-4-

27.7K 620 5
                                    

Pak Hamid berasa gembira dan teruja menunggu kehadiran anaknya. Setelah sekian lama tak berjumpa akhirnya masa yang dinantikannya telah tiba. Pak Hamid duduk di kerusi sambil menghirup kopi panas yang dibelinya tadi.
"Assalamualaikum." sapa suara yang dikenalinya.
"Walaikumsalam. Yaallah. Anak abah, kamu sihat ke ? Kenapa makin kurus ni ?" Pak Hamid menjawab salam anaknya itu dengan nada gembira.
"Sihat abah. Nur diet hehehe, yelah takkan nak gemuk je kan nanti silap-silap orang tak terima kerja." jawab Nur Aishah.
"Yelah. Okay jom kita balik mama sri kamu tu dah tak sabar nak jumpa kamu." kata Pak Hamid.
"Oh yeke ? Nur pon tak sabar nak jumpa dengan mama sri. Rindunya dekat dia." jawab Nur teruja.

*****
Selepas menyiapkan minum petang untuk suaminya, Puan Sri Siti Haliza mula menguruskan taman mini nya di belakang rumah. Puan Sri Siti Haliza lebih senang menguruskan tanamannya sendiri daripada mengupah tukang kebun.
"Mama Sri !!" jerit Nur setelah melulu keluar dari kereta dan terus berlari ke arah Puan Sri.
"Nur !! Yaallah, rindunya mama dekat Nur." jawab Puan Sri Siti Haliza melepaskan getah paip yang dipegangnya untuk menyiram pokok tadi.
"Nur, apa khabar kamu ?" tanya Tan Sri Syed Akhbar sambil menghirup minum petangnya.
"Nur pon rindu dekat mama sri. Sihat papa. Papa dan mama sri sihat ?" jawab Nur.
"Kami sihat alhamdulillah. Nur, betul ke sihat ni ? Mama tengok Nur ni dah kurus. Nur tak makan ke sayang ?" soal Puan Sri risau.
"Nur makan lah mama. Jangan risau, Nur sihat. Nur cuma diet sikit je." jawab Nur sambil tertawa.
"Nur, pergi naik mandi. Bawa beg kamu ni jangan lupa." sapa Pak Hamid sambil membawa beg pakaian Nur.
"Ha. Nur, kamu pergilah naik mandi. Melayan mama sri kamu tu sampai ke malam tak habis. Malam ni kita dinner sama-sama ye." kata Tuan Sri.
"Okay. Mama, papa, abah Nur naik dulu ye." jawab Nur sambil berlalu pergi.

Pintu bilik dia tertutup. Dia ada ke ? Huh kalau dia ada hilanglah mood aku. Getus hati Nur sambil memandangkan kearah bilik Syed Naufal.

"Maa, Fal keluar jap. Nak beli rokok lah." pamit Naufal tanpa mendengar jawapan dari mamanya.
Kalau tunggu dia jawap ni mesti jawapan dia NO.
Bicara Naufal dalam hati.

Haih. Apa nak jadi lah dengan anak aku yang sorang ni.
"Mama sri, masak apa tu sedapnya bau." tegur Nur sambil membetulkan tudung yang disarungnya tadi. Sejak dari dulu lagi Nur amat menjaga batas aurat didalam rumah tu.
"Mama masak makanan kegemaran Nur lah. Ayam masak lemak cili api, sayur campur, watermalon juices." jawab Puan Sri Siti Haliza.
"Em. Sedapnya, terima kasih mama sri." kata Nur sambil melompat teruja.
"Hehe. Em, Nur dah jumpa dengan Naufal ?" tanya Puan Sri.
"Belom maa." jawab Nur ringkas.
"Oh yeke ? Dia baru je keluar tadi." kata Puan Sri.
Nur hanya mendiamkan diri sambil melihat Puan Sri Siti Haliza memasak.
Ergghh. Maknanya dia memang ada dekat sini. Panas pulak hati aku nak menghadap muka dia nanti. Hish kenapalah dia perlu ada dekat sini. Eh aku ni dah kenapa. Ni kan rumah dia memang patot lah dia ada dekat sini.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now