Bab 5 : Kami Bersedia

417 37 0
                                    

  Muka mereka tampak berseri-seri. Biarpun sudah harungi kerusi berpusing itu baru sebentar tadi, perasaan gembira jelas terpancar. Hal itu adalah kerana latihan kerusi berpusing itu merupakan latihan terakhir sebelum mereka akhirnya berlepas ke angkasa.

  Beberapa minggu berlalu dengan kesusahan dan seksanya latihan-latihan fizikal, sesi pembelajaran sains angkasa dan kuiz spontan. Hari ini, mereka akan akhiri semuanya. Biarkan ia berlalu menjadi suatu mimpi ngeri mereka.

  "Dah tak terasa panas dan rimas lagi apabila pakai sut ni."

  Ansar tersenyum, tertawa kecil sambil dia membantu Hafiz memakai sut angkasa.

  "Ya... Kita dah terbiasa. Dah banyak kali kita berlatih dengan sut angkasa, bukan?"

  Hafiz angguk-angguk. Selesai memakai kasut sut putih sambil dibantu Ansar, dia bangun. Di sudut kiri bawahnya, matanya melirik.

  "Selama ni, kita berlatih menggunakan sut terpakai saja," Hafiz tunjuk tag namanya yang ada pada dada kirinya.

  "Hari ni, kita pakai sut kita sendiri."

  Ansar senyum lagi. Rasa bangga sudah lama memeluk dirinya.

  "Hei, kalian! Cepatlah!" Ansar dan Hafiz menyambar topi keledar masing-masing dan segera beredar keluar dari bilik persalinan, mengikuti Raja.

  Azim, yang sudah berada di tempat penggambaran melambai-lambai, menyuruh Ansar dan Hafiz supaya cepat.

  "Lembab betul!"

  "Tutup sajalah mulut tu, Aqilah!"

  Yang perempuan sedang duduk sebaris di kerusi, manakala para lelaki berdiri di belakang perempuan. Kelapan-lapan mereka memeluk sahaja topi keledar mereka yang berat itu. Dengan berlatar belakangkan foto besar ruang angkasa penuh bintang-bintang, mereka tersenyum lebar memandang kamera yang berada di hadapan.

  "Bersedia..!," teriak jurukamera, "satu, dua,--

  ..tiga!"

  *KCAK*

  "Aku rasa nak menangis apabila aku pakai sut tu..!"

  "Samalah! Sut tu memang ditempah khas untuk kita, tahu! Terharu betul!"

  "Hei, relakslah, Izzah, Fith! Kita hanya bergambar saja tadi, bukannya ke angkasa pun hari ni!"

  Aqilah menerjah masuk ke bilik persalinan, melihatkan tiga rakannya yang asyik membetul-betulkan tudung depan cermin. Dirinya sudah lama bersiap.

  "Cepat! Kak Natasha tengah tunggu kita ni!"

  "Di mana?"

  "Tempat biasa. Cepat tau!"

  "Dah bersediakah untuk esok?"

  "YA!!"

  Tertawa Natasha. Melihatkan riak muka anak-anak muridnya, nampak sangat mereka sebenarnya lebih daripada sekadar 'bersedia'. Mereka tidak sabar untuk ke angkasa!

  "Baguslah begitu. Sekarang sudah pukul 9 malam. Kakak nasihatkan kamu supaya tidur awal, esok kita perlu bangun awal pagi. Tapi sebelum tu...," bilik latihan mereka menjadi gelap tiba-tiba, dan kelihatan imej wayang gambar pada dinding putih yang bertindak sebagai skrin.

  Jelas kelihatan imej sebuah kapal angkasa di tapak pelepasan Cape Canaveral, bersedia untuk berlepas.

  "Kakak nak kamu tonton ni dulu. Tonton dengan hati dan minda, boleh?"

  Remaja-remaja yang duduk bersila di lantai itu mengangguk, kemudiannya mengalih pandangan dari Natasha ke imej roket itu.

  Kekaburan dan kontras warna  imej itu jelas menunjukkan rakaman itu sudah lama tersimpan dalam arkib simpanan. Dalam imej itu, kelihatan ramai orang awam tidak mengira umur sedang melihat kapal angkasa dari kejauhan. Tidak mereka hirau akan angin kuat dan terik mentari itu, malah senyuman semakin melebar di setiap muka mereka.

PlutoWhere stories live. Discover now