-3-

29.9K 626 16
                                    

"Abang, sarapan dah siap ni. Jom kita sarapan sama-sama." jerit Puan Sri Haliza memanggil suaminya untuk sarapan.
"Assalamualaikum, Puan Sri." sapa Pak Hamid.
"Walaikumsalam. Pak Hamid, jom sarapan sama. Em.. kalau tak silap saya hari ni Nur balik kan ?" tanya Puan Sri.
"Ya, Puan Sri hari ni Nur balik. Katanya kalau dia dah sampai dia akan telefon." jawab Pak Hamid sambil menarik kerusi untuk duduk.
"Wah, tak sabarnya nak jumpa Nur. Dah lama sangat dia tak balik. Malam ni kita dinner sama-sama saya masakkan istimewa untuk Nur." katanya teruja.
"Amboi, borak apa ni gembira sangat?" sapa Tan Sri Syed Akhbar.
"Eh Tan Sri, takda borak apa pun. Cerita pasal Nur saja." jawab Pak Hamid.
"Owh. Patutlah teruja sangat makcik sorang ni." kata Tan Sri Syed Akhbar mengusik isterinya.
" Eleh, pakcik ni cakap orang je lebih. Okay nanti kalau Nur balik jangan awak pulak yang lebih teruja daripada saya ya." kata Puan Sri Siti Haliza.
Pak Hamid hanya mampu tertawa melihat telatah majikannya yang lagak seperti orang muda itu. Dia senang melihat telatah kedua majikannya itu. Yelah pada pendapatnya tidak ramai ahli golongan orang kaya ni yang bersikap seperti itu. Masing-masing terlalu sibuk mengejar harta dunia dan membelakangkan harta akhirat.

*****
"Morning maa, paa." sapa Syed Naufal dengan selamba melabuh punggung di sebelah mama nya.
"Hah ? Morning kamu kata ? Ni dah tengahari ni Naufal. Apalah nak jadi dengan kamu ni agaknya ? Pening kepala mama ni dibuatnya." bebel Puan Sri Siti Haliza.
Oh my god ! Whats wrong with my mom ? Asal aku balik je nak membebel. Nanti tak balik terus karang baru tahu. Anak dia ni cuma sorang je cuba lah bersyukur sikit. Getus Syed Naufal dalam hatinya, faham ke dia maksud bersyukur ?
"Paa, papa tak keluar hari ni ?" tanya Naufal kepada papanya yang sedang membaca surat khabar.
"Papa tak keluar hari ni , malas lah. Lagipon kejap lagi anak kesayangan papa nak balik." jawab Tan Sri sambil membaca surat khabar.
"Eh. Anak kesayangan saya lah. Abang jangan nak mengada ye." jawab Puan Sri Siti Haliza.
"Wait wait wait ! Apa ni ? Anak kesayangan ? Sejak bila mama and papa ada anak lain selain Fal ni ?!"
"Tan Sri, Puan Sri saya keluar dulu ye nak pergi ambil Nur di airport." sapa Pak Hamid dan berlalu pergi.
"Nur ?" soal Naufal.
"Eh, kamu dah lupa ke ? Nur anak Pak Hamid lah. Dulu waktu kamu berdua kecik, Fal selalu buli dia sebab dia gemuk. Lepas tu Fal pindah duduk di luar negara." jawab Puan Sri cuba meyakinkan Naufal.
Eh Nur mana pulak ni ? Aku tak ingat lah. Emm.. ohhhhh
"Ohhh. That Fatty Bam !" jawab Naufal dia mengingati budak perempuan yang digelar Fatty Bam oleh nya ketika kecil dulu kerana dia gemuk.
"Ha. Betul lah tu. Dia akan balik hari ni dari Mesir setelah tamat belajar disana." kata Tan Sri.
"Oh. Apa-apa jelah. Now i naik mandi dulu sebab kejap lagi nak keluar." kata Naufal.
Sebelum Naufal bangun dia ditarik oleh mamanya.
"No ! Fal tak boleh keluar hari ni. Hari ni kita ada family dinner. Mama nak masak makanan yang sedap-sedap hari ni." kata Puan Sri cuba memujuk anaknya itu supaya tidak keluar.
"What ?! Maa, jangan lah macam ni Fal dah janji dengan kawan-kawan Fal lah." jawab Syed Naufal merengek.
"Fal. Hari ni je, tolong dengar cakap kami." Tan Sri Syed Akhbar bersuara.
Tanpa memberi jawapan Syed Naufal bergegas naik kebiliknya sambil menghentak kaki lalu menghempas pintu biliknya dengan kuat. Tan Sri hanya mampu menggiling kepala melihat telatah anak tunggal nya itu.
Hish ! Geram betul aku ! Pasal budak gemuk tu aku tak dapat keluar dengan kawan-kawan aku malam ni. Tak guna betul ! Apa yang diorang tu suka sangat nak layan budak gemuk tu . Dia ada bapak dia sendiri dah lah. Sibuk nak rampas mama and papa aku. Ahhhhhh !!! Getus Syed Naufal dalam hatinya membuak-buak rasa bencinya kepada Nur si Fatty Bam.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now