Bab 21 : Pengakhiran

410 37 3
                                    

  "Hahh!"

  Tercungap-cungap terus Raja, sebaik dia membuka mata. Dadanya sakit. Matanya berpinar-pinar. Memang terasa lemah benar badannya waktu itu.

  Sebuah bilik. Putih. Jauh di hadapan ada pintu. Tengah-tengah bilik ada meja, ada komputer membelakangi Raja. Di bahagian kiri bilik ada almari kaca, lut sinar, menampakkan isinya yang berupa botol-botol kecil.

  Raja mengerut dahi, memikirkan tempat di mana dia berada. Dia sedang berdiri..., tetapi tidak, dia tidak berdiri. Posisi badannya menegak. Baru dia tahu, dia terikat pada katil besi menegak, persis katil seksa. Tangannya digari atas paras kepalanya.

  Dia masih ingat, tadi dia di laut. Terkapai-kapai, lemas. Sengaja dibiar lemas. Dia fikir dia sudah mati...

  "Ansar!"

  Di kirinya ada Ansar. Masih terlentok kepala mengikut graviti. Dia belum sedar. Dan di sebelah Ansar, ada Izzah, Hani, Azim, Fithri...

  "Fifi! Hafiz-"

  Orang yang ingin dia lihat, ada di sebelah kanan. Fithri ada di hujung sebelah kiri. Lega hatinya, mereka ada depan mata. Namun Raja memikirkan sama ada Hafiz dan Fithri masih hidup atau sudah... Tidak, Raja tidak mahu memikirkannya hingga ke situ.

  Namun ada sesuatu yang tidak kena pada Hafiz. Selain dari kulitnya yang sudah licin daripada kesan terbakar dan ruam radiasi, wajahnya...

  "U-Uh..."

  "Ansar!"

  "Raja?... Kita... dekat mana..."

  "Aku tak tahu." Raja merenung kembali Hafiz.

  "Apa yang aku tahu, Khairul Bakri ada buat sesuatu pada Hafiz."

  "Dan Fithri juga."

  "Apa?" Raja memanjang kepala hendak mengintai di sebalik Ansar. Dia hanya nampak baju dan seluar Fithri. Pandangannya agak terhalang.

  "Kenapa dengan dia??"

  "Lebih kurang sama macam Hafiz. Di lehernya ada urat-urat timbul... Nampak menakutkan."

  Ansar pandang Raja, cukup serius. "Dan urat tu dah macam garisan-garisan pada papan litar bersepadu."

  Raja terkejut. Dia lihat Hafiz kembali. Ya, ada benda itu pada leher Hafiz. Berselirat dalam corak geometri dari dalam bajunya, seperti hendak naik ke garis rahang.

  Pintu tiba-tiba terkuak. Sesegera Raja dan Ansar berlakon pengsan. Entah kelibat siapa yang masuk ke bilik itu, mereka tidak sempat lihat.

  Terdengar bunyi kerusi pejabat beroda ditarik. Bunyi papan kekunci yang digunakan menyusul.

  "Rigel, maklumat Klon 07."

  "Peratus Virus Biave - 0%.
Pusat nukleus - berjaya dimanipulasi. Peratusan pemindahan maklumat baharu - 100%."

  Raja dan Ansar terkejut mendengar suara Khairul Bakri yang gelak besar selepas suara robot komputernya memberi maklumat. Klon 07, berkemungkinan Hafiz, fikir Ansar.

  "Hahahaha, bagus! Maklumat Klon 02?"

  "Peratus Virus Biave - 0%.
Pusat nukleus - tidak berjaya dimanipulasi. Peratusan pemindahan maklumat baharu - tidak berjaya."

  "Huh, otak dia pun sudah rosak teruk. Haih, tak boleh buat apalah. Rigel, periksa keadaan Klon 06. Aku perlu hapuskan Klon 02."

  "Baik, Tuan."

  Langkahnya kedengaran semakin perlahan. Bunyi pintu dihempas kuat kembali 'mengejutkan' mereka yang pengsan tadi.

  "Dia nak hapuskan Fithri!"

PlutoWhere stories live. Discover now