Bab 18 : Klimaks

335 33 3
                                    

  Mayat.

  Lima badan dibaluti sut angkasa. Terbaring sana sini.

  Habuk ais menyeliputi badan-badan itu. Hampir hilang bentuknya.

  Ansar memberanikan diri membersihkan habuk-habuk ais pada topi keledar sut angkasa mayat. Perlahan-lahan, tangannya yang menggigil mendekati mayat itu. Yang lain, menunggu dengan debar.

  Ansar terjatuh dek kerana terlalu terkejut. Wajah terawet seorang lelaki kelihatan menerusi kaca topi keledar yang retak. Mulutnya luas terbuka. Seperti dia sedang menjerit. Menjerit sejurus sebelum nyawanya meninggalkan badan.

  "This... This is not happening."

  Aqilah melangkah perlahan ke belakang terus tersandar pada bukit kecil setinggi hanya 5 meter. Meliar matanya melihat setiap mayat yang bergelimpangan sana sini.

  "Natasha. Explanation."

  "A-Andrew, I-"

  "Explanation! NOW!"

  Natasha memejam rapat matanya.

  "QASA telah hantar tujuh orang krew misi rahsia ke Pluto pada 1997. Apabila mereka semua sampai di Pluto, semuanya masih berjalan dengan baik namun... mikrometeoroid melanda. Tiada yang terselamat."

  "Dah tu? Kenapa pula QASA nak hantar kita ke sini?" Aqilah menyoal, sedikit berbaur marah.

  "Aku rasa aku tahu kenapa."

  Semua mata pada Raja.

  "Satelit NASA, New Horizon II telah dilancarkan beberapa tahun lepas."

  Azim tersedar. "Maksudnya kita ke sini untuk bawa balik mayat-mayat ni? Supaya misi rahsia tu tidak diketahui NASA?"

  Senyap Raja bermakna 'ya'. Semua terdiam.

  "Tapi, bukankah New Horizon telah dilancarkan dan sudah melepasi Pluto? Pastinya satelit tu dah nampak mayat-mayat ni semua, bukan?"

  Pertanyaan Izzah memecah sepi. Betul juga katanya.

  Namun Ansar menggeleng. Dia bangun dari jatuhnya tadi, pun matanya masih melekap pada wajah awet mayat di hadapannya.

  "Tak. Projektori New Horizon tidak membenarkan satelit tu menangkap gambar keseluruhan peta planet ni. Hanya satu bahagian Pluto sahaja sempat dirakamkan."

  "Dan New Horizon II pula... akan dapat mengesan mayat-mayat angkasawan di tempat ni..." ujar Hani perlahan. Mereka masih terkejut dengan perkara ini. Terlalu banyak rahsia, kali ini telah melibatkan konspirasi luar negara.

  "Kenapa kau tak beritahu aku?" tanya Andrew. Nampaknya yang terlibat dalam agenda ini cuma Natasha, fikir ahli-ahli krew muda. Andrew tidak tahu apa-apa.

  "Sebab aku tahu kau tak akan setuju. Andrew, kau tak pernah setuju dengan apa-apa berkenaan dengan QASA."

  "Because he hates me! We both hate each other, how can I agree to this??"

  "Andrew..."

  Keadaan bungkam. Terdengar halus esakan Natasha dari fon telinga. Andrew bernafas laju setelah menjerit-jerit tadi.

  "Maaf, semua. Sekarang kita buat kerja kita. Angkat semua mayat ni masuk ke Adventure."

  Lalu para remaja itu mula membuat kerja. Mereka semua hanya berdiam. Tidak berani hendak mengeluar suara.

  Oleh kerana graviti di Pluto begitu sedikit, mereka mengangkat mayat-mayat itu dengan mudah. Tidak perlu stretcher atau apa-apa, kerana berat manusia di Pluto lebih ringan.

PlutoWhere stories live. Discover now