabila aku bersuara, mulalah yang lain-lain turut tertanya-tanya tentang soalan yang sama.

  Kak Natasha menjelaskan, "suhu di Utarid dan Zuhrah terlalu tinggi untuk kita ke sana. Tekanan di Zuhrah juga terlalu tinggi. Malah, laluan orbit Utarid dan Zuhrah agak jauh jika kita ke sana, kemudian perlu berpatah balik ke Marikh. Ia akan membazirkan minyak kapal kita."

  Kawan-kawan aku mengangguk-angguk. Aku faham tapi... 'Membazir minyak'? Apa maksud Kak Nata-

  "Hafiz! Jarak Adventure dengan Marikh, tolong kira sekarang. Imej Marikh dah nampak di skrin!"

  "Baik!"

  Aku patuh arahan daripada Abang Andrew. Abang Andrew tak banyak cakap dengan kami semua sejak kami berkenalan. Cuma dengan Kak Natasha sahaja, dia berbual-bual; itupun dalam Bahasa Inggeris. Barangkali dia malu dengan pertuturannya dalam Bahasa Melayu yang masih tunggang-langgang.

PlutoWhere stories live. Discover now