Bab 22 : Dahulu

365 30 8
                                    

Televisyen.

Sesuatu yang sudah lama tidak mereka tontoni.

Sambil menyumbat snek Super Ring masuk ke mulut, mata-mata mereka tidak teralih sesaat pun dari kaca televisyen LED itu.

Izzah duduk tenang di sofa bilik mesyuarat milik klon-klon bekas pelajar Tingkatan 5 Sains 1. Raja, dengan gaya separa berbaring - separa duduknya, asyik menguap, tanda protes hendak menukar siaran. Hani buat-buat tidak tahu, kekal dengan posisi bersilanya, menongkat dagu di meja. Syahindah dan Irdina juga ada, melayan sekali drama Korea.

Klon-klon lain yang bukan krew misi Pluto, termasuklah Diyana, menjalani aktiviti harian biasa sebagai pelajar lepasan SPM yang menunggu panggilan ke universiti. Ada yang bekerja, ada yang ke tuisyen pemantapan Bahasa Inggeris. Ada juga yang melakukan kerja-kerja sukarela.

Pintu diketuk. Ia terbuka, lalu terpacul wajah si tampan berkaca mata.

"Kalian. Doktor ada berita penting-"

"SHH!"

Dr. Fakhrul terdiam. Kenapa? Apa yang buat mereka terlalu khusyuk dengan televisyen? Dia memasang telinga, memanjang leher melihat televisyen di dinding tepi pintu.

"Huh! Song Joong Ki! Descendant of the Sun kan cerita lapuk! Sekarang ni zaman Scarlet Heart-"

"Ish, bisinglah, Doktor ni!"

Raja mengeluh sambil dia angkat badan dengan payahnya. Kemalasan memang sudah lama menguasai diri.

"Huh... Berita penting apa, Doktor?"

"Hafiz. Dah sedar."

Tegak tiba-tiba si Izzah berdiri. Persis askar.

"WHAT?"




"H-Hafiz oppa?"

Matanya tidak terbuka.

"Doktor kata dia sudah sedar??" marah Syahindah.

"Hafiz strok otak. Walaupun strok otak cuma di sebelah kanan, dia tak dapat buka matanya atau bergerak seperti biasa. Bukankah Doktor sudah beritahu semalam?"

Keluhan kedengaran. Lebih berat keluhan adalah milik Izzah. Bermacam perasaan terbit di hatinya. Bersalah, sedih, kecewa... Dalam senyap dia pikul perasaan bersalah itu apabila Hafiz ditimpa strok. Kalau bukan sebab dia pengsan di Marikh tempoh hari, Hafiz pasti tidak sebegini.

"Izzah. Cubalah, bercakap dengan dia. Mungkin apabila dia dengar suara Izzah, dia boleh memaksa matanya untuk dibuka." ucap Irdina. Yang lain mengangguk laju, setuju.

Izzah duduk di kerusi, di sisi kanan kepala Hafiz. Perlahan-lahan, tangannya menyentuh kain kasa yang membaluti kepala Hafiz. Keluh dilepas lagi. Rasa macam hendak menangis.

"Hafiz? Kau dengar aku tak?"

Tiada pergerakan. Tiada bukaan mata. Tiada balasan.

"Hafiz? Ni aku, Izzah. Ingat lagi? Kita... Kita kenal masa tadika. Kawan baik sejak Darjah Enam. Kita selalu pergi tuisyen sama-sama."

Masih tiada balasan. Izzah memandang Dr. Fakhrul. Doktor itu hanya memberi senyuman, meminta Izzah untuk terus bercakap dengan Hafiz.

"H-Hafiz... Ingat lagi tak? Kita selalu main kejar-kejar di taman permainan? Ada sekali, aku terjatuh. Lutut aku berdarah, aku menangis. Dan kau tiba-tiba saja tinggalkan aku. Aku fikir kau tak nak tolong, jadi aku menangis seorang-seorang dekat taman tu. Tiba-tiba kau datang balik, bawa basikal kau. K-Kau..."

Izzah segera mengesat air matanya. Tetapi esakannya tidak mampu dia hentikan. Yang lain-lain terkesan dengan suara pecah Izzah. Malah Raja yang selalunya keras hati pun, ada terkesan sedikit.

PlutoWhere stories live. Discover now